Friday, December 10, 2010

Cuti-cuti Malaysia

Assalamualaikum.

Sabtu lepas aku balik kampung di Segamat. Lama juga aku stay sana. Al-maklum, Encik Ayah dapat cuti lama. Bila sampai di kampung, aku terus cari makanan. Lapar... Lepas penuhkan perut yang kosong di dapur. Aku terus menuju ke ruang tamu. Tiba-tiba berlakulah dialog di bawah...

Puan Nenek : Nurul, dah makan?
Aku : Dah nek.

Aku terus menuju masuk ke bilik, tak sampai seminit kemudian aku keluar kembali dan...

Puan Nenek : Nurul, dah makan?
Aku : Dah nek.

Aku menuju masuk ke bilik yang lain, tak sampai 30 saat kemudian aku keluar kembali dan...

Puan Nenek : Nurul, dah makan?
Aku : HAHA! Dah nek.

Alamak! Alanek! Penat nak jawab soalan yang sama. Cubalah tanya siapa boyfriend aku ke? HOHO! Aku terus masuk bilik dan tak keluar lagi. Duduk di bilik, on komputer dan online. Nenek aku ini pelupa atau bahasa kasarnya dah nyanyuk. Boleh gitu? HOHO!

Keesokkan harinya, dengan semangat proton wajanya aku bangun pagi-pagi sebab nak pergi wedding Encik Ayah di Melaka. Wedding Encik Ayah? Apa? Wedding Encik Ayah? Eh silap! Wedding Encik Ayah punya kawan punya anak. Sebelum pergi Encik Ayah dah pesan bawa baju spare mana tahu nak pergi singgah mana-mana. Takkan nak pakai baju kurung kot. Okey bawa baju spare. Aku memang betul-betul bawa baju spare. HOHO! Sialan! Baju bawa tapi seluar tak bawa. Sebab Encik Ayah pesan bawa baju saja, memang baju saja yang aku bawa. Seluar terlupa... Nasiblah aku ada spare legging. Aku tak pernah pakai legging, disebabkan terpaksa... terpaksalah...



Bukan tangan aku. HOHO!


Kami pergi A' Famosa Safari Waterworld di Melaka. Adik aku yang beriya-iya nak pergi sini. Aku pun llaayyaann... zzzaaasss... 

  • Dewasa : Rm 40 (12 Tahun ke atas)
  • Kanak-kanak : Rm 35 (12 Tahun ke bawah)




  • Hot gila! Eh eh bukan aku yang hot, cuaca yang hot gila. Aku sentiasa cool.




    Taman permainan yang banjir. Ish ish...




    Betul ke yang depan sekali aku? Asal nampak gemuk sangat? Budak yang belakang itu dah memang gemuk. Tak payah cerita. :P



    Mula-mula adik aku nak ajak aku mandi dekat sini. Aku tengok air cetek nak mampus. Nak swim apa kejadahnya, cuci baju bolehlah... (Mandi tempat lainlah. Adik dahlah gemuk boleh tahan. Silap-silap adik masuk kolam, air semua keluar kolam. Kasihan budak-budak lain.)



    Adik aku seboleh-boleh paksa aku naik gelongsor yang pusing-pusing. Bila tengok tangga... Alamak weh! Tak sanggup nak naik tangga. Tinggi weh! 



    Lepas turun dari gelongsor yang memusingkan kepala otak kami. Kaki adik aku krem (macam mana eja krem?), then dia lemas sebab tak boleh berdiri. Bila lemas dia tarik aku. Kalau ya pun lemas, tariklah tangan aku ke kaki ke... ini tidak! Dia tarik rambut aku yang lurus guna jari kaki pun boleh. Aku-aku sekali package lemas. Bila aku bangun, dia tarik rambut aku. Bila aku bangun, dia tarik rambut aku lagi. Last-last aku tolak dia... bila dah selamat, aku membebel dekat dia sekuat hati. Satu dunia kolam boleh dengar. Geram weh! Berapa liter air kolam dah masuk hidung aku! eeerrr -.-



    Bila dah masuk sini macam tak nak keluar, bila terlihat satu mamat handsome. HOHO!




    Aku dan adik aku yang tengah turun gelongsor. Sila klik untuk pembesaran.


    Adik aku banyak kali tanya, "Kak, kenapa adik kalau dah sampai bawah mesti tenggelam?" (Malas aku nak jawab, nanti aku cakap dia gemuk dia tersentap pula. Lu fikirlah sendiri.)



    Aku dah lapar amat, tak larat nak pandang camera. Berehat sebentar dengan Nasi ayam yang paling tak sedap.



    Banyak cekadak dua budak badak air sirap limau ini, paksa aku tolak dia. Ish ish... 




    Pelampung itu Rm 20 saja untuk sewa.




    Cari! Cari! Aku dekat mana? Kalau dapat cari aku belanja mc'd.




    Sedih noh muka Pak cik yang pakai baju kuning? Sedih sebab tak boleh berenang eh? Alololo :D




    Encik Ayah yang setia meneman sehingga tertidur. Tertidur? Kira tak setialah itu...


    Then malam pergi rumah kawan Puan Emak. Ramai juga kami pergi menziarah rumah orang. Al-maklum, masa raya tak sempat menziarah, kononnya adik aku nak exam UPSR. Eleh!

    Okeylah bye.

    16 comments:

    wani ni ni ni sengett said...

    gambar yang ke tiga dari atas, tak tipu kau namapk lawa. :D

    Fanna Roslan said...

    Wanininisengett : Kau nganjing aku apa? Aku belek-belek, gambar ketiga gambar taman ngek! HAHA! :D

    wani ni ni ni sengett said...

    bodoh seh. gambar ke empat!!! hahaha

    Fanna Roslan said...

    Wanininisengett : HAHA! Memang bodoh! Kau makin rabun semenjak jumpa kembar yang dah lama terpisah :D

    wani ni ni ni sengett said...

    hahaha. aku tak perasan pun gambar tgn. tgn sape lah tu. :P

    Fanna Roslan said...

    HAHA! Orang rabun nak perasan pula :D Tangan adik aku! :D

    Umie Nadhirah said...

    HAHAAHA... Sempat gak ziarah rumah org ^_^

    Liquid said...

    hee dah lama incek liquid tak p cni, dlu suke naik gelungsur yg tinggi gile tu. rase melayang cm nak jatuh jek uhu

    Fanna Roslan said...

    Umie Nadhirah : HEHE! Time raya tak sempat menziarah, sekarang baru sempat :)

    Fanna Roslan said...

    Liquid : HEHE! Bestkan? :D

    Liana Ryan said...

    lama dah tak pegi jalan2..
    rindu pulak..

    Fanna Roslan said...

    Liana Ryan : Jomlah jalan-jalan :D

    mardhiah ismail (: said...

    mcm mahal sngt je tp tempat tak cool pon. hehehe

    Fanna Roslan said...

    Mardhiah Ismail : Yup, harga dia mahal kot setakat gelongsor-golongsor. HEHE!

    AsmadieAnuar said...

    sori sy nak tanya almaklumla new comer dlm blogging ni..mcmner nak tag org haaaaa...tq

    Fanna Roslan said...

    AsmadieAnuar : Nak tag kat blog? Sorry saya tak faham :)