Monday, January 17, 2011

Entry bosan. Jangan baca!




• Kenapa ramai blogger yang gilakan Lisa Surihani?
• Kenapa ramai orang sekeliling kata aku dah berubah? Tang mana yang dah berubah? Tang mana? Tang mana wei?
• Kenapa setiap kali period, aku mesti segugut yang memaksa aku melalak sekuat hati?
• Kenapa form six tingkat tiga bukan tingkat satu? Tingkat 1 please! Tak larat nak mendaki gunung dengan membawa beg yang macam batu-bata. Minta-minta pengetua baca entry ini. Amin. Cepat amin beramai-ramai. HOHO!
• Kenapa bila aku mainkan lagu dari handphone, semua orang kata aku gila? Salah ke nak main lagu raya kalau bukan hari raya?
• Kenapa bila mengantuk baru sibuk nak cari aku, "Wei, cepat buat lawak. Aku mengantuk!"? *Aik?*
• Kenapa aku rasa hari isnin hingga jumaat masa bergerak terlalu lambat, tapi hari sabtu dan ahad masa bergerak terlalu cepat? Ke aku seorang yang rasa?
• Kenapa ramai orang sekeliling kata muka abang aku macam Aliff Aziz dan Sam Bunkface? Lima hari lima malam aku tenung muka abang aku sampai termuntah. Tak sama pun. Macam muka ABANGLA adalah. Betul, tak tipu!
• Kenapa E-wan Lee tak habis-habis datang dekat aku dan... "Fanna, tolong tuliskan nama aku."? Tak reti-reti nak tulis sendiri agaknya. Oh lupa, tangan basah kuyup. Ooppss. HAHA! Abaikan.
• Kenapa Ana Raffali yang menang AJL 25? Kenapa bukan Faizal Tahir atau Black atau Yuna atau Dato' Siti Nurhaliza yang menang? Eh chop, Dato' Siti Nurhaliza masuk AJL ke tak? HOHO!
• Kenapa astro tak habis-habis ulang cerita yang sama sampai tiga kali dalam satu hari? Sampai aku dah boleh hafal dialog cerita itu. Apa kes?
• Kenapa orang lain boleh gelak sakan bila tengok Raja lawak? Aku tak boleh gelak langsung.
• Kenapa ramai sangat yang benci Fasha Sanda termasuk aku? HOHO! Dia cun, comel, seksi dan seksa apa?
• Kenapa orang bangla suke berpimpin tangan ketika berjalan?
• Kenapa kalau bercouple harus bermessage dua-puluh-empat jam?
• Kenapa cerita Indon mesti berkisahkan tentang hilang ingatan, terjumpa pelanduk dua serupa macam cerita "Bukan diriku", percintaan yang terlalu banyak cabaran, dari kaya raya tiba-tiba jatuh miskin hina, tertukar anak masa kecil-kecil tapi dah besar panjang baru tahu? *Bosan*
• Kenapa banyak sangat perkataan "kenapa"?

Bosankan? Aku dah kata entry bosan. Siapa suruh baca? Padan muka! Padan mata! Padan semua! zzzzz...

P/s : Ehem! Adik aku telah mendaftarkan diri sebagai warga blogspot.
Jom usha! -----> http://blogtalkofnadia.blogspot.com

Eh chop! Chop!

Kenapa pembaca blog aku suka baca tapi tak suka komen? HAHA!

24 comments:

Shiro™ said...

mari belajar sama-sama ye sayang? STPM sama-sama. berjaya sama-sama. wah :D btw apa salahnya berubah sikit? baru boleh maju. cool apa? huehue

Nadee Nadoo said...

ahahaha...siot ahh entry kau...

bukan photographer said...

arghhh...lisa...tetibe rase nak jadi gila..haha

MerahFiqrin said...

aku komennnnn ! weeeee ! :D

Fanna Roslan said...

Shiro : Jom! Jom! Wah, terlebih cool :)

Fanna Roslan said...

Nadee Nadoo : Apa yang siotnya? HOHO! :P

Fanna Roslan said...

Bukan Photographer : Sebut Lisa terus nak gila ya? HOHO!

Fanna Roslan said...

MerahFiqrin : HAHA! Terus komen :P

FATIN SYAFIQA said...

haha. nak suruh adik buat blogspot.jugak la. hehe

MerahFiqrin said...

aku kan pembace setia blog kau :D

luvpinkja said...

suka part nih --
• Kenapa orang bangla suke berpimpin tangan ketika berjalan?

musykil gilaaa :)

Fanna Roslan said...

Fatin Syafiqa : HEHE! Jom jom! Ajak nenek sekali kalau ada :P

Fanna Roslan said...

MerahFiqrin : Ceh ceh! Terus mengaku pembaca setia :P

Btw Thanks <3

Fanna Roslan said...

Luvpinkja : HAHA! Kalau tak pimpin boleh hilang agaknya kot :P

padle said...

kenapa aku bukak blog ko,pastu aku komen?

Fanna Roslan said...

Padle : Entahlah. Kenapa eh?

nurkaloi said...

huhuhu nak bace ke tak nak
sbb en3 da kate bosan
ngeheheh
oke kaloi suke bce and komen lau tak bosan

k dh jom renang

IxoR@ said...

entri bosan jangan baca?

hurmmm.... dah publish entri, mesti ada yg baca....

:P

Fanna Roslan said...

Nurkaloi : Kenapa baca? Jahat eh! HIHIHI :P

Fanna Roslan said...

Ixora : Alah kenapa baca? HOHO! :P

bukan photographer said...

sbb suke gile..haha

Fanna Roslan said...

Bukan Photographer : Saya pun suka dia :D

~AdDy AzMaR~ said...

byk benornye kenapa??haha..anyway happy hols k!!

Fanna Roslan said...

Addy Azmar : HAHA! Happy holidays too :D