Tuesday, October 5, 2010

Raya versi rakan & guru tercinta

Ohok! Ohok! *batuk* Batuk untuk kali yang ke dua ribu lapan ratus tujuh puluh lapan setengah. eerr -.-

Sebelum terlupa, assalamualaikum semua. Agak lama aku malaskan tangan untuk berdansa di atas papan kekunci. Sibuk! Itu yang mampu aku lafazkan. Sekarang, aku memang sibuk. Sibuk 25 jam sehari. Kalah artis. Fuh! Sampai bersawang blog aku. Setelah hampir tiga minggu aku menghilangkan diri. Kini, aku bangkit semula untuk berblogging. Hai semua? Sihat tak? Duit raya berapa juta? ^^ Eh raya ada lagi ke? Adalah sedikit tinggal saki baki daki. Semalam, aku baru berkesempatan menjengguk-jengguk blog orang, dah tak ada yang update blog pasal raya. Aduh! Aku ketinggalan betul. Walaupun agak terlewat, aku nak masukkan gambar raya aku bersama cikgu dan rakan-rakan tercinta.
 



Aku manjakan?




Geng budak sekolah. Walaupun aku seorang saja yang masih sekolah.




Cikgu yang paling sempoi habis :)




Lokasi : Rumah Hassan




Habis langsir jahanam aku kerjakan. Lokasi : Rumah cikgu Muna Nabilah




Inilah dipanggil geng RED THREE. Nampak macam umur kami semua sebayakan?




Raya selepas pulang dari sekolah. Lokasi : Rumah Razzaq Abdul




Masa sekolah rendah dahulu. Kami bertiga memang rapat gila. Tapi aku terpisah dengan ahpeng sebab Ahpeng sekolah SMK Taman Daya 2. Setelah lama terpisah, kami berjumpa kembali di tingkatan enam. Jejak kasihlah kononnya :P

Actually, ada satu gambar aku bersama ahpeng. Ahpeng suruh masukkan di Facebook dengan bercaptionkan "My future husband" eerr? Perlukah? haha :P

Okey Didie Farhan dah check it out dari form 6. eerr siot. Seorang demi seorang blah. Lepas ini siapa weh? Adoi -.- Didie, walaupun kau kadang-kadang macam sial tapi kau best doe. Lepas ini dah tak ada orang nak memekak dalam kelas. Dah tak ada orang nak nyanyi kuat-kuat dalam kelas. Tak kan nak harapkan aku seorang? hihi. Okey bye.

No comments: