Saturday, January 21, 2012

Perempuan dan...



Wahai kaum lelaki, jangan tenung lama-lama. Lisa surihani bakal menjadi Lisa surirumah. HAHA!

Sebelum ini, aku pernah buat entry untuk kaum lelaki. Kalau nak baca boleh klik sini. Sekarang, aku buat entry untuk kaum perempuan pula. Biar adil binti saksama.

Memandangkan aku seorang manusia yang berjantinakan perempuan. Maka, penulisan ini khas untuk kaum perempuan. Ini cuma pandangan aku tentang seseorang yang bergelar perempuan. Kaum lelaki kalau nak baca pun apa salahnya. Sila sila sila bersila...

PEREMPUAN DAN SHOPPING :


"Selangkah lelaki sama dengan tiga langkah orang perempuan bila berjalan, tapi tiga langkah orang lelaki akan menjadi satu langkah orang perempuan bila mereka nampak ada jualan besar-besaran!"

Kaum perempuan memang pantang kalau terdengar ada sale atau discount. Kalau ada sale atau discount di siti situ sana sini, boleh kena sawan agaknya. Walaupun duit tengah discount, sanggup pinjam Ah long, Ah ngah dan Ah dik. Walaubagaimanapun, perempuan masih lagi diiktiraf sebagai kaum yang bijak berbelanja. Setuju tak? Setuju tak? Yeah! Ramai setuju.

PEREMPUAN DAN MEMBEBEL :


Kaum lelaki selalu menduetkan perempuan dengan perkataan membebel. Aku tak boleh menafikan kaum perempuan memang kuat membebel. Toksah cakap orang lainlah, aku ada nenek, emak, makcik dan jiran yang suka potpetpotpet. Aku pun suka potpetpotpet. Kawan aku pun suka potpetpotpet. Blog aku pun potpetfanna.blogspot.com. *Tiba-tiba...*

Tapi tapi tapi... perempuan suka membebel pada perkara yang baik-baik seperti nasihat. Betul tak? Betul tak? Kaum perempuan, cepat angguk sekarang! Kaum lelaki pun sila angguk juga!

PEREMPUAN DAN MELATAH :


"Opocot mak kau tergolek!"

Melatah? Siapa tak tahu apa itu melatah? Kalau tak tahu sila search google sekarang. Kalau tak tahu juga sila search wikipedia. Kalau tak tahu juga sila tanya emak, bapak, adik-beradik, saudara-mara, jiran tetangga dan sesiapa yang terjumpa. Kalau tak tahu juga meh sini, aku empuk kepala kau dekat dinding terus melatah. HAHA!

Kebanyakkannya orang yang suka melatah berusia zaman purba. Tapi masalahnya sekarang ada perempuan yang suka melatah dengan sengaja. Aku bukan jenis perempuan yang melatah. Kadang-kadang saja termelatah dan aku boleh kenal orang yang betul-betul melatah dan buat-buat melatah.

PEREMPUAN DAN CERMIN :


Sejak zaman berzaman lagi, perempuan dan cermin tidak boleh dipisahkan. Orang perempuan akan melihat cermin sekurang-kurangnya tiga kali sebelum, tiga kali semasa dan tiga kali selepas untuk keluar.

Salah satu penyakit perempuan ialah penyakit cermin. Pantang nampak cermin mesti sakit. Sakit teruk! Teruk seteruk teruknya. Ubatnya mesti mengeluarkan handphone atau camera dan SNAP gambar. Lagi besar cermin, lagi teruk penyakitnya. Fitting room dan tandas adalah klinik dan hospital untuk penyakit ini. Senang cerita, perempuan dan cermin tak dapat dipisahkan. Di mana ada cermin, di situ ada perempuan. Amboi...

PEREMPUAN DAN MAKE-UP :


"Kecantikan itu bukan terletak pada alat make up, tetapi dari hati nurani yang bersih dan penampilan yang ikhlas"

Aku pernah tanya seseorang yang make-up saling tak tumpah seperti hantu kak limah...

Aku : Weh, kau pakai make-up ke tepung?
Dia : Make-uplah bodoh!
Aku : Ouh! Bodoh pakai make-up!

Kebanyakkannya perempuan memang suka bermake-up. Jaranglah nak jumpa perempuan yang tak suka make-up macam aku. Ya, macam aku! HOHO! Tak salah kalau nak bermake-up, tapi salah untuk make-up tebal-tebal. Maksud aku, salah di sisi undang-undang aku. Okey?

Yelah, cuba bayangkan...

Tepek bedak setengah kilo.Muka dengan dinding dah tak ada beza, sama! Selepas make-up, muka yang tak berapa putih jadi putih, muka yang hitam jadi kelabu. Tak kelakar ke? Kelakar kan? So, jom gelak! HAHAHA! Erk?

Lelaki tak berapa gemar kalau perempuan make-up tebal-tebal. Lelaki lebih suka perempuan yang natural. Tak gitu kaum lelaki? Tapi, masalahnya sekarang lelaki pun bermake-up. Apa kes?!

PEREMPUAN DAN GOSIP :


"Menurut satu perangkaan, gigi orang perempuan tidak boleh bertahan lama. Paling lama cuma sampai umur 50 tahun sahaja. Selepas itu orang perempuan cuma tinggal gusi. Ini adalah kesan kuat bercakap ketika muda."

Gosip ini dikira adik beradik tiri mengumpat. Macam tak comel nak tulis, "PEREMPUAN DAN MENGUMPAT". Orang selalu kata, "Perempuan pandai menganyam ketupat dan pandai mengumpat" (Yeke? Tipulah! Aku tak pandai menganyam ketupat tapi pandai mengumpat. HOHO!)

Aku memang naik atas kerusi dan tabik spring kalau ada perempuan yang tak suka mengumpat. Tapi sayang, aku juga tergolong dalam kes di atas. Kadang-kadang, aku cuba jaga mulut dari kes mengumpat, tapi apakan daya selalu dapat kawan yang sekes dengan aku. Perempuan punya mengumpat boleh mengalahkan melodi. Ish ish ish...

"Seorang lelaki yang beragama Islam dibenarkan untuk berkahwin empat. Jika semua lelaki yang ada di Malaysia ini, tak kira yang tua ataupun yang muda berkahwin empat, kaum wanita tetap tak boleh lari dari kes mengumpat."

Statement dari kaum lelaki. *Tersentap 20 saat*

Agak-agak dah berapa lori dosa perempuan mengumpat? Tak campur lagi lori yang tunggu turn dekat belakang nak angkut dosa.

Cukuplah... Kalau aku buat lebih-lebih, ada yang tersentap pula. Apa-apa hal, maaf zahir dan batin ya? =)

P/s : Perempuan dan lelaki sama saja. Setiap manusia mempunyai kekuatan dan kelemahan masing-masing. Kita patut bersyukur dengan apa yang kita ada. Peace (Y)


20 comments:

Yasmin Aris ♥ said...

perempuan wajib ade semua ciri2 itu . hahahha

Entry best ! :D

WHAT THE FANNA said...

Yasmin Aris : Wajib ke? I rasa tak wajib. HAHA! Btw thank you =)

mohdhazlan Dreadlock said...

indahnya prempuan :)

WHAT THE FANNA said...

Mohd Hazlan Dreadlock : Perempuan memang sangat indah. HEHE! =)

yunZatie said...

terbaik la entri :)

WHAT THE FANNA said...

Yun Zatie : Terima kasih =)

e4ezzati said...

perempuan dan airmata jugak! haha

WHAT THE FANNA said...

E4ezzati : A'ah, saya tertinggal perempuan dan air mata =)

saya_arief said...

lelaki pon ade kadang2 semua ni.
:) except for the make-up.

WHAT THE FANNA said...

Saya Arief : Siapakah lelaki itu? Mesti youkan? :P Lelaki bermake-up pun adakan? HEHE!

Aku, Dia dan Kamu said...

tak suwOh buat pe2.. cume nk kOngsikan cerita cinta je.. jOm layan owner yg cOmell.. ;)

capt. keon alhan said...

sy tkde yg part shopping n make up...komprem!

GOSIP???fuhh,,,mne tau ni...malulah ceq...hihi...

WHAT THE FANNA said...

Aku, dia dan kamu : Okey =)

WHAT THE FANNA said...

Capt, keon alhan : Saya tahulah awak suka gosip :P

syuwai said...

pernah jumpa lelaki yang melatah..lawak. hehehehe

WHAT THE FANNA said...

Syuwai : Lelaki melatah selalunya yang auww auww :P

nahunabila said...

mmg betul semua kat atas ni. tambah2 bab mengumpat. psstt..tp sbnrnye dak laki ni mengumpat mngalahkan pompuan tau. hahaha

cahaya cta said...

wah..bestlah penulisan ni..

WHAT THE FANNA said...

Nahunabila : Yup, kawan lelaki i ramai yang kaki mengumpat. HEHE! So, lelaki dan perempuan sama je :P

WHAT THE FANNA said...

Cahaya cta : Terima kasih =)