Tuesday, June 7, 2011

Saya terpaksa menipu!

Assalamualaikum.

Ini cerita semalam punya semalam punya kelmarin punya tulat punya esok punya semalam punya kelmarin punya kelmarin punya esok punya tulat punya faham tak? Alahai, saja nak test IQ you all. Nampaknya IQ saya sendiri yang ditest. HAHA!

Sabtu lepas, saya pergi Perkhemahan Kadet Polis di Taman Negara Endau Rompin Pahang selama empat hari tiga malam. Fuh, empat hari macam empat bulan. Saya pergi sana bukan sebagai seorang pelajar, tapi sebagai seorang cikgu a.k.a pegawai. Saya rasa geli bila peserta-peserta di sana panggil...

"Puan, kawasan mana lagi kami boleh dirikan khemah?"
"Cikgu, are you okey?"

Konon-kononnya nak berlagak sebagai cikgulah...

Tiba-tiba, ada seorang pelajar dari sekolah SMKTD2...

Pelajar : Awak bukan ke komander Kadet Polis tahun dulu?
Saya : Memanglah... tapi sekarang dah jadi cikgu <----- Okey tipu!

Dan.. seorang pelajar SMKTD3...

Pelajar : Form sixkan?
Saya : Mana ada, cikgulah. Asal cakap form six pula? <----- Okey tipu!
Pelajar : Entahlah...

Sampai bila saya nak menipu? Alahai, cikgu soleylah eh cikgu sallehlah pepandai cakap saya cikgu. Dah saya kena jadi cikgu. HAHA! Tapi ada seorang cikgu dari sekolah SSI tahu saya memang student. Maybe dia kenal muka saya kot. Nama dia cikgu Adnan.

Cikgu : Awak Farhanahkan?
Saya : *Terkejut dan sekadar mengangguk saja*
Cikgu : Sekarang form sixkan? Lower six ke upper six?
Saya : *Lagi terkejut* Upper six.

Last-last...

Polis : Cikgu dari sekolah mana?
Saya : Taman Daya.
Polis : Sebenarnya, awak cikgu ke student?
Saya : Student. <----- Jujur! HAHA!

Saya terpaksa jujur, sebab menipu bukan makanan saya. Saya hebat menipu, tapi saya tak suka menipu. Sekian...

So, ramai dah tahu yang saya memang student tulen lagi asli... Wakaka wakaka waka waka eh eh tsamina mina zangalewa anawa aa... Eh, nyanyi pula dia?

*Okey, kita kembali ke seri pentas*

Cikgu Soley cakap dengan saya...

Cikgu : Pukul 6.30 esok mesti dah ada dekat sekolah tau. SMKTD2 dan SMKTD3 kumpul dekat sekolah kita.

Entah berapa ribu kali dia pesan dekat saya, dari hari monday, tuesday, wednesday, thursday tak ingin... tak perlu... aku dah binggung... <----- Nyanyi lagi? -,-

Well, biasalah janji melayu. Kata pukul 6.30 tapi pukul 8.00 baru bertolak. Hish, saya tak sempat mandi pagi tahu sebab nak sampai pukul 6.30. #Tipu.

Perjalanan dari Jb ke Pahang mengambil masa empat jam. Driver kami memang saya tabik springlah. Fuh! Ada ke patut drive macam bawa ferrari? Tak patutkan? Bukan saya cuak kebebeh kalau drive laju-laju, tapi fikirlah sikit cik abang ooii. Kami 20 orang naik track bukan motor. Dalam track terlompat-lompat macam super mario. Hish! Kasihan saya, saya, saya dan saya serta saya. HAHA!

Ini dia gambar sebelum bertolak, tengah tunggu tujuh track dari sekolah lain.


Saya dua dari kanan.

Zara : Cikgu! Cikgu! Pose macam gini!
Saya : Eeerrr... okey...





Setelah empat jam bermain super mario secara live, akhirnya kami tiba... Yihaaa...



Itu dia kawasan perkhemahan kami.



Hai, saya Cikgu Fanna Roslan
Eceh! Eceh! Ecececececeh.



Bersama adik Raihan yang penakut.

Keesokkan harinya, kami ada jungle trekking. Perjalanan jungle trekking selama 5 jam. Fuh, menggigil kepala lutut cikgu tau. *Terus panggil cikgu*




Apa macam? Bermacam-macamkan?




Leceh juga nak melepasi sungai ini.



Ini lagi lagi gila gila leceh but i like!

Keesokkannya, kami ada aktiviti... eeerrr... cikgu pun tak ingat aktiviti apa... HAHA!



Ewah! Ewah! Ewah!




Buat lemang kalau tak silap ke silap?
Tengok muka budak ini, kita dah tau memang tak menjadi lemangnya. HAHA!




Yang kiri itu belakon buat-buat sakit. Eleh, sebab tak nak pergi malam burung hantu.




Pelajar : Malam ini ada babyQkan?
Saya : Waklu babyQ, babiQlah (BBQ). HAHA!


Lelaki vs Perempuan
Time ini, mereka tengah lawan suara siapa lagi mantap.
"Kami kadet hebat, hebat, hebat hebat. Yes, yes, yes... Ooooo yes!" Lebih kurang gitulah...

Masa malam kebudayaan, saya tak ambil gambar pun. Bagi saya semua kumpulan tak best. HAHA!

Bagi saya jadi cikgu tak seronok tapi beronok-ronok. Peace!


8 comments:

Freaky said...

berkhemahhh... syoknyaaa

sicomel said...

wah! untunglah jadi cigu! :P

Fanna Roslan said...

Freaky : Memang syok pun :)

Fanna Roslan said...

Sicomel : Menganjing apa? HEHE!

blogtube said...

waaa... bestnya camping 'teringat pada aku dulu-dulu' hahaha geram tengok... dh lama x camping camtu 'jeles kononnya'

ronda ronda bersama fanna@myobw

Fanna Roslan said...

Blogtube : Jom pergi camping dengan i pula. HAHA! Joke*

Anonymous said...

Most powerful&cost effective SEO service in world get up to 100K backlinks now!
Get great web traffic using best xrumer blast available. We can post your marketing message up to 100K forums worldwide, get insane amount of backlinks and large online web traffic in shortest time. Most affordable and most powerful service for web traffic and backlinks in the world!!!!
Your post will be published up to 100000 forums worldwide your website will get insatnt traffic and massive increase in seo rankings just after few days or weeks. Order now:
xrumer

WHAT THE FANNA said...

Anonymous : =)