Friday, July 9, 2010

Potpet 92

Perkhemahan Unit Beruniform 2010

Hari ini TDS telah mengadakan perkhemahan unit beruniform di kawasan sekolah selama 3 hari 2 malam. Antara unit beruniform yang terlibat ialah Kadet Polis, Kadet Remaja Sekolah (KRS), Silat Sengkelat, Pengangkap, ST John, Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM), Puteri Islam, Pandu Puteri, dan Taekwando. Aku dan sebahagian pelajar tingkatan enam sebagai urusetia perkhemahan ini. (Ayat aku macam karangan :P)

Pulang dari sekolah kira-kira pukul 12.30 tengahari dan terus bersiap-siap untuk packing barang-barang yang perlu dibawa, gosok baju dan tudung. Dalam pukul 2.00 p.m ayah aku ambil dan terus pergi Econsave sekejap untuk cari sedikit makanan ringan (Ceh! macam dekat kedai keling tak ada jual makanan ringan) dan ehem-ehem untuk ke camping.

Dalam pukul 2.30 p.m semua pelajar berkumpul untuk mendaftarkan diri. Aku diberi tugas untuk mendaftarkan nama pelajar Kadet polis. Setelah selesai mendaftarkan diri, semua pelajar berkumpul di Astaka untuk sedikit taklimat manakala aku dan beberapa urusetia memberi makanan kepada semua unit beruniform seperti beras, minyak, bawang, sardin, roti, biskut dan banyak lagi.

Aktiviti pertama ialah pertandingan pakaian. Semua unit beruniform kena menghias uniform lengkap masing-masing dan gantung di tempat letak kenderaan guru. Pertandingan ini dimenangi oleh Kadet polis (Ehem :P)

Aktiviti kedua ialah pertandingan menulis karangan. Pertandingan ini dimenangi oleh Silat sengkelat. Aktiviti seterusnya aku tak berapa nak ingat, yang aku ingat aku ada snap beberapa gambar :P




Dua budak poyo :P




Hasil gambar yang mengunakan self-timer




Gedik? Memang :P




Dekat tangga pun jadi tau :P




Rubi Hanaki dan Fanna Roslan




Sumpah! Aku seram tengok mata kau!




5 orang wakil perempuan dari kelas 6 Pra-universiti 2S1




Dari kiri belakang : Mas dan Vee
Dari kiri depan : Rubi, Mai dan Aku




I like <3




Sebahagian urusetia yang setia bergambar :P




Itu dia ~~~




Itu dia ~~~




Candidlah konon -.-




Rubi dan Vee

dan pose yang paling gedik




Teropong




Aku bajet Diva!




Bom Bom Chak!




Pose versi meniarap




Aku suka pose Mai! Comel bangat! :)



Asal semua nampak terbantut? haha




2 perempuan tinggi :P




eeuuww
(Fokus dekat mulut Rubi)




Pose yang paling poyo :P
(Rubi! Cover mata weh! :P)




Vee memang berbakat untuk menjadi model! Cewah!

Malam :
Setelah semua pelajar selesai solat maghrib dan isyak. Aktiviti pertama ialah Explorace. Aku suka Explorace. Aku diberi tugas untuk menjaga di bahagian kantin bersama Kak Idayu. Mereka diberi tugasan untuk menjawab soalan mathematic. Uniform yang paling lambat menjawab soalan ini ialah KRS dan Puteri Islam. (Sampai terbaring-baring aku tunggu mereka mencari jawapan yang betul) Time explorace, suka hati kita nak kenakan uniform mana-mana yang kita suka! So Tahniah pada uniform yang aku denda, boleh dikatakan semua uniform aku denda :)




Makan dalam kegelapan :)




Saja nak suluh jerawat!




Pengangkap
(Kenapa ahli pengangkap terdiri daripada ahli Parti MIC? :P)




Puteri Islam
Aku denda suruh nyanyi lagu sekolah
[Fokus dekat budak baju pink (Komander Puteri islam)]




Kadet remaja sekolah
(Jakun nampak camera)
Aku denda susun nama ahli KRS dari A hingga Z
(Kasihan tapi padan muka) :P

Aktiviti seterusnya, dijalankan pada pukul 12 malam. Setiap orang mesti naik tangga hingga tingkat empat dengan membawa batu-bata (Seorang demi seorang). Time ini memang gelap gelita, kami (urusetia) menakutkan mereka yang sedang menaiki tangga. Kadet polis paling pengecut! haha! Podah Kadet! dan yang tak boleh blah bila seorang budak perempuan ST john menangis! hahaha (Padahal taklah seram sangat!)

Aku, Didie dan Amir jaga di tingkat empat! Seronok kenakan mereka! huhu :P



video


Ini video semasa aktiviti tersebut, aku pun tak tahu aku rakam apa. Tergelak dengar suara sendiri. haha.



Penat aku dengan Amir berjaga! Kau boleh berjaga dalam tidur beralaskan lantai!
(Didie! Kau ingat, kau saja yang ada gambar aku tengah tidur? Aku pun ada tau! haha)

Sabtu, 10 Jun 2010
Bangun pagi-pagi dalam pukul 5 a.m dan terus ke bilik ERT untuk mandi.



Seorang lelaki dan 3 orang perempuan sedang berbincang cara-cara membuat air milo di dalam bekas yang amat besar. HAHA.




Ini kawasan perkhemahan perempuan :)




Ini khemah Kadet polis :)
(Tak ke selekeh sidai seluar dekat atas khemah?)




Khemah memang kotor -.-




Cik Mai mengutip sampah! Kak Idayu pose sungguh ayu, seayu namanya :P

Aktiviti seterusnya, pertandingan memasak :)



Inilah hasilnya




Tak selera aku tengok makanan yang mereka masak! Geli aku! :P

Selepas selesai pertandingan memasak, aku masuk ke bilik komputer dan terus membuta. Dalam pukul 5 p.m aku bangun dan ehem ehem




Aku duduk macam apek kalah judi -.-




Ceh yang belakang pose tak boleh blah :P




Tak macam serabai pula aku buat kaki gitu! isk! isk!




Mas! Kalau ye pun kau sayang aku, janganlah macam gini! Malu! -.-




Muka aku serabai -.-



Waktu makan :D




Mangsa banjir




Aku tak ada dalam gambar eh!




Shahrin, Mai, Vee, Mas dan aku


Ini video sukan rakyat :
1. Sukan baling belon yang berisi air
2. Sukan baling telur


video

Sukan rakyat dimenangi oleh KRS

Malam : BBQ (Ayam, udang dan ketam)



Cuba cari aku dekat mana?
(gambar ini aku curi dekat facebook saddam :P)




Bersedia untuk malam kebudayaan

Pertandingan malam kebudayaan dimenangi oleh St John. St John punya persembahan memang kelakar (St john saja yang berjaya buat aku gelak hingga tertidur :P)




Aku mengantuk tahap dewa dewi. Mana taknya, semalam aku tidur pukul 3 a.m dan bangun pada pukul 5 a.m. 2 jam saja aku dapat melelapkan mata. Kasihan! Ada orang cakap Didie yang snap gambar ini! Sialan! Malu gua! -.-

Setelah selesai malam kebudayaan, aktiviti malam burung hantu yang paling aku suka (I like). Semua urusetia diberi pilihan untuk memilih rakan masing-masing. Aku seorang saja yang tak ada geng. Sobs Sobs! Nasib baik Didie nak jaga dengan aku sebab dia pun tak ada geng! haha! Aku dengan Didie menjaga pelajar Kadet polis. Dalam aktiviti malam burung hantu, semua pelajar ditutupkan mata dan berjalan mengikut arahan urusetia, kadang-kadang mengikut tali yang diberi dan bila tali sudah tamat di penghujungnya semua huru hara cari jalan sehingga seorang ahli kadet polis masuk longkang. Kasihan tapi kelakar :P dan dalam perjalanan seorang urusetia akan menarik pelajar yang ditutupkan mata dan membawanya ke suatu tempat yang mana-mana kita suka :P

Setelah selesai malam burung hantu, semua pelajar boleh zzzzzzzzz



Pada malam hari, kami dari kelas 6 Pra-universiti 2S1 diberi tugas untuk menjaga kawasan perkhemahan. Maksudnya, kami semua tak boleh tidur sebab semalam 6 Pra-universiti 2S2 sudah berjaga malam. Hari ini, kelas kami pula. Hadoi, dahlah tengah penat + mengantuk gila.

Untuk menghilangkan ngantuk, aku mengambil gambar Astaka. Akhirnya aku tidak dapat menahan ngantuk, aku baring di atas astaka dan tidur manakala Rubi dan Mas masih bertahan duduk bersandar di tiang Astaka. Setelah beberapa minit aku terlelap di astaka, aku melihat Mas, Mai dan Vee a.k.a Myvi :P pun terbaring di Astaka. HAHA. (Akhirnya, kami semua berjemaah berjaga sambil memejam mata) dan dalam pukul 5 a.m aku mengejut mereka semua untuk masuk ke bilik komputer.


Ahad, 11 Jun 2010
Semua urusetia bangun pada pukul 8.30 a.m. Cun tak? haha. Bangun-bangun aku terus berlari untuk mandi. Nasib baik makanan untuk urusetia telah siap dihidangkan oleh guru-guru :)

Aktiviti yang terakhir ialah pertandingan kawad. Aku dilantik untuk menjadi juri. Aku dan Syauqi memberi markah untuk keseragaman, Mai dan Vee memberi markah untuk pakaian manakala Rubi dan Mas memberi markah untuk komitmen. Setelah dicampur tolak darab dan bahagi. Keputusannya :

  1. Kadet Polis
  2. St John
  3. PBSM
Keputusan :
Peserta Lelaki Terbaik : Azri (Silat Sengkelat)
Peserta Perempuan Terbaik : Grace (Pandu puteri)
Urusetia Terbaik : Nurul Farhanah Binti Roslan :P

Keseluruhan : St John

p/s : Perkhemahan yang dijalankan memang penat + seronok. Apa yang penting sekali ialah pengalaman menjadi urusetia! Best! =]

4 comments:

siticomelsquare :) said...

tergelak tgk pic didie ngan kaw tido. siotlahh. kelakar siak. btw, vid yg kelam tu, asal sore kaw manje sangat? ahaksssss!

:))

Fanna Roslan said...

Siti : Manja? haha babeng lu nganjing gua :P

siticomelsquare :) said...

btllah. hahahahaha. :D

Fanna Roslan said...

Siti : Yelah :')