Tuesday, October 11, 2011

Blogger kata pergi, buku kata mari.



Berkali masuk tiada lagi,
Ada pembaca tak puas hati,
Fanna Roslan nama diberi,
Kemaskini blog jarang sekali.

Meronda-ronda menaiki beca,
Sambil makan otak-otak,
Apa khabar semua pembaca,
Apa macam rindu saya tak?

Berpoco-poco bersama Rossa,
Sambil minum air soya,
Bukan saya tak ada masa,
Tapi masa tak ada saya.

Berjalan-jalan terserempak Pak Haji,
Pak Haji naik motor breem breem breem,
Dengar sini Fanna Roslan berjanji,
Saya akan kemaskini blog selepas STPM.

Duduk diri duduk diri,
Tersenyum melihat gelagat zaitun,
Saya mengaku sendiri,
Saya memang tak pandai berpantun.

Kutip ketam di tepi pantai,
Sambil melihat Mak Esah,
Saya hidup sentiasa santai,
Awak fikir saya kisah?

Jangan suka pinjam barang,
Kalau jenis tak reti pulang,
Saya bukan calang orang,
Sebelah mata jangan pandang.

Dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim, saya merasmikan penutupan tirai blog ini buat seketika waktu. Insya'allah jika saya dipanjangkan umur, saya akan kemaskini blog ini lagi selepas Sijil Tolong Pelajar Malas. Salam sayang buat anda semua, salam rindu dari saya. Jangan lupa doakan saya. Sekian, terima kasih dan assalamualaikum.

Yang ikhlas : Fanna Roslan ♥


6 comments:

nurkaloi said...

gud luck fanna!

WHAT THE FANNA said...

Nurkaloi : Thanks awak :)

Nurul Syifaa' jamaluddin said...

haha. tak pernah tak kratif fanna en? huhh. btw, lama tak blogging. salu jugak singgah blog fanna. hee :)

WHAT THE FANNA said...

Nurul Syifaa' Jamaluddin : Ish, mana ada kreatif. You mana menghilang? Lama tak update blog? :D

syifa BONKERS said...

haha sangat malaskan sebenarnya.
btw, i ukar url blog la.
syiabonkers.blogspot
i tengah stalking lagi post2 lama you. haha

WHAT THE FANNA said...

Syifa Bonkers : Tukar url? Okey :) Stalking? Waduh, janganlah baca post lama. Malu i, entry bodoh. HAHA!