Sunday, August 1, 2010

Potpet 95

RINDU BLOG SENDIRI :P


Fuh! Blog aku dah bersawang bawang, dah lama gila tak update blog. Okey aku bersihkan sikit blog aku dengan vacuum. Cantik tak? :P Semenjak dua menjak ini blog aku tak boleh buka, bila sign in keluar perkataan Redirecting. Kenapa eh? Dekat lappy Shiro boleh pula. Kenapa kenapa dan kenapa? Adoi! -.-

Aku cuba semua browser, mula-mula try Internet explorer macam sialan tak boleh. Lepas itu guna Mozilla firefox pun agak eerr then aku cubalah guna Google chrome pun sama macam haram! eerr! Last-last aku guna sayangku yang baru di download iaitu Opera :)

Dengan kesempatan yang ada ini, aku nak story aktiviti harian aku pada minggu ini.

ISNIN-26.7.2010
Hari hujan yang agak lebat sehingga berlaku kesesakan lalu lintas dan menyukarkan pelajar-pelajar sekolah seperti aku untuk ke sekolah. Walaupun jarak rumah aku dan sekolah tidak jauh dan tidak dekat, aku berjaya sampai ke sekolah pada pukul 7 setengah. Sampai saja terus daftar diri di buku disiplin. Sepanjang lima tahun aku bersekolah di TDS, hari inilah hari yang paling bersejarah kerana buat kali pertamanya aku didenda kerana lewat ke sekolah. eerr :|

Masa cikgu tak masuk (eerr tak ingat cikgu siapa) Shiro buka laman web karingeri.blogspot.com. Best gila! :)

Tapi kenapa kari ngeri bukan asam pedas ngeri tak pun rubi ngeri? :P

SELASA-27.7.2010
Tak ada cerita sebab aku tak sekolah bukan sebab aku ponteng seperti dahulu kala tapi sebab aku demam. Walaupun badan panas gila, batuk dan selsema tapi online tetap wajib. (sekolah tak wajib pula :P)

Hari ini, langsailah semua hutang puasa ganti aku
(Lambat betul aku ganti puasakan?)

RABU-28.7.2010
Aku kembali ke sekolah seperti biasa dan belajar seperti biasa dan posing gambar yang agak luar biasa. Ceh!

Sila menjamu mata anda dengan gambar ini

[model : Aku, Siti, Ain, Shiro, Nadia, Mai dan Vee]

















Then masa MUET, soalan yang paling aku gemar kot :P

What would make a good life partner?
a) Religious
b) Wealthy
c) Good-looking
d) Fun to be with

[Puan Mala suruh kita pilih mana yang kita suka tapi kena pilih satu saja dan kenapa]

Kalau aku, semua aku nak walaupun Puan Mala suruh pilih satu tapi a) juga yang pentingkan? HEHE.
Anda pilih yang mana?

Balik sekolah dalam pukul 2 gitu dan pukul 4 aku bersiap untuk pergi main bowling



Ramai yang join dalam 20 orang gitu, aku cuba senaraikan nama yang pergi kalau nama yang tak ada sorry maybe aku terlupa :')

(Aku, Siti, Ain, Shiro, Mai, Vee, Nik, Didie, Topek, Arif, Syauqi, Idel, Shahrul, Ashraf, Fairus, Azri, Tan, Wei dan beberapa budak kelas Pra-u 2 [tak tahu nama:P])
Itu saja kot :P

KHAMIS-29.7.2010


HAHAHA! Sebelum kau, kau dan kau gelakkan aku. Baik aku, aku dan aku gelakkan diri aku sendiri! HAHAHA

Pengawas percubaan? HAHA! Kelakarkan kalau aku jadi pengawas? Adoi! Pedulilah! Secara jujurnya, aku bukannya minat jadi pengawas. Baru pengawas percubaan eh bukan pengawas perbetulan. Tak sedap betul ayat aku! hhmm -.-

JUMAAT-30.7.2010
Setiap kali hari jumaat cikgu jarang masuk kelas. Best.

Afiqah Hazwani last day di TDS sebab dia dapat masuk TOP 9 Gadis melayu! Good Luck! <3 :')

*Komen blog aku problem! Tak boleh komen! Tak tahu kenapa! eerr! Kalau boleh, bolehlah! Kalau tak boleh tolong beritahu aku okey! Jika menggunakan Internet explorer, komen berfungsi! Adoi!

p/s : Lepas ini, kemungkinan besar aku jarang update blog! Jangan rindu aku untuk updated blog okey?! :P (Perasan! Siapa entah nak baca blog aku!) Bye :)

4 comments:

planetonazirato said...

kauu ... org bwkk laptop nkk belajar . nih pose sane, pose sini . HAHA . lain kali, ajaklaa aku .. HAHA ..
CONGRATS MAK SOMM !
dpt jadi pegawas percubaan !
HAHA ..
aku hrp sek tuu x "gile" laa dibuat oleh kau ..
kiteorg sume tergelak "bngge" kau jd pengawas percubaan ..

Fanna Roslan said...

Thanks Nazirah!
Janganlah gelakkan aku! Malu! haha :P
TDS akan jadi sekolah yang cemerlang gemilang dan terbilang kalau aku jadi pengawas! HAHAHAHA :D

siticomelsquare (: said...

weh, asal kaw nmpk pendek lak dalam gambar men bowling uw?
btw, goodluck for your study. and, selamat menjadi pengawas percubaan n perbetulan! gaga :D

Fanna Roslan said...

Haha! Itu bukan akulah sayangku siticomelsquare! btw Thank you very much <3