Thursday, May 6, 2010

Potpet 70

BLACKOUT ke BLACKIN? haha

Panas! Panas! (nyanyi lagu Ifa raziah)
OMG!

setiap kali tak ada current, aku dapat message dari member aku "blackout!"
setiap kali tak ada current, rumah aku penuh lilin macam pesta Deepavali
setiap kali tak ada current, aku rasa macam aku tengah bersauna dekat rumah
setiap kali tak ada current, lelaki mesti tidak berbaju. perempuan macam mana?
setiap kali tak ada current, semua nak baring dekat lantai supaya sejuk, lepas lantai pun dah panas beralih ke lantai lain. Last-last baring dekat toilet -.-

Mana taknya, tiga hari berturut-turut area Taman Daya tak ada current -.-
Yang aku pelik ECONSAVE adalah pula. haha. Econsave mestilah ada, kalau tak ada hilang semua barang dekat Econsave itu.

Aku tak tahu apa penyebab utama tak ada current. Orang TNB pun satu, bukannya nak message aku ataupun 3G. (semenjak dah ada 3G, jakun kejap :P) Menyusahkan hidup warga Taman Daya. eeerrr :|

Siti kata :

(copy status Facebook siti)
Pencawang dekat Taman Sri Amar terbakar akibat perbuatan profesor mencuri wayar

Ini yang aku marah ini, warga Taman Sri Amar buat hal. Warga Taman Daya yang tanggung bak kata pepatah kerana nila setitik rosak susu sebelanga (Kan aku dah kata, bab peribahasa aku memang hebat :P)

Kedai pula kehabisan stok lilin. Lilin pula tiba-tiba naik harga.
Wah! Wah! Siapa yang kerja kilang lilin, bulan ini dapat bonus sebab lilin laku.

Dan yang paling penting bila ada current, semua mengambil peluang yang ada untuk online Facebook, gosok baju kerja dan baju sekolah, charge handphone dan masak. Kasihan computer aku dah berapa kali pengsan dengan tiba-tiba, ini semua gara-gara TNB!

Ramai gila maki TNB dekat status Facebook. Kasihan TNB.

-FUCK TNB
-TNB bodoh!

dan macam-macamlah

Aku saja yang tak komen apa-apa (baik)
Pernah ke aku maki TNB dekat status facebook aku? Tak kan?
(Yang pernah maki, jangan terasa okey. Kalau nak terasa juga. Silakan)
Sebab utama aku tak maki, sebab cousin aku punya bapak kerja TNB doe. haha. Dia dahlah ada dalam friends facebook aku. Kalau tak ada, aku pun join dua kaki dan dua tangan maki TNB habis-habisan. haha :D

(Harap-harap, cousin aku tak baca entry kali ini. Entry yang lain kalau nak baca. Silakan)

2 comments:

siticomelsquare said...

haha.. x maki sebab? haha.. bongok.. tergelak akuh.. siap copy status fb yh=g x tahan tu.. ngee :D

RED THREE said...

haha :P Perlu ke letak nama siticomelsquare? :P