Thursday, August 19, 2010

Potpet 99

Assalamualaikum dan salam satu malaysia

Tengok! Kan aku kata nak jarang update blog! Jaranglah sangat sejarang gigiku! haha! Sumpah! Aku ketagih bagai penagih dadah yang dah lama tak dapat ehem, tapi aku bukan penagih dadah ya aku penagih blog. Okey aku surrender yang aku memang tak boleh stop blogging. Gila banggang! Aku dah cuba! Aku dah try! Aku dah test! Semua aku dah buat! (maksud sama saja) tapi masih tak boleh. Ayoyo amma appa! -.-

Hari isnin aku tak sekolah lagi. Aku terasa sangat terharu :') Aku baru saja terima surat layang yang berjaya membuat aku melayang-layang bagai layang-layang yang sudah terputus talinya. Aku terima surat yang berbunyi *jeng jeng jeng*




SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN DAYA

ENCIK ROSLAN BIN HAMDAN

Tuan,

PEMBERITAHUAN KETIDAKHADIRAN KE SEKOLAH : AMARAN PERTAMA

Nama murid : Nurul Farhanah Binti Roslan
Tingkatan : 6 BS 1
No. Kad Pengenalan : 920902-**-****

Adalah saya diarahkan memaklumkan bahawa anak/jagaan tuan yang bernama seperti di atas telah tidak hadir ke sekolah tanpa kenyataan selama 11 hari mulai Jun 2010 sehingga tarikh surat ini. Tarikh-tarikh ketidakhadiran anak/jagaan tuan adalah seperti berikut :
 
  • Jun - Tarikh : 21, 22, 23, 24 
  • Julai - Tarikh : 5, 12, 13, 27 
  • Ogos - Tarikh : 2, 7, 9




  • PADAN MUKA AKU! Surat ini yang aku terima. Semenjak dua menjak ini, aku tak berapa nak sihat dan satu masalah aku sejak azali lagi kalau tak datang sekolah memang tak reti bagi surat. Alamak! Memang tak berkenan aku nak buat surat-surat segala bagai! :P

    Semenjak 3 bulan aku sekolah, sekali saja aku datang hari isnin itu pun nak dekat exam. Sampai kawan-kawan aku dah labelkan aku mesti tak datang hari isnin. haha. Tengok minggu depan, hari isnin comfirm aku datang (surat cinta datang, baru aku nak datang) :P

    Hari selasa, siapa yang tak hantar buku semua kena duduk luar kelas. Okey! Aku tak hantar. PADAN MUKA AKU! Lelaki boleh dikatakan semua kena, perempuan beberapa ketul sajalah. Nasib baik ramai yang join berjemaah duduk luar kelas. So, tak berapa nak benggang + bangganglah. [Tak pernah-pernah Cikgu sejarah nak mengamuk sampai duduk luar kelas (Datang bulankah? :P)] 

    Hari rabu, sebelum aku bebel panjang-panjang aku nak cakap PADAN MUKA AKU LAGI DAN LAGI! Siapa yang tak bawa bahan yang disuruh oleh Puan Mala dikenakan denda lagi. Isnin dia suruh bawa bahan apa eh? *lupa lupa*, aku yang tak datang sekolah pun package kena denda juga! Kasihan aku! Kalau datang pun tak bawa bahan juga kot. haha. Kau tahu kena denda apa?

    "I MUST COMPLETE MY HOMEWORK" 
    (300 kali)

    5 orang saja yang bawa, yang lain semua kena! haha!
    Macam prasekolah siot denda binatang ini :P



    Nak kena hantar sebelum balik. Fuh! Menggigil-gigil tangan! Berjoget-joget kepala lutut! Menangis ketiak! Berbonggol-bonggol jari aku dibuatnya! Meraung pen aku yang diguna tanpa henti! Berkaraoke perut aku (okey ini kes lapar. haha.)

    Hari khamis, PADAN MUKA AKU! (madaklah kalau padan muka aku saja!) Hari ini tak kena denda apa-apa. Saja klentong! haha :P

    Kenapa minggu ini sungguh malang bagi aku? -.-

    p/s : Myspace sekarang dah macam facebook weh! Tahniah Tom!

    Okeylah nak siapkan nota PA yang lama terbengkalai. Selamat bertutup puasa eh selamat berbuka puasa =)

    12 comments:

    planetonazirato said...

    mak som gilee siot !
    baru masok bln 6 ari tuu.
    HAHA ..
    teross tgn laju gile menyalin ...
    xpe, aku ponn penahh .
    tp, last year ..
    HAHA ..
    chaiyok3 !

    Fanna Roslan said...

    Planetonazirato : Aku memang gila! haha! Semua orang pernah kena denda kot. Btw Thanks =)

    twinkle twinkle said...

    kesiannya,,haha sme la mcm sy mls nk bg surat kalau x dtg skoala

    Fanna Roslan said...

    Twinkle Twinkle : HAHA. Pelajar sekarang memang tak suka bagi surat kalau tak datang. Btw Thanks =)

    Nor Leesa said...

    Fanna, leesa ada tag fanna kat 1 post leesa , yang black and white contest :)join ye :D senang aje

    Fanna Roslan said...

    Nor Leesa : Okey sayang! Thanks =)

    Purple kiwi said...

    aish terase diri tua pulak sbb dah lama meninggalkan zaman persekolahan. haha. *apesal ayat skema pulak ni* anyway rindu pulak sekolah! hehe. nice blog btw! :)

    Fanna Roslan said...

    Purple kiwi : HAHA berjangkit ayat skema i ke? btw Thanks =)

    siticomelsquare :) said...

    selalu kan fanna rajin g kolah. kenapa sekarang asek ponteng? biace dieeeeeeeeeee!

    Fanna Roslan said...

    siticomelsquare : I don't have answer for this question! haha

    siticomelsquare :) said...

    tawu. sebab akuh lah tuuu. huhuhu. sorry fanna. ));

    Fanna Roslan said...

    siticomelsquare : HAHA c(: