Monday, January 16, 2012

Secret admirer



Secret admirer bermaksud menyukai seseorang secara rahsia. Ia lebih kepada memendam perasaan terhadap seseorang individu secara tersembunyi. Hanya kita dan hati kita sahaja yang tahu.

Kenapa wujudnya secret admirer? Apa yang secret admirer sering lakukan?

Kategori orang yang mempunyai secret admirer :

1. Segan/malu untuk meluahkan perasaan pada si dia.

Selalunya perempuan agak malu untuk meluahkan perasaannya pada seseorang. Mungkin juga takut dilabel perigi cari timba? Mungkin... boleh jatuh saham kaum perempuan. Bukan apa, kadang-kadang seseorang itu malu untuk meluahkan perasaannya kerana takut cintanya ditolak. Tak ke cinta bertepuk sebelah kaki? Eh?

2. Anda akan menjadi seorang stalker tegar.

Apabila anda malu untuk meluahkan perasaan anda pada si dia. Anda akan mula menjadi seorang stalker tegar. Anda akan stalk kesemua laman sosialnya seperti facebook, twitter, blogger dan sebagainya. Itu adalah cara terbaik untuk anda mengikuti perkembangan hidupnya.

3. Anda akan mula cemburu buta tanpa sebab.

Apabila anda telah menjadi seorang stalker tegar pada si dia. Anda juga akan mula rasa cemburu tanpa sebab. Cemburu sebab apa? Cemburu bila si dia komen atau tweet dengan lelaki/perempuan lain. Lagi-lagi bila gambar berdua bersama lelaki/perempuan yang lebih kacak/cantik dari anda. Pehhhhh... mula rasa nak gugur jantung...

4. Anda akan menjadi seorang yang sangat peramah pada si dia.

Setelah itu, anda akan menjadi seorang teramat paling peramah sekali terhadap si dia. Anda melakukan semua ini dengan harapan si dia akan menyukai anda.

So, anda mempunyai secret admirer? Seriously, saya ada secret admirer. Haaa... kantoi!


4 comments:

ECAH~ said...

i also have one!! haha..malu jek!
kenapa la kalau kita kena reject ngan laki macam teruk sangat..?
padahal kalau laki kena reject ngan macam biasa jer..adakah diorang senang cari yang kalau kita dah reject dia?
huhuhu..(pe aq merepek ni)

WHAT THE FANNA said...

Ecah : HAHA! Maybe sebab kita perempuan sebab dia lelaki. Boleh pakai ke jawapan i? HAHA!

wawa ♛ said...

ade jugakkk ! HAHA . walaupun dah ber-boyfriend . HOHO

WHAT THE FANNA said...

Wawa : Amboi! Kantoi! Aku mengadu dekat bf kau! HAHA!