Monday, December 20, 2010

Orang Johor



I ♥ JOHOR


Memandangkan aku orang Johor. Ya, orang Johor atau Jay Bee dalam bahasa geli-geli. Aku nak share sikit bahasa Johor.

Kamus Johor oleh Fanna Roslan :

Roti perata - Roti canai : "Mamak, roti perata satu?"
Epok-epok - Karipap : "Epok-epok ini berapa seringgit?"
Gebor - Selimut : "Dekat mana ada jual gebor yang cantik-cantik?"
Robok - Almari : "Tolong ambilkan baju aku dekat robok."
Sepatu - Kasut : "Berapa harga sepatu ini?"
Selipor - Selipar : "Cantik juga selipor kau."
Alih-alih - Tiba-tiba : "Alih-alih kau nak marah pehal?"
Jajan - Makanan ringan : "Aku suka makan jajan super ring."
Gostan - Reverse : "Kau tolong gostan kereta belakang sikit."
Konci - Kunci : "Pagar dah konci ke mak?"
Lonceng - loceng : "Siapalah main tekan-tekan lonceng ini..."
Nijam - Sekarang : "Nijam, minyak petrol dah mahal. Dulu murah."
Kawan - Saya : "Awak bila nak kahwin?" "Maybe, tahun depan baru kawan kahwin."
Katop - Tutup : "Kau dah katop tingkap ke belum?"
Saing - Bersama : "Nanti kau saing dengan aku eh?"
Endut/Berendut - Berpasangan/Dating : "Tadi aku nampak kau pergi berendut dengan Minah dekat Danga Bay."

Kalau tak silap, "Poyo" dan "Menganjing" bermula dari negeri Johor. Kalau tak silap, tapi macam silap. Entahlah! HAHA! Ada lagi ke wahai warga Johor? Ini sajalah yang aku ingat. Dah macam cikgu dah nak berkamus-kamus segala bagai. HOHO!

Fakta yang anda semua harus tahu. Ramai artis berasal dari johor seperti Zainal Abidin, A.G (HOT FM), Norman Hakim, Akim AF7, Fahrin Ahmad, Hans Isaac, Betty Banafe, Mawi, Ngasrizal Ngasri, Juliana Banos, Sheila Abdul, Amy search, Syafinaz, Ramlah Ram, Datuk Sharifah Aini, Jalil Hamid, Noraniza Idris, Tam Spider, Ajai, Fazli Zainal, Fanna Roslan dan ramai lagi. Tak mampu nak senaraikan semua. Itu yang terlintas dalam kepala otak aku.

Yang last sekali artis baru... *Ketawa*


47 comments:

lolitasinta said...

wahh !!!
loli owg johor aww .
tmn universiti ,skudai . tawuu ???
jee

FARAA F said...

"Kau tolong gostan kereta belakang sikit."

kelakar jugak bila mengeja 'gostan' selepas cakap Perkataan ni dah biase sgt disebut kot ^^,

nub said...

ada tejumpa 1 word johor..

kampro lau x silap...hebat2..

bunyi cam etnik2 kat eithopia..bhahaha

Fanna Roslan said...

Lolitasinta : Ouh yeke? Hye kawan senegeri. (Ceh ayat :P) Taman U? Tau sangat :D

Fanna Roslan said...

Faraa F : Perkataan biasa bagi orang Johor tapi luar biasa bagi bukan orang Johor :D

Fanna Roslan said...

Nub : Kampro? Apakah? HAHA! Sumpah first time i dengar :D

kay yea said...

oke..nk jdi org johor gak~~

Fanna Roslan said...

Kay Yea : Nak jadi orang Johor? Jadilah. Cari bini orang Johor. HOHO! :P

Anishaway said...

ambo ore klate, tp minat nok kecek juhor. heee

AzwaZynal said...

saya pun johor :D hahaha

bukan kampro la..kompro.. maksudnya macam selekeh atau tak kemas :P

The Nurul said...

fanna roslan. kekekeke. nama komersial dah tu :D

nadia atilah said...

: hai olang johor, saya orang KL, iloveKualaLumpur :)

mochachichifinaz said...

haha...menganjing...best gune ayat tuh..teehee ;) laa..ramai gile family finaz kat johor...dekat serate johor ade..hehe..

misSbLurRy said...

endut...eheheh skali baca gendut

Afzarul Dzarif said...

geli jek artis yg last tu..da la make up artis,nk berangn2 jdik artis lak..hahaha

Fanna Roslan said...

Anishaway : Minat kecek Johor? HEE! Cuba try test :P

Fanna Roslan said...

AzwaZynal : Ouh! Kompro? Still tak pernah dengar. HAHA!

Fanna Roslan said...

The Nurul : Komersial? HAHA! Kelakar :D

Fanna Roslan said...

Nadia Atilah : Hai orang Key Ell! HOHO! :D

Fanna Roslan said...

Mochachichifinaz : Menganjing sudah bertukar menjadi mengedog. Serata Johor? WOW! :D

Fanna Roslan said...

MissbLurry : Sekali baca gendut. Dua kali baca? HAHA! :P

Fanna Roslan said...

Afzarul Dzarif : Eleh kau! Jealouskah? Kita harus berangan dulu :D

Nara Sixx said...

Ahaha, mostly cara org johor cakap blakang mesti ade bunyi cam o cket. Example beso means besar. kan kan? :P

Waniy Wan said...

Haha. Betul doh. Kat U aku. room mate aku selalu pelik ngan bahase kite. Haha. :D aku pulak yang heran kenape dorg tak paham bahase kite. aku igt 1 malaysia gune. hehehehe :P

mardhiah ismail (: said...

hahahaha betul betul tu fanna !

❀aRaBeLLa❀ said...

ingat nijam nama org..hehe

Fanna Roslan said...

Nara Sixx : Tepat sekali! 100 markah untuk anda. HEHE :D

Fanna Roslan said...

Waniy Wan : HAHA! Itulah pasal. Aku pun dah terbiasa berbual dengan kawan kelate aku :D

Fanna Roslan said...

Mardhiah Ismail : Yeah! Orang Johor sokong saya. HAHA! :D

Fanna Roslan said...

Arabella : Nama orang? HAHA! Nijam itu macam "ini jam". HEHE! :)

tomatokering :) said...

wee~kg kat joho . but ade skit words yg tak penah dengaq ada kat cnie ; :)

Fanna Roslan said...

Tomatokering : Ouh! Yeke? HEE! :D

Aizuddin Hanis said...

Sy org selangor..tp dah biasa sgt slang jhr..Bak kt org jhr..mcm 2 ekkkk??

Fanna Roslan said...

Aizuddin Hanis : Perkataan "Ek?" pun bermula dari Johor :D

Liquid said...

incek liquid, akan menjadi warga johor masuk tawun dpn. so tanx for the kamus2 neh hehehehe

Fanna Roslan said...

Liquid : Warga Johor? Really? HAHA! Welcome :D

Syipak Bonkers said...

hahaha. org johor tak banyak bunyik pelik-pelik sangat macam NS ngan KLATE. mang payah lahai nak paham

Fanna Roslan said...

Syipak Bonkers : Orang Kelate kalau dah cakap, habis i tak faham. HAHA! :D

dabuldahi said...

aku suka orang joho

Fanna Roslan said...

Dabuldahi : Aku pun. HAHA! :D

.izzati liyana. said...

i used alih-alih, jajan, gostan and saing jeh.huu. but saing tu bkn asal dari budak-budak hostel ke? btw, first visit here. sy org johor gk :)

Fanna Roslan said...

Izzati Liyana : Hye orang Johor! Entah, yang i tahu asal dari Johor :)

ajis said...

org johor mmg unik..kemproh sbenoya bahase jawa..johor an mmg ber kait rapat gan jawa.paling rmai jawa kt johor..sbb 2 lambang perlancongan lambang kuda kepang

Fanna Roslan said...

Ajis : Yeah! Batul betul! HEHE :D

Zati said...

Afzarul: awak kat mana sekarang?
Fanna Roslan: bahasa saya ni awak tak faham juga?

Zati said...

Afzarul: awak kat mana sekarang?
Fanna Roslan: bahasa saya ni awak tak faham juga?

Anonymous said...

Banyak je negeri pakai perkataan mcm ni. Bukan dari johor semata. :)