Thursday, October 14, 2010

Tragedi 10.10.10



Check check rock rock! Inspektor Farhanah di sini!
(First time tampal gambar edit! Fake!)


Tragedi ini berlaku semalam punya semalam punya semalam punya semalam. eerr? Lokasinya di stesen minyak petronas Taman Delima, Johor Bahru. Kira-kira jam 10 malam, kereta yang dipandu oleh ayah aku dan di dalamnya berisi tiga makhluk yang comel iaitu emak, aku dan adik menuju masuk ke stesen minyak petronas.

(Okey, ayat line budak Sijil Pelajar Malas (SPM)! HAHAHAKTUIH!)

Ayah aku terus masuk ke dalam dan mengeluarkan wang yang berjumlah RM30 untuk mengisi minyak ke dalam perut kereta yang hampir mati kehausan. Pada masa yang sama, kami tiga beranak (emak, aku dan adik) duduk di dalam kereta. Tiba-tiba...kedengaran suara seorang lelaki yang menjerit sekuat hati...

"Ambil duit!! Ambil duit!! Ambil duit!!"


Jeritannya ditujukan pada polis yang sedang makan di Restoran bersebelahan petronas. Aku yang tengah leka online facebook di handphone terus terkejut bila mendengar emak aku bersuara...

"Eh eh eh kenapa ini??"


Aku hanya melihat seorang lelaki (Si perompak) cuba menghidupkan enjin motor dan seorang cashier perempuan yang cuba mengejar lelaki tersebut. Tapi sayang weh! Si perompak itu tidak berjaya menghidupkan motor. Seorang lagi lelaki yang sedang mengisi minyak mengeluarkan senapang dan terus "Pang!" menembak lelaki tersebut tapi hanya terkena bahagian motor saja. Si perompak agak blur di situ apabila motornya terkena tembakan dan terus melarikan diri dengan menggunakan sepuluh jari kaki. Manakala, seorang lagi yang sedang mengisi minyak motor di situ membaling helmetnya pada si perompak tersebut tapi sayang helmetnya tidak kena pada si perompak tapi kena pecah. HAHA! ooppss :P

Aku terus buka pintu dan jerit dekat bapak aku...

"Ayah masuk!! Ayah masuk!!"

Aku memang seram, kalau-kalau si lelaki tadi tertembak bapak aku! Subhanallah! Hampir weh!

Polis yang sedang makan di Restoran bersebelahan terus menghidupkan enjin kereta (ninoninonino :P) dan seorang Pak cik tua yang cuba mengejar si perompak tadi dengan menggunakan skateboard eh tipu dengan menggunakan motor.

Tub! Tub! Tak sampai dua minit. Polis datang kembali berduet bersama si perompak. HAHAHA! Bila check check rock rock. Si perompak hanya mengambil beberapa helai duit merah (Rm10). Adalah dalam seratus saja. Kalau nak rompak pun, ambillah banyak sikit ya. :P

Dandan, di situ juga si perompak tadi dibelasah habis-habisan. Kasihan tapi seronok. Ini mungkin balasan di duniakan? HAHA (Ketawa jahat) Lelaki yang menggeluarkan senapang tadi pun ditahan juga kerana melepaskan tembakan di kawasan awam. (Pelik juga! Macam mana lelaki itu ada senapang. Bak kata bapak aku, silap-silap lelaki itu pun baru habis samun dekat tempat lain! HAHA! Pandai bapak aku buat lawak weh! Lawak ke? :P)

Pertama sekali, si perompak ini memang bodoh tahap kritikal. Kalau ia pun nak rompak, jenguk-jenguklah keadaan sekeliling. Dengan orang ramai yang tengah sibuk mengisi minyak dan polis yang sedang makan di Restoran bersebelahan. Kedua, Si perompak selalunya menghidupkan enjin motor bagi memudahkan dirinya untuk melepaskan diri. Ini tidak, dimatikan enjin dan boleh parking motor berjiran dengan bapak aku. (Eh! Aku macam bagi tips nak merompak pula :P) Ketiga, aku rasa si perompak ini memang terdesak duit, duit sikit pun nak rompak. Tak pun, nak beli rokok. Al-maklumlah, sekarangkan rokok telah menaikkan harga diri! Bagus! Bagus! HAHA! Sesungguhnya, si perompak ini memalukan orang melayu. Ini bukan orang melayu tapi me-LAYU! 

*Alamak! Terupdated blog pula! HAHA :)*

Fanna Roslan is offline

24 comments:

alieff said...

cemas giler uh...
snapang pistol segala; ala2 dlm citer gerak khas plak..haha^^

*prompak tu bukan rompak bank; sebab tu juz dapat ciput jer...huhu*

Fanna Roslan said...

Alieff : Gerak gerak gerak khas~ Btw, Thanks =)

cikCOKLET:) said...

alahaii!
naseb ko la perompakk!
tak sempat nk merasa duet rompak. ha ha ha.

*jahat gilak*

Asyraf Hamasaki said...

hye fanna heheheh kenapa shout box tak bleh taip?

nadia atilah said...

: haha . sumpah kelakar , and perompak tu pulak sumpah bodoh gila . i think sebelum perompak tu nak merompak , die kene masuk krusus kaum rompakan sedunia lah . baru die padai berpikir sedikit . hahhaha XD

Liquid said...

uu musykil cmne lelaki sorg tu de senapang lak... kalo incek liquid baling saja sama absorber kereta incek liquid neh bagi kiok sama itu perompak eheh

Fanna Roslan said...

Cikcoklet : HAHA! Padan muka dia! Btw, thanks for the comment =)

Fanna Roslan said...

Asyraf Hamasaki : Hye asyraf! Tak boleh taip kerana awak tak taip. HEHE. Tak tahulah kenapa :)

Fanna Roslan said...

Nadia atilah : Kursus rompak sedunia? Wow! Idea yang hebat! Btw Thanks for the comment =)

Fanna Roslan said...

Liquid : Tak tahulah kenapa lagi seorang ada senapang, maybe baru balik dari memburu agaknya. Thanks for the comment =)

HaNTwO said...

erkkkk sentap jantung kalo benda2 melibatkan nyawa ni..

Fanna Roslan said...

Hantwo : Memang pun. Hee.

pN.rOs said...

tu la pasal... kalu nak curik ka rompak ... biarla berpadanan... coz hukuman yg kena kan sama....
ngok ngek tul org2 camnih......

Fanna Roslan said...

Pn.ros : Tau tak apa. Inilah perompak paling ngek ngok. Btw, thanks for the comment =)

Bazilah said...

perompak amateur, hakhak.

Fanna Roslan said...

Bazilah : HAHA! Agaklah :P

ZaCKiLLeRZ said...

dlm keadaan trdesak, sapa pon bleh brtindak diluar dugaan, trmsk la prompak tu n kita smua, mngkn smuanya brpunca dr sistem yg dicipta manusia??? yg bgitu lmh n daif brbnding ciptan-NYA

CiK QiQi said...

bhyenye fanna..ish..kalo qiqi wsau gk..tu nsib pnjnyh xagresif..kalo dpt yg agresif..mmg bhye

nurkaloi said...

uwhhhh...
memang tragedi
tragedis
sadis madis

padan muke si prmpak...wee~~bodoh

siticomelsquare :) said...

kenapa tak masok berita awani? AHAHAHA. kalau tak da glamour suami mak :D

Fanna Roslan said...

Zackillerz : Ya! Saya sokong 100%! Btw Thanks =)

Fanna Roslan said...

Cik qiqi : Nasiblah dapat penjenayah yang ngek ngok habis. Btw, Thanks for the comment =)

Fanna Roslan said...

Nurkaloi : Padan muka! Padan kaki! Padan tangan! Padan semualah! HAHA :P

Fanna Roslan said...

Siticomelsquare : Tak naklah, nanti aku-aku sekali glamour nek :P