Thursday, December 15, 2011

Maka dengan ini,

tamatlah sudah riwayat saya bertugas sebagai pelajar tingkatan enam di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Daya selama setahun setengah. Yahoooooooooo!














Intro macam tak bestkan?

Saya dah lupa skill saya menulis blog.

Saya cuba sekali lagi, boleh?

Boleh.














Macam mana nak start intro eh?

Hhhmmmmm, okey.















Assalamualaikum dan Hello Fanna Roslan in the house!

Ahhh bajet lebih, itu ayat budak sekolah. Tak main, tak main sebab saya bukan budak sekolah lagi *Jeling* Sudahlah tak perlu intro-intro bagai, yang penting sekarang dah jawab salam saya ke belum? Haaa haip! Biasa dia! ~

Hai semua, rindu saya tak? Ehhh ehhh tak perlu jawab, saya tahu ramai rindukan saya. Saya pun... saya pun rindu sekolah. HAHA! Rindu pula ~ Sekarang belum rasa lagi rindu pada sekolah, nanti-nantilah ya?

Masa exam, dialog ini bermain-main di minda saya...

"Blog! Kau tunggu! Kau tunggu! Tuanmu sedang berjuang untuk negara..."

Whatthe...fanna! Serious, apa kejadahnya tengah exam boleh teringatkan blog. GOBLOG betul!




Akhirnya... *saya taip dalam keadaan tersenyum hingga ke telinga* tamatlah sudah zaman persekolahan saya buat kali kedua. See? Jangan cakaplah, mana tahu tahun depan saya masuk form seven... kalau adalah. Macam tak percayakan? Pejam celik pejam celik dah habis STPM, pejam celik pejam celik dah kahwin. Erk? Okey ~

Sekarang saya rasa bebas. Apa yang bebasnya? Bebas dari segala jenis buku STPM. Masa saya menjawab exam, saya berada dalam keadaan tidak tenang. Sumpah, tangan saya menggigil-gigil masa menjawab tiga paper terawal (pengajian am 2, pengajian perniagaan 1 dan bahasa melayu 2) dan paper yang seterusnya, saya berada dalam keadaan agak tenang sedikit. Cuba bayangkan, tiga jam menjawab exam dan tiga jam tangan saya menggigil-gigil tanpa henti. Kalau tak percaya, tanya examiner. HAHA! Saya tak tahu kenapa, mungkin saya agak gabra sedikit. Tapi bukan saya seorang saja, ramai kawan-kawan saya tangannya menggigil-gigil macam saya. Tapi sekarang, saya dah malas nak fikir. Malas! Saya nak relax...

Yang penting, saya dah merdeka. Yeah! Lepas ini, tiada lagi penjajahan, tiada lagi peperiksaan, tiada lagi "Mana buku?" "Tak bawa cikgu" *padahal tak siap*, tiada lagi kena rotan sampai menangis, tiada lagi buat pembetulan beribu-ribu, tiada lagi check "stoking, kuku, pas keluar, diari", tiada lagi tunggu bas kuning "Mana?" "Nibong", dan saya harap tiada yang terkorban pada peperangan kali ini.

Suatu hari nanti, saya pasti akan rindu pada sekolah. Ya, nanti bukan sekarang.







Soalan popular kepada pelajar lepasan STPM ialah :

1. Dah merdeka eh?

HEHE! *Dah tahu, nak buat-buat tanya pula. Malas nak jawab! :P*

2. So, sekarang tengah buat apa?

Sekarang saya tengah menaip untuk entry ini. HAHA! Saya tengah cuba untuk menjawab soalan yang seterusnya. HAHA! Bila nak serious? -.- Sekarang saya nak relax dekat rumah puas-puas-puas-puas-puas-puas. Haaa cuba bayangkan...

3. Tak kerja ke?

Lalalala saya malas nak kerja, saya ada terfikir nak kerja tapi leklu ~ Buat masa sekarang, saya kerja di rumah iaitu mengumpul tahi mata bergunung-gunung tingginya. Weee...

4. Target berapa A?

Target berapa A? Kenapa soalan ini lebih susah dari soalan STPM? Next question please!

5. Soalan susah tak?

Alhamdulilah! Kesemua soalan senang-senang belaka, tetapi untuk mencari kesemua jawapannya boleh pecah kepala. Susah sudah tentu soalannya susah, bedah kepala otak sepuluh kali pun belum tentu dapat jawab. Ceh! Apa kena mengena bedah otak? Tapi serious, masa nak jawab rasa macam kepala otak saya terabur. Kadang-kadang rasa macam, "Apakah ini? Aku pernah belajar ke? Ini mesti cikgu tak pernah ajar!"

Persoalannya sekarang...



...mana saya? Yang penting bukan tiga dari kiri.

Tamat persekolahan tidak bererti tamat persahabatan kita.







Baju sekolah saya masih cun lagi. Yelah, mana tahu tahun depan nak pakai baju sekolah, pergi lepak dekat sekolah sambil makan nasi goreng ayam tight sambal nak sedikit ke kan? HAHA!

Kalau saya ada masa, saya akan cerita zaman persekolahan form 6 saya, okey? Tunggu ~ Tunggu ~ Panjangkan saya potpet? Balas dendam wei. Dua bulan tak mengemaskini blog. Okey okey bye!


8 comments:

Nurul ain said...

merdeka la dia... ahaaaa :)

JR said...

Cerita zaman sekolah tadika pun best juga..

Tajuk entri terbaru di blog JR:"Pakai Jeans Pun Kena Denda RM4,500?"

WHAT THE FANNA said...

Nurul Ain : Sudah! HEHEHE! :)

WHAT THE FANNA said...

JR: Zaman sekolah tadika? Dah tak ingat kot :P

Athirah Amanda said...

untunglhaa dah habis exam ahaksss

WHAT THE FANNA said...

Athirah Amanda : Saya memang untung. HAHA! :P

nadiah adnan said...

fanna yang 2 dari kiri kan kan? sebab awk krus? heehe..

WHAT THE FANNA said...

Nadiah Adnan : Alamak, macam mana tahu? Tengok dekat facebook eh? :P