Sunday, September 4, 2011

Lahir Merdeka Raya

Assalamualaikum.

Walaupun agak terlewat, saya nak buat juga entry raya...

Sebelum mata tertutup, sebelum jantung terhenti, sebelum nyawa di tarik, saya Nurul Farhanah Binti Roslan dengan rasa rendah hati ingin menyusun sepasang tangan atas segala kesalahan saya baik kecil mahupun besar. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN kepada semua yang mengenali diri ini. Mohon ampun dan maaf andai mulut pernah terbahan, lawak pernah terlebih, kekasih pernah terampas, hati pernah terguris, duit pernah terambil, jawapan pernah tertiru, jatuh pernah tergelak. Saya minta maaf sangat-sangat.



Tema : Hijau







*Beraya di rumah cikgu*

Dan...

"Selamat menyambut kemerdekaan ke 54"

Dan...



2 september ulang tahun saya. Hhhmmm tiada apa yang menyeronokkan selain membalas pesanan ringkas yang comel-comel dari rakan. Sebenarnya saya agak sedih... sedih sangat... ramai kawan saya terlupa tarikh ulang tahun saya, sedangkan masa ulang tahun mereka... saya orang paling teramat tersangat terpantas menghantar pesanan. Tak apalah dia terlupa agaknya... sampai sekarang dia terlupa... kasihan... *kesat air mata*



Terima kasih awak, awak, awak, awak, awak, awak dan awak.

*Sekali lagi*

Terima kasih kepada Cikgu Hidayah, Cikgu Taufiq, Cikgu Syikin, Cikgu Muna Nabilah, Siti Zubaidah, Afzarul Dzarif, Fatin Nabiha dan semua yang terlibat.

Dan...

1. Siti Shahira
2. Siti Khadijah
3. Wan Nurain

Tiga orang penghantar pesanan paling lincah. Tahniah! Terima kasih juga kepada sesiapa yang wish melalui Facebook dan Tagged. Semua ucapan saya dah balaskan? Fuuuhhh! Betapa gigihnya saya membalas.



Terima kasih daun keladi,
Kerana wish kali ini,
Tiada apa mampuku beri,
Hanya ucapan aidilfitri.

Inilah hasil entry yang ditaip sambil pejam mata dan pejam otak. Ahhh lantaklah...


8 comments:

al_hakim said...

sakan bergambar..

Shee™ said...

trololoooo :p

Lampu suluh. said...

haha oit WTF. mat ri ya map hir tin!

Wanita2u said...

Jom join giveaway dari Wanita2u pula. :)
Hadiah mmg sangat menarik. Berbaloi-baloi join. Hehehe.

http://portalwanita2u.blogspot.com/2011/09/wanita2u-2nd-giveaway.html

WHAT THE FANNA said...

Al-hakim : Biasalah perempuan :P

WHAT THE FANNA said...

Shee : Sukalahtu nama dia terselit :P

WHAT THE FANNA said...

Lampu suluh : Oit lampu suluh, selamat hari raya maaf zahir batin juga :)

WHAT THE FANNA said...

Wanita2u : Insya'allah :)