Friday, December 24, 2010

C.I.N.T.A

Assalamualaikum semua.
Salam satu malaysia dan salam satu blogger.



Don't play with mata, mata make you BUTA.
Don't play with cinta, cinta make you DERITA.


Siapa setuju? Sila angkat keyboard tanda setuju. Sila gigit keyboard tanda tak setuju. Sila rebus keyboard tanda "No comment!".

Sebelum itu aku nak tanya, siapa yang tak pernah bercinta? Yang tak pernah bercinta sila ke kiri, yang pernah bercinta sila ke kanan dan owner blog sila ke tengah untuk bercinta eh silap untuk bercerita. Ehem! Aku pun ada pengalaman bercinta yang aku rasa untuk kali pertama dan terakhirnya aku nak share dengan semua. Tapi aku malu... ya aku pemalu... pemalu besar... tolong percaya... zzzzz...

Aku rasa semua orang pernah bercinta walaupun sekadar cinta monyet ataupun puppy love setelah di translate atas perkhidmatan google. *Google punya translation kadang-kadang macam haram jadah* 

Kali pertama aku betul-betul jatuh cinta pada tahun dua-ribu-lapan. Itu first time bercinta yang betul-betul aku cintalah kononnya. Y bukan nama sebenar. Aku pun tak tahu kenapa aku boleh jatuh cinta dengan Y tahap nak mati punya. Y pun jatuh cinta tahap nak mati dekat aku (kot). Okey, kami berdua memang bercinta. Wah, satu hari dua-puluh-lima jam handphone mesti di genggaman tangan. Handphone dengan aku memang tak boleh dipisahkan. Walaupun nak buang air besar ke, air kecil ke, air sedang-sedang tak berapa nak besar sangat ke, handphone mesti di tanggan. Aku pun tak tahu kenapa aku boleh jatuh cinta dengan si Y. Nak kata kaya, dua ringgit yang selalu ada dalam tangan. Nak kata handsome, muka macam projek terbengkalai adalah. HAHA! Sebab apa? Biarlah rahsia... (Bagi saspens sikit)

Tapi aku dengan dia tak lama atas kehadiran orang keberapa entah. *Malas nak kira* Bak kata orang, tiada jodoh. Time clash... Ya allah! Aku teramat sedih terlalu gila bapak nenek moyanglah! Bak kata orang lagi, mandi tak kenyang, tidur tak basah, makan tak lena. *Aik?* Satu hari aku telah membuat pembaziran air mata sebanyak dua tangki. Pembaziran tisu jenama premier sebanyak dua kotak. Sedih! Sedih kuasa dua! Orang semua tonton cerita spongebob gelak sakan tapi aku menangis sakan. Ikutkan hati, nak naik banggunan tujuh-puluh-tingkat dan terjun ala-ala spiderman. Biar mati! Tapi bila fikir lagi, kalau aku terjun tak mati tapi lumpuh seumur hidup macam mana? zzzzz... terus cancel niat. HAHA! Agak lama aku mengambil masa untuk melupakan si Y. Adalah dalam sejuta jam. Eh? Lamalah juga. 

Akhirnya, aku berjaya melupakan si Y setelah aku bercouple dengan si Z dan kemudian dengan si A dan kemudian dengan si B dan kemudian dengan si C dan kemudian dengan si D dan kembali single sampai sekarang. Tapi dalam ramai-ramai ex-ex aku, tiga orang datang balik dekat aku untuk... *some text missing*

Yang paling menyedihkan tahap ayam mati anak bila ex aku bagi lagu ini. Ouh, aku suka lagu ini tapi aku benci lirik lagu ini. Sila hayati lirik lagu ini betul-betul. Lagu ini yang membuatkan aku tak terima sesiapa dalam hidup aku. Maaf! Kecewa kot! Tapi aku masih berniat untuk berkahwin pada suatu hari nanti, itupun kalau ada jodoh. Biarlah bini Roslan carikan calon suami buat aku. Tapi dengan syarat aku nak muka macam Asyraf Muslim. HAHA!

-IKLAN-

Aku seram kalau kawan sepak terajang aku message gini :

Dia : Aku rasa aku dah jatuh cinta dekat kaulah :)
Aku : Jatuh cinta? OMG! Kalau dah jatuh cinta boleh bangun cinta balikkan? HAHA!
Dia : Bengong!


42 comments:

Amiey White said...

cinta kadang2 seronok kadang2 hampeh .
conclusion cinta macam serbuk rasa haha :D

Btw fanna jum bercinta dalam mimpi :D
nak tidur...

Najwaa Malikk said...

HAHA , mula2 mcm sedih , tp gelak plak baca post niy . Adeh . Jangan patah semangat untuk bercinta cik Fanna ui . :))

Liquid said...

setuju2. *angkat monitor kompute skali*

hahaha

aintwattwit said...

Fanna. ur post kan. best gilerr tau. I sukaa ^^ hihihi. kelakarr arr suma :DD

mardhiah ismail (: said...

cehhh fannaa ;)

Afzarul Dzarif said...

semue couple ko aku tau..n aku rase mcm tau gak spe yg kwn sepk terjng ko tu..hahahaha..

Fanna Roslan said...

Amiey White : Yeah betul! Bercinta dalam mimpi? Wow! Jom! :D

Fanna Roslan said...

Najwaa Malikk : Sedih campur gelak lah eh? HAHA! Okey, terima kasih! :D

Fanna Roslan said...

Liquid : Angkat monitar sekali? Wah, terlebih setuju! :D

Fanna Roslan said...

Aintwattwit : Terima kasih! Peace! Hee! :D

Fanna Roslan said...

Mardhiah Ismail : Apa ceh ceh? HAHA! :P

Fanna Roslan said...

Afzarul Dzarif : Tahu? Jangan nak poyo boleh? HAHA! :P

dabuldahi said...

:(

Fanna Roslan said...

Dabuldahi : :( juga :P

lolitasinta said...

cinta teww endahh ,
tp cinte tew ag sakitttt .
hukhuk

Fanna Roslan said...

Lolitasinta : HAHA! Cinta indah dan sakitlah ya?

Syipak Bonkers said...

HAHA. u jangan sedih k. i kan ada untuk u sayang.. HAHA

MEOW-MEOW said...

haha!! yg xpenah bercinta ke kiri,ek?? susah sunggo nk bce lpas dh ke kiri tu.. XD XD

Fanna Roslan said...

Syipa Bonkers : Aww terharu 20 tahun! Terima kasih! :D

Fanna Roslan said...

Meow-meow : HAHA! Kalau susah sila ke tengah kembali :P

Sindarella said...

angkattt laptoppp !!
setujuusetujuu !!

fingerscrossed said...

Bangun cinta?? Hahhaha~
Nice one... :-D

Fanna Roslan said...

Sindarella : Angkat laptop? HAHA! :D

Fanna Roslan said...

Fingerscrossed : Ya, bangun cinta! HAHA! :P

cikCEPET said...

hahahaa~

:))

Fanna Roslan said...

Cikcepet : Kenapa hahaha? HEHE! :P

kekelip said...

klakarla fanna ni!.
anyway..cinta tu perlu dlm hidup~

Fanna Roslan said...

Kekelip : HAHA! Yeah! :D

NS said...

hehehe. kelakar. chill ok. =D

Fanna Roslan said...

Ns : Thank you :D

misyamissyou said...

aww..i hate/love that song too..smpai buang dari lappy ni :( hm..xpe kite akan kawen gak satu hari nnt..hehehe

Fanna Roslan said...

Misyamissyou : HEHE! Kalau ada jodoh. Amin. :D

Afiefah Safieni said...

samala..dah putus cinta 2 bulan lebih,tapi still x boleh lupa..tapi dah xda hati nak kapel2 ni..

Fanna Roslan said...

Afiefah Safieni : Ouh really? Samalah kita. Tapi i lagi lama :')

mochachichifinaz said...

alaa...bese la tuh..adat bercinta..kalo ade jodoh..adelah kan...okay..kita angkat keyboard sekang...haha :D

Fanna Roslan said...

Mochachichifinaz : Ya betul! Jom angkat sama-sama. HAHA! :D

mira_nas said...

hurm..mencari cinta yang halal~

Fanna Roslan said...

Mira_nas : Yeah! Hee! :D

sitigemok69 said...

i think i know him. ily!

Fanna Roslan said...

Sitigemok69 : Ouh, really? HAHA! :P

cikk aira said...

hello girl ..
wow.. best jugak blog fanna nih..haha.. kesian lah bace citer nih..

Fanna Roslan said...

Cikk Aira : Hello back! Terima kasih okey :)