Saturday, August 7, 2010

Potpet 96

BERITA TERKINI!

"Pada 9 ogos 2010, Dr Nurul Farhanah Binti Roslan mengesahkan Mohd Afzarul Dzarif Bin Mazlee telah meninggalkan dunia penggangurnya untuk menyambung pelajaran"

Alhamdulilah, akhirnya setelah lama menanti, penanti, ternanti, dan dinanti beliau telah bersetuju menerbangkan diri untuk menyambung pelajarannya di KPTM tetapi dibatalkan dan di KLMU juga dibatalkan dan akhirnya di UITM Sarawak juga dibatalkan dan di MSU baru betul-betul eh ke batal juga? haha. Beliau memilih kos kosmetik eh kos hospitality and tourism (Kenapa kawan-kawan aku minat kos ini?)

Nak cerita sikit pasal mamat ini!

Apa yang boleh aku kata tentang beliau. Beliau sangat gemar menyanyi dan suka masuk pertandingan karaoke line-line hotel dan selalu menang (katanya :P) haha. Seorang yang suka bergosip tanpa henti sehingga menubuhkan komuniti Kami Suka Bergosip (KSB), akan tetapi komuniti ini terpaksa dibubarkan kerana dikatakan meniru gaya melodi (katanya lagi :P). Beliau tidak gemar akan sayur-sayuran dan gemar akan gosip-gosipan, rakan-rakannya termasuk aku sendiri sudah jemu dengan menu kampungnya iaitu mee goreng mamak tak nak sayur (Kalau ada sayur kena buat balik! Kasihan tukang masak!) dan air milo ais (Selalunya orang yang tak makan sayur badannya kurus dan kurang sihat tetapi beliau sentiasa sihat-sihat belaka) :P

Minta maaf sangat-sangat sebab cancel nak keluar semalam. Aku demam! Sumpah! Badan aku panas sangat-sangat, kalau tak percaya tanya aku!

Ucapan sepatah dua taip :

Semoga berjaya di sana! Belajar rajin-rajin! Jangan lupa kalau balik JB bawa ole-ole Chef Wan dan boyfriend untuk aku :P Cari awek yang macam eh eh malas nak cakap. haha. Jangan lupa Allah s.w.t, papa Mazlee dan mama Syamsiah yang penat menjaga dan mendidik kau hingga saat ini yang telah besar macam bluehyppo :P dan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf zahir dan batin! (eh belum raya lagi!) 


-IKLAN-

我很美麗

(Tak perlu sibuk-sibuk nak translate! Nanti kau menyesal dan cemburu rabun!)


Walaupun tak sempat jumpa kau, tempoh hari aku ternampak kereta kau area Sekolah agama (Tak pandang aku pun! Mentang mentang bawa kereta! :P) dan aku terperasan teksi oren kau parking area Shell. Buat apakah? *jeng jeng jeng*

(Ceh! Macamlah kau study jauh sangat! haha)

Betul ke kau nak pergi meninggalkan kami (aku dan siti) Sedih! Sedih sangat! Sedih sangat sangat! Sedih sebab kau tak sempat nak belanja aku mc'd :P so tak jadilah nak belanja mc'd? Lagi sekali tanya, memang tak jadi ke? :'( Kasihan aku nanti ... *some text missing*

p/s : Kalau rindu aku baca blog aku dan kalau rindu Siti baca blog Siti walaupun dah terdelete :'(

8 comments:

siticomelsquare :) said...

tak benti ketawe lah. siap some text missing. aisehhhh :P

kalau rindu akuh bace tumblr akuh. ngee

naz said...

congrats yaww

Fanna Roslan said...

Siticomelsquare : Okey sekarang dah berhenti ketawakan? :P
Oh lupa kau ada tumblr :)

Fanna Roslan said...

Naz : Congrats for what? :)

Afzarul Dzarif said...

masin..huhu..thanks fana!

Fanna Roslan said...

Afzarul Dzarif : Masin??? 0.0

♥cutebabygirl♥ said...

slmt menempuh idup bru. :)

Fanna Roslan said...

Terima kasih. Yang menempuh hidup baru bukan saya tapi rakan saya :)