Tuesday, September 7, 2010

Nuffnang

Assalamualaikum semua. Sebelum saya memulakan entry saya kali ini, izinkan saya membaca serangkap pantun

Dua tiga kuda berlari,
Mana nak sama si kuda belang,
Dua tiga hari lagi,
Akan tersedia ketupat dan rendang.

(Alamak! Alapak! Fanna buat pantun! HAHAHA! Mari kita buu ramai-ramai! Buuuuuu... Buu dalam air! Blup... Blup...)

Tengok! Setiap kali aku buat pantun, kau gelakkan. Setiap kali aku buat sajak, kau gelakkan. Setiap kali aku post entry, kau baca lepas itu tiru ayat aku sikit-sikit. Tak reti-reti agaknya? Lantak kaulah Labu!

Tak sangka blog aku ramai silent readers dari general readers. Tak kisahlah, janji kau baca. Jangan main-main! Aku tahu siapa yang lalu lalang dekat blog aku walaupun kau tak pernah follow dan comment. Takut tak? Apa? Tak takut? eerr sila takut sekarang!!

Semalam aku "check check rock rock pagi yang gelap kini sudah terang" Maaf! Ternyanyi sikit. Ada juga orang luar yang masuk blog aku. Dari : United States (83), United Kingdom (20), Canada (19), Indonesia (8), New Zealand (5), Japan (4), South Korea (4), Egypt (3), Australia (2). Tersesat agaknya. Tak pun, Randy Pangalila (Indonesia) yang suka baca blog aku. tteett! :P

(Habis pengenalan, sekarang baru nak masuk isi)



Bila dah bebel panjang-panjang, baru nak masuk tajuk sebenar. Jeng Jeng Jeng. Sebenarnya aku nak cerita pasal nuffnang. Nuffnang? Apa itu nuffnang? Aku pun tak tahu. HAHA. Bagi sesiapa yang sudah berkecimpung dalam dunia fanna eh bukan maksud aku dunia blogger. Kemungkinan sederhana, ramai tahu apa itu nuffnang. Walaupun diruang sidebar aku wujudnya nuffnang. Aku pun tak tahu apa kejadah binatang nuffnang ini! Aku buat pun sebab orang suruh letak. Nak tanya orang malu. Inilah namanya bodoh sombong. Malu nak tanya -.- Nanti jatuh martabat aku sebagai orang yang hebat. Hebat??? (Saja nak buat you all termuntah dengan sengaja. Nanti puasa terbatal :P) Di sini jelaslah bahawa, aku juga buta IT (Tersentap dengar ayat buta IT) Di sini jelaslah bahawa, aku juga rabun IT.

(Iklan) Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin kepada semua umat islam di Malaysia. (Aku terpaksa wish sekarang, takut tak sempat wish. Sekarang sibuk kemas rumah, cari baju raya & kasut raya. Sampai sekarang tak jumpa baju & kasut yang berkenan. eerr WTF! <--- Maksudnya What The Fanna eh bukan What The Fuck :P)

Kesimpulannya, saya akhiri entry saya dengan serangkap pantun lagi untuk menjadi bahan kutukan dan gelakkan para pembaca sekalian.

Pecah kaca,
Pecah gelas,
Sudah baca,
Harap balas.

Sekian, terima kasih :)

6 comments:

apik pehe said...

hahah..pengenalan yang bagus

saya_arief said...

nuffnang itu bes....
:D

Fanna Roslan said...

Apik pehe : Terima kasih :)

Fanna Roslan said...

Saya_arief : Agaklah. Btw Thanks :)

LiFe KaMi said...

Selamay Hari Raya diucapkan dari kami kepada kamu sefamily..
Semoga berbahagia beraya bersama keluarga..

Fanna Roslan said...

Life Kami : Selamat Hari Raya Juga =)