Tuesday, January 11, 2011

Zon persekolahan bermula

Salam satu blogger dan salam PERSEKOLAHAN.

*PERSEKOLAHAN? Perlu ke? Perlulah untuk pelajar sekolah*

Hai geng! Kita bertemu kembali pada entry kedua dalam dua-ribu-sebelas. Setelah sekian lama aku melarikan diri dari semua jenis spesies alam maya, kini aku kembali dengan entry terbaru. Hari ini baru aku di beri kesempatan untuk menghilangkan segala nafsu rindu yang tak tertahan pada blog. *Cewah!* Walaupun agak lama aku tak menyembah blog, aku tahu siapa yang ehem-ehem blog aku. Siapa yang copycat entry ini, then tak reti-reti nak beritahu aku. Lantak kaulah labu!



Gambar tahun lepas. (Dua-ribu-sepuluh)
Aku di barisan tengah dan berada di tengah-tengah.


Oh ya! Guru tingkatan aku masih, masih dan masih lagi PUAN NORIZATI. Tiga tahun berturut-turut aku dapat cikgu yang sama. Sayang betul Puan Norizati dekat aku. HAHA! First time dalam sejarah aku duduk paling depan. Selalu duduk paling belakang sekali, tak pun kedua dari belakang. Fuh cayalah! Air liur cikgu yang menyembuh-nyembuh macam air terjun pun aku boleh nampak dengan jelas. Dengan jelas okey! Duduk depan sekali memang best. Apa yang cikgu cakap semua aku boleh dengar dengan begitu jelas. Yang paling penting sekali aku kurang bercakap dan kurang bersanggap. Kalau duduk belakang satu hari sanggap lebih kurang sepuluh kali, tapi kalau duduk depan aku sanggap lebih kurang sembilan kali setengah. Kurang setengah kali. Tahniah buat diri sendiri! Tahniah juga kepada Shiro sebab kita duduk bersebelahan. Wah, berjiranlah kita. Dalam kelas duduk berjiran, birthday berjiran... apa lagi yang kau nak berjiran dengan aku? HOHO!



Aku, Mek dan Shiro cuba menyiapkan homework sejarah yang terlalu banyak gila jahanam.
Homework sejarah memang banyak gila. Banyak gila aku tangguh. HAHA!




Baru seminggu lebih sekolah dah biol! Minggu pertama persekolahan memang banyak menjahanamkan jari-jemariku. *Kenapa tangan kiri dan kedua kaki aku tak berfungsi untuk menulis di saat-saat genting macam gini?* HOHO!

Hari keempat persekolahan. Aku melangkah masuk ke sekolah dengan lebih semangat. Jalan, jalan dan jalan tiba-tiba...

Pengawas : Kuku. 

*Tunjuk kuku*

*Kuku comel. Selamat!* 

Tiba-tiba...

Cikgu disiplin : FARHANAH!

*Datang dekat cikgu dan baju di check*

*Baju pendek dan tak cukup lima inci*

Sepanjang aku bersekolah, hari ini dalam sejarah aku kena tahan sebab baju. Ya, aku mengaku baju aku memang pendek tapi tidak ketat okey! Sakit hati aku! Adik aku yang lebih comel, lebih montel, lebih besar, lebih lemak, senang cerita lebih double big big and big dari aku tak kena tahan. Padahal baju kami sama size. Baju kami size 16 1/2.

*Canggih memang buat baju untuk orang bersize pendek dan gemuk saja eh?*

Semua pelajar perempuan di wajibkan memakai baju labuh melebihi paras lutut dan longgar baju harus lima inci. Aku punya baju empat inci setengah. Hanya tak cukup setengah inci saja. Itu pun kena tahan juga siap di conteng menggunakan maker di bahagian dalam. Hey, serious aku fed-up gila. Cikgu nak pelajar perempuan pakai baju yang longgar-longgar, tapi aku tengok ada juga segelintir cikgu-cikgu yang memakai baju ketat sehingga boleh menampakkan ttuutt dan ttuutt. Lagi satu, cuba bayangkan orang yang kurang mampu di paksa membeli baju yang baru. Aku rasa tak perlulah pakai baju yang longgar-longgar sampai lima inci, cukuplah sekadar TIDAK NAMPAK BENTUK BADAN. Sekarang aku pakai baju saiz 17 1/2. Cuba bayangkan? Pakai baju dah macam pakai jubah pun ada, kadang-kadang macam pakai tuala pun ada. Selekeh boleh? Baju aku nak sumbat dua fail MUET pun aku rasa muat, tiga pun muat juga. Empat? Oh tak muat.

-IKLAN-

Setiap kali aku buat homework mesti berlaku dialog sebegini...

"Fuyoh... Fanna buat homework siot!"

Kenapa semua orang pelik sangat kalau aku buat homework? Kenapa? Kenapa?

Jangan jawab! zzzzz...

22 comments:

nub said...

pukoi2 jaa kopikat tu..

gahahha

saya_arief said...

aku rindu uniform sekolah tuuu.
;p

Afzarul Dzarif said...

sbb hobi ko meninggalkan kejr sekolah!asik bukak opis jek..mne org x plik ko wat homework..hahaha

Fanna Roslan said...

Nub : HAHA! Tak sampai hati :D

Fanna Roslan said...

Saya_arief : Aku tak pun! HAHA!

Fanna Roslan said...

Afzarul Dzarif : Diamlah kau! HOHO!

Syipak Bonkers said...

canggih baju mang senteng. menyampah sikit laa. haha

Fanna Roslan said...

Syipak Bonkers : I menyampah banyak :P

Umie Nadhirah said...

:)
selamat kembali ke sekolah .

Fanna Roslan said...

Umie Nadhirah : HAHA! Terima kasih ya :)

Liquid said...

warghh incek liquid rindu skola uhu

Amiey White said...

Good luck dear~

study jangan noty2 :P

Fanna Roslan said...

Liquid : Yeke? Jom ke sekolah! HAHA! :P

Fanna Roslan said...

Amiey White : Okey okey. Thank you :D

Mr. TN_SkY said...

hehe...yg bwh sekali SkY setuju sangat2 hehe :-)

Fanna Roslan said...

Mr. Tn_sky : Saya tak setuju! HEHE :P

Nor Leesa said...

Haha, fanna kita sama. Bila i buat homework habis satu rumah kecoh macam pelik! Hehe :)

Fanna Roslan said...

Nor Leesa : HAHA! Kenapa ramai kecoh kalau kita buat homework? :P

Nor Leesa said...

Haha, want to noe that? B'cos kita jarang-jarang bermesra ngn buku! BUKU sangat lah BORING :)

Fanna Roslan said...

Nor Leesa : HAHA! Betul betul :)

Anonymous said...

unlock iphone
how to unlock iphone

iphone unlock how to unlock iphone unlock iphone
I have a virus that i cannot remove because every time windows essentials picks it up, i remove it and then it re creates itself in a different file. its called a VirTool:win32/VBInject.gen!BP virus. PLEASE HELP how to unlock iphone

unlock iphone how to unlock iphone [url=http://ounlockiphone.com]how to unlock iphone [/url] unlock iphone

Fanna Roslan said...

Anonymous : :)