Sunday, May 30, 2010

Potpet 81

Itu yang awak mahukan?



Terima kasih kerana "DELETE" saya!

Saya tak kisah kalau friends saya yang lain nak delete saya, tapi saya kisah kalau orang yang delete saya itu adalah awak! Sumpah! Saya sangat tersentap bila awak delete saya! Tapi apa boleh buat "Itu yang awak mahukan?" (Tajuk)

Orang yang rapat dengan kita mesti back-up kita walaupun kita yang bersalah!
Tapi masalahnya, orang yang nak back-up kita pun terback-down. Apa kes? Kasihan!

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Setelah lama kita berkenalan, dari tingkatan satu hingga tingkatan lima sekelas dan sekepala. Kini semuanya naik kepala. Masing-masing buat hal masing-masing. Rasanya baru semalam kita berkenalan, masih dalam ingatan lagi kenangan kita pergi lawatan ke Terengganu dan Kelantan selama seminggu, menjaga koperasi bersama, kawad bersama, perkhemahan bersama, hangout bersama, gosip bersama, senang cerita semuanya bersama dan akhirnya kita tak akan bersama.

Khas untuk awak :
Di sini, saya ingin memohon maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki di atas semua kesalahan saya terhadap awak sepanjang kita berkawan. Halalkan makan minum saya. Saya harap awak bahagia bersama BFF awak yang better than others. COOL =)

No comments: