Tuesday, May 18, 2010

Potpet 76

Selamat Hari Guru

Hari Guru jatuh pada 16 mei 2010. Tapi, memandangkan 16 mei 2010 jatuh pada hari ahad. Maka dengan ini, saya mengistiharkan sambutan hari guru di tergolekkan pada 17 mei 2010 hari isnin. Aku baru dua hari menjejakkan kaki ke TD's terus sambut hari guru. Lepas itu, dapat tawaran jadi model free pegang bunga manggar. LOL! Sumpah malu amat. Mana taknya, aku dapat baju yang singkat. Siti dengan Amira dapat baju ngam-ngam dengan badan mereka. Salah aku juga, siapa suruh tinggi sangat :P Okey kita kembali ke tajuk utama, bagi aku sambutan hari guru pada tahun ini agak bosan. haha. (Sambutan hari guru tahun lepas lagi gempak!)

Kepada :
Cikgu Tadika, Cikgu Sekolah Rendah, Cikgu Sekolah Menengah, Cikgu Sekolah Agama, Cikgu Tuisyen & Cikgu Mengaji. Terima kasih kepada semua guru yang pernah mendidik aku dan Selamat Hari Guru terutama sekali kepada Cikgu Syikin & Cikgu Hidayah



Cikgu Syikin
Ya, semenjak dua menjak dan bermenjak-menjak ini. Jerawat aku semakin ramai berkelah dekat muka aku! sigh*



Cikgu Hidayah
Sorry, saya tercuri gambar cikgu :P

okey, assalamualaikum

No comments: