Monday, January 21, 2013

Hello Johor Bahru!

Setibanya aku di airport senai...

Aku turun dari flight dengan senyuman 28 gigi di tayang. Peduli apa orang nak kata. Walau gigiku terabur dan sangat tak layak untuk menjadi model ubat gigi colgate, mahupun fresh and white serta polident. (Eh, ada kena mengena ke?) Aku berjalan sambil menghirup udara semenanjung. Dah lama tak bau semenanjung katanya.

Hai Johor Bahru.
Hai Legoland.
Hai Hello kitty land.

Emmm hai apa lagi?
Sebelum aku berangkat ke sarawak, semuanya belum siap. Dan sekarang... Jeng jeng jeng...

Ouh ya. Sebelum terlupa...

Assalamualaikum pembuka bicara,
Dari saya empunya blogger,
Apa khabar semua pembaca?
Rindu saya tak?

Ouh gagal! Gagal dalam menghasilkan serangkap pantun.

Rasanya baru dua bulan lebih aku tak update blog, tapi macam dah dua tahun lebih aku tak update. 

*Keesokan harinya*

Ayah : Nurul! Bangun nurul! Solat subuh...

(Aku jenis yang senang bangun kalau dikejut. Panggil "Nurul" je terus bangun. Kekadang panggil "N" pun terus bangun. Nampak tak aku anak yang baik? Nampak tak, tak ada kena mengena langsung? Hmmm... Tak macam abang aku, gegar katil sambil terajang pun still ternganga mulut membuta sampai nampak anak tekak.)

Aku bangun dan terus masuk ke toilet untuk mengambil wudhu. Selesai je solat subuh, adik aku pula terjaga untuk solat subuh. 

Dia tenung aku dalam dalam. Sedalam mana kau jangan tanya.

Adik : Kau buat apa?! *Dalam keadaan separa sedar*
Aku : Sembahyanglah. 
Adik : Huh? *Diam* Kenapa kiblat menghadap sana?
Aku : Huh? Kiblat mana?
Adik : Ginilah. Lari betul kiblat kau.
Aku : HAHAHAHAHA!

Whatthefanna! Slumber dugung je aku ikut kiblat dekat bilik aku di sarawak. Lari habis!

Baru 4 bulan lebih tak balik rumah dah lupa arah kiblat. Kalau tak balik setahun? Hmmm silap-silap rumah sendiri pun aku lupa.

4 comments:

ezyra daniel said...

welcome home hehe..
memang parah laa kalau da smpai lpe umah hehe

WHAT THE FANNA said...

Ezyra daniel : Insya'allah tak lupa lagi. HAHA!

kaizen said...

welkem back to johor.... slamat bercuti...

WHAT THE FANNA said...

Okey thanks =)