Monday, April 29, 2013

Rokok

Situasi berlaku di sebuah warung di bawah pokok.

Kawan 1 : *Menghisap rokok dan menghembus ke awangan*
Kawan 2 : *Mengipas-ngipas asap rokok*
Kawan 3 : *Tutup hidung*

*Pak cik di meja sebelah sedang menghirup air sirap*

Barangkali, pak cik di meja sebelah, curi dengar perbualan kami.

Pak cik : Dik, baik berhenti merokok dari sekarang. Tengok pak cik, dah tua baru nak berhenti merokok.

*Keadaan sunyi sepi tanpa sebarang suara. Hanya kedengaran bunyi semut yang sedang mentertawakan kami*

Kawan 1 : Tak apa cik, nanti kitorang dah tua macam pak cik. Kitorang berhenti merokok okey?

*Aku, kawan 2, kawan 3, kawan 4, semut dan semua yang lalu di warung tersebut gelak besar*

Haaa... bayangkanlah muka pak cik tadi macam mana...


1 comment:

Razil Tahir said...

what happened after that?!?!
dia karate korang ke?