Monday, January 2, 2012

Alhamdulilah 2011 dan bismillah 2012.

*Penulisan terlewat sehari...*

Waktunya telah tiba... Apa yang telah kita torehkan di atas bumi selama ini? Tambah umur? Tambah dewasa? Tambah ilmu? Tambah harta? Atau tambah dosa?

Dengan berjalannya waktu, setiap pengalaman dalam hidup adalah pelajaran. Selamat tinggal kenangan dan selamat datang impian. Kenangan pahit dijadikan pengajaran dan kenangan manis dijadikan pengalaman.

Alhamdulilah syukur, saya masih dapat menulis blog untuk tahun 2012. Harapan tahun baru ini, semoga kita semua akan memiliki visi baru, misi baru, hidup baru, hari baru yang akan lebih baik dari hari-hari sebelumnya... dan nampak tak layout baru? Apa macam?

Persoalannya sekarang, saya cukup malas untuk bertanya dan menjawab soalan yang sama. Tapi saya mahu bertanya juga, "Apa azam baru awak semua? HOHO!" Jawapannya, saya cukup malas untuk memasang azam, azam pun dah cukup muak untuk mendengar azam saya. Azam saya yang tahun lepas punya tahun lepas punya tahun lepas pun tak tercapai, dan mustahil azam saya pada tahun ini akan tercapai. Apakah? *Ayat kecewa*

Oh, jangan nak gelakkan saya. Orang yang bernama azam pun belum tentu azamnya tercapai.




Azam saya ialah... malunya nak beritahu... >.<

1) Sudah semestinya, berazam untuk solat 5 waktu sehari semalam seesok dan seterusnya. Insya'allah. Saya mengaku, solat saya masih lagi chak chak boom. Kena boom baru padan muka!

2) Berjimat cermat. Saya seorang gadis yang terlalu boros. Ini satu-satunya azam yang paling sukar dibendung bagi kaum hawa. Hawa nafsu yang memanggil-manggil untuk menabur wang di suatu tempat yang dipanggil "Shopping complex"...

3) Tak nak mencarut. Seriously, saya bukannya seorang gadis yang suka mencarut bodohbabipukimaklancaudansebagainya... Tapi kadang-kadang kita tidak mampu mengawal perasaan marah... itu yang termencarut sikit... ter okey ter...

4) *Rahsia*




Sempena tahun baru ini, saya ingin memohon ampun dan maaf andai ada penulisan-penulisan saya selama ini pernah menyinggung hati mana-mana pihak. Saya tahu, penulisan saya dari tahun 2009 hingga 2011 adalah penulisan yang ditulis tanpa mengakses otak sebelum menaip. Semuanya ditulis menggunakan hati dan emosi yang tidak mampu dikawal oleh seorang gadis. Dan mungkin tahun ini juga saya akan melakukan kesalahan yang sama. Mungkin...

Semoga tahun 2012 ini memberi sinar dan harapan baru untuk kita semua. Insya'allah. Selamat tahun baru wahai rakyat blogger =)

Tak lupa juga, terima kasih kepada mereka yang sudi membaca penulisan-penulisan WHAT THE FANNA. Terutama sekali, kepada mereka yang selalu komen di setiap penulisan saya. Saya tahu siapa yang baca blog ini, walaupun tidak pernah follow, komen dan like. Ya, saya tahu. Takut tak? Takut tak? Haaa... tahu pun takut!

Maka dengan ini, secara rasminya saya berumur dua puluh tahun secara purata tahunan. Pehhh, rasa agak tua bila hilangnya umur belasan tahun.

Iklan :



Rambut saya macam !@#$%^&*(). Eh, tadi kata tak suka mencarut? Hmm... Ini first time saya hangout pada tahun 2012. Yeah, saya date dengan Fatin, Zarul, Cikgu Dayah, Cikgu Syikin dan Cikgu Muna nabilah. Date dengan cikgu-cikgu memang best sebab cikgu belanja. HOHO! Lepas ini, saya dah jarang jumpa cikgu-cikgu yang selalu gaduh dengan saya. Yelah, saya dah habis sekolah... :'(


Okey assalamualaikum...


10 comments:

nini said...

semoga berjaya mencapai azam...insyaAllah tampal azam di tempat yang senang nampak supaya selalu ingat azam kamu...=D

WHAT THE FANNA said...

Nini : Terima kasih. Insya'allah =)

cheng prudjung said...

semoga sukses dan tercapai ...

#mari berkomentar di catatan Resolusi 2012 | Memaksimalkan internet

Tengkyu :D

KAMIHIDUP said...

selamat tahun baru. :)

Anak Munsyi said...

Eh, azam ke 4 tuu ap huh ? Kongsi lah nan fyqa, hahah . Btw best kan dpt leak dengan cikgu. fyqa pown rindu na lepak nan cikgu :(

WHAT THE FANNA said...

Cheng prudjung : Terima kasih ya =)

WHAT THE FANNA said...

KAMIHIDUP : Selamat tahun baru juga =)

WHAT THE FANNA said...

Anak Munsyi : Azam ke 4 rahsia. HAHA! Yup, memang best sebab cikgu belanja :P

Miss AiedaHaliena said...

Salam ? hei sweety.. yup. mmg best kluar dgn cikgu kan, sebab dapt makan free, jajan free.. haha ;D

btw; done follo you, do follo me back ye ")

WHAT THE FANNA said...

Miss AiedaHaliena : Wasalam =) Yup, memang best!

Btw, thanks follow =)