Friday, July 16, 2010

Potpet 93


Hai! Selamat ulang tahun blogku. Secara rasminya blog ini ditubuhkan pada 16 Julai 2009 dan hari ini genaplah setahun blog ini ditubuhkan. Si pemilik dan si penaip blog ini bernama Nurul Farhanah Binti Roslan dan lebih dikenali dengan nama Fanna Roslan. Seorang yang tidak berbakat dalam menaip blog tetapi ingin mencuba menaip blog. Mengikut kad pengenalan blog ini, blog ini diberi nama potpetfanna.blogspot.com. Nama panggilan blog ini sentiasa bertukar-tukar mengikut musim, bermula dengan Dunia Fanna dan bertukar kepada Fanna Diaries dan bertukar kepada @Fanna.com dan bertukar lagi kepada RED THREE dan akhirnya WHAT THE FANNA hingga saat ini.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sepanjang setahun si pemilik berkecimpung dalam dunia blogging, si pemilik mempunyai 182 pengikut ajaran sesat yang comel-comel belaka. Si pemilik tidak mengharapkan kuantiti pengikut yang ramai tetapi mengharapkan kualiti blog. Wahai pembaca blogku! Tak kira tua dan muda, gemuk dan kurus, tinggi dan rendah. Jutaan terima kasih kepada semua pelawat yang sentiasa melawat blog ini. Sebagai tanda terima kasih si pemilik kepada si pembaca, si pengikut dan si PENIRU blog ini. Terimalah sebuah komputer raba eh komputer riba dari si pemilik blog.

Sekian terima kasih ◕‿◕

No comments: