Thursday, December 29, 2011

Macam-macam ada

Salam satu blogger.

Semalam saya pergi PAWAGAM Jusco Tebrau City. PAWAGAM bermaksud panggung wayang gambar. Ceh, kalau boleh nak guna ayat PAWAGAM. What the fanna betul! Ya, memang saya what the fanna. Ada masalah?





Saya tengok cerita "Suatu malam kubur berasap". Tajuk yang memang sesuai dengan jalan cerita hidup saya. Sebabnya, suatu hari bontot saya berasap tunggu "Bilalah cerita nak habis?!" Okey, dah dapat bayangkan macam mana jalan cerita filem ini? Okey bagus, saya malas nak cerita...






Tak apa, saya akan cerita sikit...






Filem ini mengisahkan sebuah cerita hantu seram dan kelakar, tapi... Nak kata seram? Tidak! Nak kata kelakar atau jenaka atau lucu atau HAHA? Lagi tidak! Baik duduk satu meja dengar saya cerita lagi kelakar. Ya, jauh lebih syok dari cerita suatu malam kubur berasap. HOHO!

Saya tonton cerita ini dengan geng sekolah saya. Boleh dikatakan semua kata "Boring". Serious, saya tak tipu. Boring gila! Kalau tak percaya, tanya sama pokok... apa sebab goyang... Erk?

Saya beri 5 tahi bintang untuk filem ini. Okey? Bosan bosan bosan...

Siapa yang berhajat nak tengok cerita ini, "Dik, lu akan menyesal seumur hidup! HAHA!" tapi kalau saja nak menambahkan keboringan. Sila sila sila... saya tak halang...



Mek, SK, Saya dan Ain.
Mereka semua sibling saya dalam facebook.
Bila gambar berempat, saya rasa macam saya kakak kepada mereka berempat.
Okey fine!



Ini tidak adil tidak adil oh baginya. Ini tidak adil tidak adil oh bagiku. Ini tidak adil untuk engkau bertanya, jika aku dianggap kakak mereka. Tidak adil tidak adil oh bagiku. Maaf Yuna, saya telah menjahanamkan lagu awak. Tapi, saya tak jahanamkan award awak.



Semua lepasan STPM. Eh eh yang berkaca mata hangus itu bukan, itu cikgu. Eh? Itu adik saya. Okey?



Ini semua geng saya yang paling cantik, cun, comel, kacak, bergaya, baik, pandai dan saya tipu. Sebenarnya ramai lagi, ramai entah ke mana...









Tetiba saya teringat...

Topek : Kau nak kerja?
Saya : Kerja apa?
Topek : Cari kutu dekat rambut izzat.

HAHAHAHAHAHAHAHAHAHA! Nak tertanggal gigi aku gelak. Tak apa izzat! Kau tetap comel di mata awek kau, tapi bukan aku. Ooopppsss... bahaya, sekarang Izzat suka stalk blog aku. Well, i know you stalk me.









Ini dia Izzat...



"Apa tengok-tengok? Tahulah rambut aku afro. Rambutku... Gayaku... Yang penting, aku pandai buat donut. Kau mampu?"





Nak promote kejap!
Jom layan acap nyanyi :)












Dikesempatan ini, saya juga ingin...


"HAPPY BIRTHDAY SITI KHADIJAH BINTI KAMARUZZAMAN"


Ke hadapan sahabatku yang sentiasa berada di belakang,

Selamat hari lahir. Semoga dengan pertambahan umur ini dapat menambahkan rezeki, umur, ilmu dan ketinggian kau. Aku sentiasa mendoakan kebahagian kau. Insya'allah kita akan berkawan sampai bila-bila. Terima kasih kerana selalu mendengar ceritera cinta aku. Terima kasih kerana selalu menemani dan memahami aku. Terima kasih kerana selalu ada disisi aku. Terima kasih atas segalanya. Selepas mengenalimu, baru aku sedar apa ertinya sebuah persahabatan.

Kau tidak layak menjadi kawan aku, tapi kau layak menjadi sahabat aku. *Peluk*

Pehhh, baru aku sedar... sweet juga akukan???



Alhamdulilah, sedar juga kau banyak dosa dengan aku. Ini dosa 2011, dosa 2010 tak nak kira? HAHA!

Apa motif tajuk entry macam-macam ada? Tak faham dengan diri sendiri!


IKLAN : Adakah blog saya bosan seperti filem ini? Jawab jujur!

Okey bye dan assalamualaikum...


10 comments:

kiddfallen said...

I've change my URL, tq. HAHA ;P
http://artilerinterpretasi.blogspot.com/

ps: ceh, untungla abes stpm. degree terus lepas ni :3

Athirah Amanda said...

rambut izzat tak pernah nak berubah hahaha .

nadea roslan said...

Topek : Kau nak kerja?
Saya : Kerja apa?
Topek : Cari kutu dekat rambut izzat.



eh aku nak terkentot baca ayat tu! HAHAHAHA kesian mangsa keadaan tu. haha

WHAT THE FANNA said...

Kidd Fallen : Tukar URL? Okey okey =)

Insya'allah kalau result cemerlang, gemilang dan terbilang =)

WHAT THE FANNA said...

Athirah Amanda : Memang tapi comelkan? HOHO!

WHAT THE FANNA said...

Nadea Roslan : HAHAHA! Aku gelak lagilah, semua orang tengok kot.

Nad Ezrin said...

hahahaha kak fanna ni kelakar lah :)

_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://html.expresso.me/smileys

model pakaian murah said...

salam kenal,,sukses yahh dengan postingan nya

WHAT THE FANNA said...

Nad Ezrin : Kelakar ke? Apa yang kelakarnya? HOHO! :)

WHAT THE FANNA said...

Model pakaian murah : Hai, terima kasih ya :)