Saturday, September 18, 2010

Gambar raya! Oh yeah! (Episode : 2010)

Assalamualaikum semua.

Oh yeah! Hari ini raya ke sembilan. So, raya tinggal lagi dua puluh satu hari setengah. Bagi pelajar-pelajar sekolah termasuk aku, sila jalankan misi mengutip duit raya dengan sebaik mungkin. Selepas selesai menjalankan misi mengutip duit raya, sila rajinkan tangan membuat graf tahunan duit raya. Adakah graf tahunan anda terjunam menurun? Jika graf tahunan anda terjunam menurun, padan muka ya dan jika graf tahunan anda meningkat melambung-lambung. Sila lambungkan duit raya anda pada saya.

"Bila tiba hari raya, semua insan nak bergaya. Walaupun hutang panjang berjela..." (Alamak! Salah lirik!) Di hari baik, bulan baik, dengan rasminya aku menjadi budak baik. Aku nak cakap, aku dah maafkan semua dosa-dosa kawan-kawan dan lawan-lawan aku. Aku dah halalkan makan dan minum you all. Janji yang hanya tinggal janji. Duit undi yang dari dulu sampai sekarang tak dapat-dapat ya Zarul? Aku dah halalkan, walaupun duit undi satu sen pun aku tak dapat. Aku halalkan semuanya. Baikkan aku? Eh janji nak belanja MCD aku tak halalkan okey :P

Setiap kali menjelang raya, sudah menjadi suatu kewajipan untuk membeli baju baru, kasut baru, langsir baru, dan semua baru. Kenapa eh? Kenapa tak guna tahun lepas punya.

Seperti yang dijanjikan, aku janji nak masuk gambar rayakan? Memandangkan aku bukannya jenis mungkir janji. Aku telah siap menampal semua gambar raya. Sila lihat dengan senyuman :)



Datin Asiah & Datuk Roslan :P



Nama panggilan dari kiri : Angah, Along & Nurul



Anak-anak ROSLAN's
(Lelaki dua-dua sama tinggi dan perempuan dua-dua sama tinggi)



Datin Asiah yang gila sporting macam Datin Fanna :)



Bersama Datuk K eh bukan Datuk R :)



Ayah aku bergambar bersama pelakon sampingan "Si capik" HAHA. Apa kejadahnya kaki kau terpusing gitu adik oi? ? Itulah siapa suruh pakai kasut aku :P



Adik aku yang besar punya :P



Muka aku cerah lagi berseri. Inilah namanya "Cahaya aidilfitri" :)



Keluarga ROSLAN's :)



"Adoi! Banyaknya jerawat dekat muka aku!"



Cak :P



OTW balik kampung di segamat :)



Dah sampai kampung segamat! Oh yeah! *Gelek Gelek*




Berani betul adik dan cousin-cousin aku main mercun. Aku dari dulu sampai sekarang pengecut nak mampus main mercun. Aku main mercun tahap budak baru lahir, bunga api dan pop pop saja. Paling hebat aku main mercun gasing, itu pun kecoh sekampung.

Tapi alhamdulilah setelah selesai main mercun. Jari tak terkurang dan tak terlebih. Eh jari tak terlebih?

*Itu saja gambar yang mampu aku tampal, gam dah habis. Nanti aku pergi booktalk Taman Daya beli gam baru eh?*

Okey, tatatititutu :)

10 comments:

Liquid said...

incek liquid pon suda tade berani main mercun sbb ade pengalaman buruk dlu hahaha

Fanna Roslan said...

Liquid : Dah taubatlah eh? Bagus! Bagus! :)

Afzarul Dzarif said...

malu i tau u cakap i x bayar duet undi 1 sen pown..i bayar tau..hahaha..nnt lg skali aku balek aku blnje la mcd..hadoi..igtkan da lupe..hehe..

Fanna Roslan said...

Afzarul Dzarif : Perlu tipu? Kau ingat aku nyanyuk? haha. Yelah zarul! Yekan saja :P

Sheera Razak said...
This comment has been removed by the author.
Fanna Roslan said...

Sheera Razak : Segamat juga eh? Hai rakan sekampung! Cewah :P

aleen adela akoo ^_* said...

wah,baju raye sume sedondon.santek. ^_*

Fanna Roslan said...

Aleen adela akoo : Terima kasih awak :)

naz said...

nice pic anyway n nice baju raya grey i likee :)

Fanna Roslan said...

Naz : Thanks =)