Thursday, November 18, 2010

Hari keluarga pengawas & Jamuan kelas (Edisi : 2010)

Assalamualaikum.

Baru-baru ini aku join hari keluarga pengawas 2010 di Desaru Holiday Resort pada 13.11.2010 - 14.11.2010. Selama dua hari, satu malam. Suatu kenangan yang tak dapat dilupakan, walaupun belum rasmi menjadi pengawas perbetulan. Tapi kan kan, aku rasa lagi seronok kalau semua classmates aku join. 





Inilah chalet kami. Coolkan? Tolong percaya yang aku tipu!



Okey ini chalet kami yang betul-betul punya. Chalet ini tengah renovate, itu sebablah buruk sangat. Simen pun tak habis. Tolong percaya yang aku tipu lagi! Tapi betullah ini chalet kami.



Ini ahli kumpulan 3. Kumpulan 3 paling banyak menang, paling banyak menangkan kumpulan lain. Sobs.



Yeah! Yeah! Kumpulan 3 paling depan. Apa kes Topek last sekali?



Lari mabuk. Seronok gila buli bebudak.



Belon air. Nak kata pro, taklah sangat. Aku dapat nombor 2, kira prolah juga. HOHO!



Penyokong yang tak henti-henti memberi semangat.



Budak yang pakai baju hijau comfirm jatuh, bukan comfirm jatuh. Memang jatuh okey.



Game ini memang best.



Aku sampai paras pusat saja, then terus give-up. Gara-gara game ini, pinggang aku sakit sampai sekarang. 



Tak tahulah kenapa muka aku jadi rentung habis. Aduh! Bagilah cahaya sikit.



Aku kalau gelak memang tak reti cover, walaupun gigi aku jarang-jarang dan renggang-renggang.



"Cepat Topek! Kawan baik hang nak lari (monyet)".


video


Lepas tamat game, pulang ke chalet masing-masing untuk bersiap-siap sebab malam ada BBQ. Memandangkan 1 chalet ada 9 orang. Terlalu ramai kot, bukan terlalu ramai tapi terlalu ramai nak mampus sampai berebut-rebut semua nak masuk toilet.

"Lepas dia aku!"

Itu sajalah ayat yang aku dengar. Dalam hati aku, "Gaduhlah, biar aku mandi last sekali". Memang paling last okey aku mandi. HOHO!

Dalam pukul 8 malam, majlis pun bermula. Ada penyampaian anugerah khas : Anugerah pengawas paling dedikasi, efisien, rajin, kemas, early bird dan banyak lagi. Anugerah ini khas buat semua pengawas kecuali lower 6 sebab lower 6 baru masuk.





Si artis dan si peminatnya.



Pengawas sesi pagi



Pengawas sesi petang



Memandangkan game petang tadi aku banyak kali tergolek-golek di pasir dan memandangkan aku hanya bawa satu tudung saja, aku terpaksa guna tudung yang sememangnya ter eeerrr -.- Ain kata aku pakai tudung ini macam pakai helmet. Celaka kau! Aku lebih rela pakai tudung saji dari tudung ini. HAHA!



Ambu! Muka yang tak boleh pergi! Dua hari dua malam aku gelak weh!



Hai GADIS MELAYU. Feeqah sebagai pengacara :)



Ucapan dari kapten pengawas.



Ucapan dari guru pengawas. Puan Mahani.



Semua dapat. Comelkan?



Alahai, sweetnya jantan-jantan di kelas aku. 



Persembahan lower 6 yang membanggangkan. Gelak borong aku bila semua tak tahu lirik, tapi semua pandai cover. 



Arif dan Nik bajet pemalu sangat.



Tengok! Tengok! Ulat bulu dah naik daun.


BBQ habis lebih kurang pukul 12 malam. Penat? Mengantuk? Ya terlalu penat! Best? Ya terlalu best. Balik chalet, gosok baju sekolah terus zzzzz...

Memandangkan kami terlewat beberapa saat daripada bebudak junior, si junior dah pilih katil queen. Eh siot! So kami dapat dua katil single tapi telah dicantumkan menjadi satu. Bayangkan kalau empat orang yang boleh tahan besarlah juga tidur di atas satu katil. Time tidur, aku rasa macam mayat pun ada sebab tak boleh gerak ke kanan dan ke kiri. Kalau darurat sangat, gerak ke atas dan ke bawah saja. Last-last, Nik tidur sebelah tingkap. Semua tidur dah macam askar. HAHA!

Malam itu cikgu dah cakap 7.30 pagi semua mesti dah siap untuk sarapan. Memandangkan aku kononnya senior yang bajet bagus, aku kunci alarm pukul 6 pagi. :P Oleh kerana terlalu penat yang teramat sangat. Bila bunyi alarm, aku cepat-cepat off dan sambung zzzzz...

Bila aku terjaga kembali, aku tengok Feeqah dan Nik dah bangun. Tapi Ain masih membuta, bebudak junior di bilik sebelah pun masih membuta. Bila tengok jam dah pukul 6.44 pagi. ppeessuusslah! Dahlah semua belum mandi, ada 9 orang. Aku terus kejut Ain. Bebudak junior aku tak kejut lagi. Aku anggarkan, seorang boleh mandi 5 minit 25 saat. Tak boleh lebih, tapi boleh kurang. HAHA! 

Bila dah pukul 7.45 pagi, ada lagi yang belum mandi. Bebudak junior dah membebel-bebel sebab bangun lambat (Actually, aku rasa bersalah gila-gila sebab bebudak junior dah suruh aku kejutkan mereka. Tapi aku sendiri pun bangun lambat. So sorrylah ya :P) Last-last, ada beberapa junior yang mandi P. Ramlee. Cuci muka saja.





Maaf! Camera aku telah menghanguskan muka semua. Eh? Macam muka aku seorang saja yang hangus rentung terbakar.



Ya memang! Muka aku memang tak cukup tidur! (Ada orang tanya ke?) HEHE! Tak ada.



Dengan slumber kucingnya kami duduk dalam robok eh almari, robok bahasa orang Johor.



Bersama peminat. Eh?



Bersama awek presiden :)



Dari kiri : Ain, Nik, Aku dan Feeqah.
Inilah wakil perempuan kelas 6BS1 yang pergi hari keluarga pengawas.


Sampai disitu saja, 15.11.2010 pula kelas aku buat jamuan kelas di Pizza hut JTC.





"Semua tengok sini!"
(Cuba tengok perempuan yang pakai shawl biru lepas itu mari kita gelakkan dia. HAHA!)



Lapar punya pasal sampai dah tak pandang camera.



Ini geng aku, geng gonjeng-gonjeng & tonjeng-tonjeng. HEHE!



Ini pun geng aku juga, geng ngonyeh-ngonyeh. HEHE!



Eh? Didie pun ada.



Kasihan Razzaq dekat hujung sekali, tak apa yang penting masuk dalam camera :)



6BS1 yang memang ppeessuuss <3


Lepas habis jamuan, aku hangout dengan Zarul, Fatin, Cikgu Dayah, Cikgu Syikin & Cikgu Muna Nabilah. Macam biasalah, pergi karaoke dan makan-makan sampai 12 malam.





Cikgu Muna Nabilah tak sempat pakai tudung. Tak apa saya tak kecoh, kecoh dekat blog saja. HEHE :P



Kawan saja. Terima kasih.



Kawan saja. Terima kasih.



Huh! Baca caption atas tadi, malas nak ulang :P



Ini Fatin, adik olok-olok aku.


Maaflah ya, camera aku menyebabkan muka semua rentung habis.

Okey penatlah upload gambar, dahlah internet rumah macam katak (ong ong ong)! Okeylah, take care semua. Sebelum terlupa, aku sayang semua manusia yang ada dalam entry ini. Yang tak ada pun aku sayang. Senang cerita aku sayang semua. Okey bye :)

22 comments:

MIMIE AIZA said...

sungguh meriah :)

Fanna Roslan said...

Mimie Aiza : Memang meriah pun. HEHE!

Liquid said...

uu nape x ajak incek liquid, nak gak pizza tuh ehehehe

Aisyah AR said...

hehee...meriah habis!!! cool lah...hahah!!

Fanna Roslan said...

Liquid : Encik Liquid dah habis sekolah. Mana boleh :P

Fanna Roslan said...

Aisyah AR : HEHE! Wink :)

sitigemok69 said...

mak aku tanye kaw ngn zarol ada pape keh? hahahaha. pastu aku cakap ha ah. *JOKE

Fanna Roslan said...

Sitigemok69 : Motif mak kau tanya? HAHA! Siti penipu besar!

sitilondonweightmanagement96 said...

pandai2 jek ko e ct!aku cili mulot ko bru tauw!

Nad Ezrin's said...

nice nyer blog ! suka suka ! walking n following . follow blek eh :)

Lovely Emy said...

wahhhh, sekolah zaman sekarang syok eh, beraktiviti kat tempat best best. gd 4 u girl.!

Fanna Roslan said...

Sitilondonweightmanagement96 : Bengong nak mampus siot Zarul pergi letak nama panjang nak mampus. HOHO!

Ayoh Siti! Zarul dah marah! :P

Fanna Roslan said...

Nad Ezrin's : Terima kasih. Saya akan follow awak juga :)

Fanna Roslan said...

Lovely Emy : HEHE! Tengok sekolah juga. Btw Thanks :)

Nad Ezrin's said...

kak fanna , mne akk carik template/background/layout atau whatever ni ? cantik sgt ~! and how u do the header ?

Fanna Roslan said...

Nad Ezrin's : Semuanya akak buat sendiri dik :)

Nad Ezrin's said...

how ?
and , camne ek nk wat youtube plyer tu . Dari dulu try tak dapatdapat.

Fanna Roslan said...

Nanti i buat tutorialnya okey :)

gulaHati said...

nape tak g taw kaw dtg desaru..leyh ajak dtg umah aku..kat desaru..huhu

Fanna Roslan said...

Gulahati : Kenapa tak tanya? HEHE! :P

Nuridayu said...

bestnye zaman sekolah dulu...rse cm nk sekolah blk je..hu3

Fanna Roslan said...

Nuridayu : Jomlah sekolah balik. HEHE! :D