Friday, August 19, 2011

Seribu seratus

Pandanglah... lihatlah...



Masa ujian dua yang lepas, karangan saya ada sebelas kesalahan tatabahasa. Setiap satu kesalahan kena buat seratus pembetulan. Maknanya... lu kiralah sendiri...

Antara kesalahannya :

Kesalahan : memajukan lagi industri pelancongan kesihatan ini...
Pembetulan : memajukan industri pelancongan kesihatan ini lagi...

Kesalahan : memperluaskan rawatan ini...
Pembetulan : mempromosikan rawatan ini...

Kesalahan : memperkembangkan rawatan ini melalui media eletronik iaitu...
Pembetulan : memperkembangkan rawatan ini melalui media eletronik, iaitu...

Kesalahan : memajukan industri pelancongan kesihatan ini ialah...
Pembetulan : memajukan industri pelancongan kesihatan ini adalah...

Kesalahan : rawatan ini akan terus maju di peringkat antarabangsa...
Pembetulan : rawatan ini akan terus maju pada peringkat antarabangsa...

Kesalahan : memajukan industri pelancongan kesihatan ini ialah...
Pembetulan : memajukan industri pelancongan kesihatan ini adalah dengan cara...

Kesalahan : meningkatkan lagi penggunaan rawatan ini...
Pembetulan : meningkatkan penggunaan rawatan ini lagi...

Kesalahan : memajukan lagi industri pelancongan kesihatan ini ialah...
Pembetulan : memajukan industri pelancongan kesihatan ini lagi adalah dengan cara...

Kesalahan : memajukan industri pelancongan kesihatan ini ialah...
Pembetulan : memajukan industri pelancongan kesihatan ini adalah...

Kesalahan : menarik penggunaan...
Pembetulan : menarik pesakit...

Kesalahan : perlu mendapat sokongan dari semua pihak...
Pembetulan : perlu mendapat sokongan daripada semua pihak...

Itu dia... koleksi-koleksi kesalahan tatabahasa dalam album karangan saya. Wah, koleksi gitu... Seribu seratus? Ye'eleh, masa saya terima hutang rasa macam banyak sangat. Rupanya memang banyak sangat-sangat.

Lantaklah tulisan cakar kkkoookkk kkkoookkk kkkoookkk ke, tulisan rempit ke... janji ROCK! Eh janji SIAP.

Agak-agak blog saya ada berapa juta kesalahan tatabahasa eh? *Geleng kepala*


10 comments:

eera said...

cam seronok kan..?

Fadzmie Mohamad said...

Pergh. Boleh krem tangan nak menulis 1100 ayat. =.="

Fanna Roslan said...

Eera : Memang seronok :)

Fanna Roslan said...

Fadzmie Mohamad : Bukan setakat krem, tangan jadi kayu. HOHO!

Elie Lily said...

tulis karangan tak macam tulis entry kat blog kan? hehehe

Fanna Roslan said...

Elie Lily : Ya Cik Elie :)

afifi embong said...

haha..kesian

Fanna Roslan said...

Afifi Embong : Kasihankan? wuwuwu :'(

criestz said...

lame da x tengok blog budak kecik nie hehe =)

Fanna Roslan said...

Criestz : Budak kecik? Sekarang dah besar, dah boleh kahwin dah :P A'ah lama tak komen entry i, dulu pengkomen setia. HIHI!