Thursday, March 21, 2013

Membalas



*Penulisan ini dihasilkan untuk membalas penulisan yang sebelumnya*

Wa’alaikumusalam tuan tanah sementara.

Saya dapat merasakan anda membaca penulisan ini atau mungkin itu hanya perasaan saya saja. Setelah menggunakan daya imaginasi kreatif saya yang tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah ini, saya hanya dapat membayangkan anda seorang manusia yang berjantinakan lelaki. Cuma, saya kurang pasti berapa jumlah ketinggian dan berat bersih anda. Warna kulit anda juga saya kurang pasti kerana saya hanya membayangkan warna kulit anda dalam keadaan gelap gelita. Jangan risau! Esok pagi selepas matahari terbit, saya akan cuba membayangkan rupa fizikal anda lagi. Persoalannya, adakah saya cukup kreatif membayangkan rupa fizikal anda? Jangan jawab! 

Eh, tak cunlah saya saya gini!

Apa pun, Cik Kamariah Binti Kamal. Eh salah! Encik Kamal (Bukan nama sebenar)

Terima kasih atas dan bawah budi baik tuan.
Terima kasih kerana mengSIGN OUTkan blogger saya.
Terima kasih kerana menulis 38 entri yang sama dalam satu hari dan 37 daripadanya saya telah delete dengan senang hati.

Saya tak marah anda menulis di blog saya. Tidak! Kesalahan itu berpunca dari saya. Saya melayari internet di CAIS (Library) dalam keadaan kelajuan internet bergerak bagai orang normal berjalan menggunakan tangan. Hmmm boleh anda bayangkan menggunakan imaginasi kreatif anda? Tepuk dada, tanya buah dada. Muahahahaha. 

Ehem, okey bye.


No comments: