Saturday, November 20, 2010

Wan Nurain Binti Wan Sabri

Assalamualaikum.

Semalam adalah hari terakhir aku di sekolah pada tahun 2010. Sebulan lebih aku akan goyang kaki. Calon-calon SPM dan STPM jangan jealous ya! Kalau nak jealous pun apa salahnya. HOHO! Selalunya kalau dapat cuti panjang-panjang macam gini, aku yang paling gedik. Habis kecoh sekampung! Al-maklum, tak payah bangun pagi-pagi, tak payah gosok baju sekolah. Gosok baju sekolah? tteett! (Oh! Baju sekolah bukan aku yang selalu gosok!) Kalau tak aku yang paling beriya-iya menjerit "Yabedabedu! Yippy! Yahoo! Yahoo messenger!". Tapi kali ini hampeh, tak ada pun rasa secebis keseronokkan. Sikit pun tak ada (Geleng kepala).



Chop! Aku nak kenalkan... member-member CPR aku. CPR? Cium peluk raba. Eh lucah! Inilah member sepak terajang aku. Dari kiri Siti dan yang paling depan dan kepala senget itu Asmira, belakang Asmira pula Ain. Yang pakai speck dan senyum nampak semua gigi, siapa lagi kalau bukan Bushrah. Masing-masing dari sekolah yang berbeza. Aku dari sekolah SMK Taman Daya 1, Siti SMK Johor Jaya 1, Ain SMK Johor Jaya 2, Bushrah SMK Taman Daya 3 dan Asmira dari sekolah Kelate (Sekolah apa entah) Nampaknya akan berkurangan ya geng sepak terajang kita.



"Gambar ini time otw pergi Bazar Ramadhan"


Semalam punya semalam atau kelmarin, aku dapat message dari Siti : "Esok datang tak? Ain last at sini." Huh? Biar betul? Then, Ain message aku : "Salam. Babe, aku dapat UITM. Esok sekolah tau, jumpa yang terakhir kali dekat sekolah."

Sebelum ini, Ain ada cakap dekat aku dia ada mohon UITM. Tapi tak pasti lagi nak pergi ke tak. Dia seboleh-boleh ajak aku mohon kos sama dengan dia. Eeuuww... Aku tak minatlah kos fashion design.

Ain pernah cakap dengan aku, "Aku sayang nak tinggalkan form 6. Aku memang tak nak pindah tapi aku tak suka bila si polan bla bla bla bla dengan aku..."

Memandangkan dah berapa hari aku ponteng sekolah. Semalam aku datang kembali, datang sesuka nak tayang muka dekat bonda aku. Aku punyalah semangat bawa buku semua, kejap lagi tak belajar langsung! Eh siot! Cikgu bukannya nak message aku tak belajar. Masa dekat kelas memang semua main-mainlahkan. Dengan pelajar lelakinya main lima-sepuluh-limabelas-sambilkeluarjari (Haram aku tak faham dia orang main game apa). 



Aku dan Bushrah pula nyanyi lagu Tabah. Actually, lagu ini tak ada kena mengena pun. Nyanyi pun suka-suka. Aku nyanyi sambil selak buku BM. Aku nyanyi sama-sama dengan Bushrah. Nyanyi nyanyi dan nyanyi, tiba-tiba Bushrah dah berhenti nyanyi. Aku teruskan menyanyi sambil selak-selak buku BM. Tiba-tiba... tik tik (setitis air mata gedik) tik tik (dua titis air mata gedik) dan tik tik tik tik (bertitis-titis air mata menggedik-gedik). (Eh pehal aku nangis pula?). Bila aku pandang Bushrah, Bushrah pun nangis juga. Aik? Bila aku tengok Ain dan Siti lagilah melalak macam mati anak. (Sedap sangat ke aku nyanyi weh?!) :P Okey, actually semua tengah touching-touching sebab Ain nak pindah. Aku pula boleh menyanyi lagu yang jiwang-jiwang. Terus aku stop nyanyi. Aku tak tahulah, kenapa semalam banyak sangat stok air mata aku habiskan. Memang banyak! Kalau kumpul-kumpul boleh buat mandi agaknya. Lepas semua stop melalak, member-member aku semua gelakkan aku sebab first time tengok aku melalak. Yelah! Akukan jarang melalak depan orang, sebab akukan jenis suka gelak. Segangster-gangster gua dalam hati ada taman weh! Taman apa? Taman Daya. eerr? -.-

Bila balik, Ain salam dengan semualah. Aku dah pandang tempat lain. Tak sanggup nak melalak lagi! Mata dah berlecak air mata tapi tak melelehlah. Sebab aku dapat tahan...



Aku message Ain :

"Salam, time hujan-hujan gini. Bila aku duduk seorang. Meleleh-leleh air mata aku. Bila hujan makin lebat, air mata aku pun turun dengan lebat. Serious aku sedih gila kau nak pindah. Walaupun aku baru kenal kau tak sampai setahun, aku suka kawan dengan kau. Kau ini ikhlas dan jujur. Aku suka cara kau. Kau sentiasa buat aku gelak, kau banyak nasihatkan aku. Lepas ini, tinggal aku, Siti, Asmira dan Bushrah saja. Nak rehat mesti aku sedih gilakan, mesti time minum aku teringat kau. Teringat time rehat air mesti nak share. Satu cawan minum bertiga. Nanti aku rindu nak dengar kau cakap-cakap. Hhmm. Aku sayang kau gila-gila. Take care. Jangan lupa aku dan jangan lupa kenangan kita bersama. Good luck tau. Ilysm. Muah!"

Then Ain reply, messagenya amatlah mengelikan hati. Eh! Bukan mengelikan hati tapi menyayat hati. Messagenya biarlah rahsia...

Aku pun tak tahu kenapa aku sedih gila-gila bila Ain nak pindah... Mungkin masa member-member rapat aku berhenti form 6, dia dan Siti yang aku paling rapat. Dia yang start tegur aku bila aku seorang. Dia yang ajak aku rehat sama-sama. Kalau nak tahu, dialah perempuan yang paling kuat menganjing. First time aku jumpa perempuan yang kuat menganjing macam dia. Aku nganjing dia, dia nganjing aku, aku nganjing dia balik, dia nganjing aku balik. Last-last dua-dua terdiam! Hish! Tak mampu nak cerita semua. Banyak sangat! Banyak sangat kenangan kita bersama, walaupun aku baru kenal kau beberapa bulan...

10 comments:

MrShah53 said...

panjangnye entry...hehe

Afzarul Dzarif said...

kesieh mu!

Nadee Nadoo said...

lek-lek tenang ea Fanna..aku masih ade..hahhahahaha... ;)))

Fanna Roslan said...

MrShah53 : Taklah panjang sangat :P

Fanna Roslan said...

Afzarul Dzarif : Kan?

Fanna Roslan said...

Nadee Nadoo : Yeah! Kau masih ada =)

Rosliza Roslan said...

dtg jenguk

SayaNina said...

hye,there!

Fanna Roslan said...

Rosliza Roslan : Jenguklah. HUHU :)

Fanna Roslan said...

SayaNina : Hye back :)