Friday, February 18, 2011

Facebook



Salam satu Facebook eh silap salam satu Blogger. Facebook telah menjadi kegilaan ramai orang dan ianya telah menyebabkan ramai orang menjadi gila kerana Facebook. Anda gila? Aku tak gila Facebook, Facebook yang gila aku.

Jika dulu kita heboh pasal Myspace. Hari-hari nak buka Myspace. Kalau tak buka boleh gila agaknya. Tapi itu dulu, sekarang zaman dah berubah. Buka Myspace pun dua atau tiga kali sebulan. Itu pun saja-saja sekadar mengambil hati Tom Anderson.

Apa-apa hal...

Facebook didahulukan, Blogger diutamakan dan Myspace diketepikan.
HAHA!




Tengok! Tengok! Bukan nak bangga mahupun riak. Tapi macam mana gambar aku boleh terselit paling gajah di celah-celah orang putih? Mentang-mentang, aku dikategorikan orang berkulit putih. Putih ke???

Ramai yang sudah mendaftar sebagai warganegara Facebook. Golongan 40-an dan cikgu-cikgu pun tidak ketinggalan juga. Lepas ini, cikgu-cikgu boleh pesan apa-apa dengan pelajar pakai Facebook saja. Bini Roslan pun ada Facebook tau. Jangan main-main! Hari-hari bergusti dengan aku nak online. Siap buat jadual lagi wei. Al-maklum, dekat rumah ada satu komputer yang digunakan bergilir-gilir. Kadang-kadang aku tidur pun peluk komputer tau. Ya, betul! Betul aku tipu!

*Maaf, kita kembali ke seri pentas!*

Facebook memang best! Tapi, ada beberapa perkara yang aku kurang gemar bila berFacebook.

Calon-calonnya :

1) BERCHATTING :  

Aku bukannya jenis orang yang suka comment gambar dan status friends aku. Serious! Kadang-kadang saja aku terkomen bila terskodeng gambar yang cun/comel atau status yang terasa ingin di komen.

Contoh : Gambar



Caption : Awang beanber :)


Aku : Wah, comel rambut kau! Fanna Roslan like this.
Awang : Terima kasih Fanna :D

Then join pula makhluk yang lain untuk komen. Aku tak kisah kalau dia nak komen tentang gambar/status ini tapi terpesong memesong ngesong.

Tipah : Kau comel gila macam justin bieber! :D
Awang : Mana ada, kau lagi comel! :D *Rendah dirilah kononnya*
Tipah : Ceh kau! Eh, tadi kau dating dengan som tak?
Awang : Taklah, som cancel sebab nak pergi wedding atuk dia.
Tipah : OMG! Wedding atuk dia? Atuk dia kahwin lagi ke?
Awang : Yup, orang tua tak sedar diri doe! HAHA!

bla... bla... bla...

*Alahai, perlu ke berkasih sayang di sini? Saja bikin notification aku meleleh-leleh*

2) TAG PHOTO :

Tag yang tak layak untuk di tag. Faham? Begini, aku memang menyampah terima tag yang bersampah-sampah macam lori sampah. Aku tak kisah kalau sesiapa nak tag photo dekat aku, JANJI ada muka aku. Kalau tak ada janganlah nak tag-tag aku segala bagai.

Contoh 1 :



Time duit aku pokai, time itulah nak tag gambar macam gini. Saja nak buat aku jealous.


Ingat aku jealous sangat ke? Aku jealous sikit sajalah wei!

Contoh 2 :



Lagi menyampah kalau muka sendiri then tag dekat aku. Kalau Megan Fox bolehlah, sebab muka kitakan sama... kan kan kan? HAHA!


3) GAME DAN APPLICATION :



Pantang nenek moyang aku orang yang sent game dan application requests. Kalau nak poke aku boleh, tapi jangan poke lebih-lebih pula. 

Dulu boleh dikatakan semua game aku layan. Tapi sekarang? Aku dah pencen untuk layan semua game di Facebook. Harap maklum.



Ini yang di namakan "Nyawa-nyawa ikan". Kasihan ikan aku dapat owner yang pemalas. Mati-mati aku jamin anak-anak ikan aku dah mati, tapi tak mati-mati lagi. Gilalah! Dah berabad aku tak bagi makan. Tak reti-reti nak mati ke? Cepat sikitlah mati, nanti boleh buat BBQ.




Dah bersihkan dah. Suka tak? Ehem, bangga 20 saat sebab masih tersenarai top 10.


4) STATUS :

Update status dua-puluh-empat jam sehari semalam seesok selusa sehari-hari sesengal. Antara status yang selalu tersembur di home Facebook aku :

Contoh 1 :

"Lapar..."
"Bosan..."
"I love you sayang..."
"I miss you sayang..."
"Otw ke Jepun..."


Kau ingat satu dunia nak tahu ke?

Sumpah! Aku rimas dengan orang yang teramat terlalu tersuka tersangat tergila update status. Sepanjang hampir dua tahun aku ada facebook, tak sampai seratus status aku post. Cunkan? Bagi sesiapa yang teramat terlalu tersuka tersangat tergila terupdate terstatus. Tersilalah terbuat tertwitter, tertapi teringat terjangan terlupa terfollow tertwitter teraku tersekali. terHAHA!

Yang paling menyampah update status :

Contoh 2 :

"Hoi betina! Kau ingat kau hot sangat ke? Nenek aku dekat kampung lagi hot! Setakat make-up setengah kilo!" *WHAT THE FANNA*

"Babi, pukimak, sial punya jantan! Kau yang terhegeh-hegeh dengan aku!" *WHAT THE FANNA*

Kalau ya pun marah terlalu gila-gila punya gila. Tak perlulah sampai nak update status then friends-friends kau yang tak tahu apa-apa pun like kecuali aku sebab...

Fanna Roslan dislike this.

Dalam perkara perkara di atas yang membuatkan aku kurang gemar bila berFacebook. Ada satu perkara yang membuatkan aku sayang teramat terlalu tersuka tersangat tergila dengan Facebook. Nak tahu apa? Sampai sekarang, tak ada friends Facebook aku yang berani mengamalkan "Sistem paksa memaksa". Alah, "Sistem paksa memaksa" yang macam di Myspace itu.

"Comment my picture, i will hit you back :D"

Alamak, dia suruh comment gambar. Okey, aku akan comment dengan tak ikhlas : "Nice picture!"

Then dia comment lagi : "Comment gambar yang lain pula please! Jangan lupa spam banyak-banyak tau! :)"

*Eh siot, siap suruh spam lagi. Dengan segala benggangnya anda di delete.*

Lagi sekali, sepanjang tiga tahun aku ada myspace, aku tak pernah mengamalkan "Sistem paksa memaksa". Aku jenis tak tahu malu, tapi aku malu nak paksa orang comment gambar aku. Gambar myspace aku paling banyak pun enam-ratus komen.

Macam blog juga : "I follow you, follow me back okey?"

*Tak malu ke you all paksa i all follow blog you all?* I all??? zzzzz...

-Iklan-

Betul ke facebook akan ditutup? Kalau betul, apa lagi patah balik ke zaman myspace ya kawan-kawan. Tom Anderson pasti tersenyum lebar!


12 comments:

Arep Xareviexr said...

wahahah.. bagos bagos,, cube baca nie pulak..

http://grunge-note.blogspot.com/2011/02/kenapa-pelik-sangat.html

Freaky said...

facebook lagi ketagih daripada social network yang lain

Fanna Roslan said...

Arep Xarevier : HEHE! Okey okey :)

Fanna Roslan said...

Freaky : Yeah, betul betul :)

Nor Leesa said...

Memang gila ngan facebook, after this ape plak kan?

Fanna Roslan said...

Nor Leesa : Entahlah. Fakebook kot. HEHE!

uchna_orange said...

cun lar entry nie..:)
actually suma kt ats 2 seyez btol..haha..

Fanna Roslan said...

Unchna_orange : Terima kasih :D

SyahmiFikri said...

hahaa..

naseb la aku tak addicted ngan facebook!!

tapi mesti merana kan kalu fb dah takde nant

Fanna Roslan said...

ShahmilFikri : Semua orang merana kecuali aku. HAHA!

Azzahrah Haris said...

SANGAT BETUL! haha apa yg u rasa tu just as same as my situation. paling menyampah bila ada yg tag gambar sendiri, status yg ntah-apa-apa. HAHA

Fanna Roslan said...

Azzahrah Haris : A'ah, i pun menyampah orang yang tag gambar. Tak suka!