Saturday, May 1, 2010

Potpet 69

Selamat Tinggal Econsave

Entry kali ini agak panjang, so standby aiskrim econsave yang Rm1 tiga okey

Pada tarikh 25 march 2010 aku start kerja dan pada tarikh 30 april 2010 aku berhenti kerja. So, bila di tolak tambah darab bahagi semua, aku kerja hanya sebulan lima hari. Hebat bukan? Yee aku tahu kau orang mesti tertanya-tanya kenapa aku berhenti kerjakan? haha. Aku kerja sebab kawan dan berhenti pun sebab kawan. Senang cerita semuanya sebab kawan, jangan kahwin pun sebab kawan -.-


Apa kata kita flashback~~~~~~


Aku ingat lagi pada tarikh 22 march 2010, Zarul call rumah aku, dia cakap macam gini.

Zarul : Fanna kau nak kerja dekat Econsave tak?
Aku : !@#$%^&*() (aku macam nak tak nak saja kan)
Zarul : jomlah, Nazurah pun ada doe
Aku : aaa aaa hhmm hhmm
Zarul : kau siap sekarang tau, kejap lagi aku ambil terus interview. Comfirm dapat tau.
Aku : yelah yelah

Bila aku dah gosok baju dengan tudung semua. Kejap lagi Zarul datang, Zarul cakap esok pula interview. Lepas itu, (dah mula dah penanda wacana aku. haha :P) aku follow Zarul pergi rumah Siti. Pujuk Siti kerja, last-last Siti setuju. hehe.

Masa first day kerja, memang memenatkan. Ada yang satu hari kerja terus offday sampai bila-bila. Masa Econsave opening lagilah penat, berapa hari berturut-turut semua cashier kena full. Aku mengaku memang penat sangat, tapi aku seronok sebab aku bersama-sama kawan aku. Penat aku hilang kalau ada kawan :D

Lepas beberapa hari opening, ramai yang berhenti. Kalau tak silap aku first cashier yang berhenti Azah. Tub! Tub! Tengok Azah dah kerja dekat luar. Kerja kedai hotlink. Lepas itu, member aku Amira pun berhenti. Seorang demi seorang check it out. Bila dah lama kerja, aku dah mula rapat dengan Yana (paling rapat), Kak noi, Echa, Assila, Yang, Lina, Faiz, Kak Ida, Ain, Kecik dan semualah. haha. Kadang-kadang aku rasa pergi kerja macam pergi sekolah, sebab nak jumpa member-member.

Setiap kali sampai kerja, mesti nak check buku kaunter. Nak tengok dapat kaunter sebelah siapa. Aku madak dapat kaunter sebelah Shanti dengan Ibrah saja (si gula hati). Aku tak suka dapat kaunter dengan Shanti. Mana taknya, dulu cashier ada satu kerusi untuk dua orang. Pandai-pandai kaulah bergilir-gilir duduk. Kalau dapat kaunter dengan Shanti memang malang, sebab madak dia saja yang duduk sampai Econsave closing. Tak reti-reti nak share agaknya, nak share apa kejadahnya. aku tengok dia guna satu kerusi pun macam tak cukup. Dia kena dua kerusi doe. haha. Tapi sekarang dah ada dua kerusi dah tak kesah sangatlah.

Aku tak akan dapat kaunter sebelah Zarul, dia orang kata kalau tengok CCTV aku dengan Zarul paling banyak cakap. So, aku dengan Zarul tak akan dapat kaunter bersebelahan. Bila dapat kaunter sebelah Yana, aku melompat kegembiraan. Last-last, miss V ataupun Kak Ima atau lebih mudah lagi Kak Halimah jonggang tukarkan aku kaunter belakang sekali. Menangis aku. huhu. Mana taknya, aku lebih rela kaunter depan yang banyak customer daripada kaunter belakang yang tak ada customer. Sebab utama tak nak kaunter belakang, nanti diam saja dan mulut masam. haha. Paling best sekali kalau dapat kaunter dengan Echa, sebab Echa ini jenis kepoh macam aku. Sekaunter dengan dia memang comfirm kau tak akan mengantuk punya. Aku berani jamin. Sepanjang aku sekaunter dengan Echa, ada dua customer puji. First customer puji kita orang suka senyum. Padahal tahan gelak mengutuk customer. haha. Yang second, customer itu cakap susah nak jumpa cashier yang peramah macam aku dengan Echa. Ceh! Ceh! Kembang! haha.

Kalau aku kena jaga customer service memang bosan gila babunlah, sebab customer service kena jaga seorang saja. Mulut kau comfirm masam dan berulat. haha. Kalau dah bosan sangat jaga customer service, aku layan pak guard yang baru diimport dari pakistan. Nak berbual dengan Pak guard, kau kena speaking tau. Tak kesahlah broken ke, kalau dia angguk itu bermakna dia fahamlah. haha. Ayat yang selalu dia ulang "Waklu" dan "Ada aku kesah?". Itu sajalah perkataan yang dia tahu. Yang lain dia belum belajar lagi kot. Yang aku malu gila, bila Pak guard yang bukan islam ini lagi hebat tahu pasal islam dari aku. haha.

Sepanjang kerja, macam-macam berlaku. Ada gaduh dengan customer sampai kena maki macam-macam (bukan aku), ada customer tak cukup duit (beli barang 1 troli, duit ada Rm26) , ada customer curi udang (haha), ada customer tetap yang borong sampai Rm400 tapi bayar guna duit seringgit-seringgit, ada customer yang gatal siap minta number telefon aku dan dan dan ada cashier yang gatal siap bagi number telefon dekat customer (tiba-tiba) hahahaha


Ini ID cashier aku dengan ID hand punch aku, huhu :')

ID : 707410
Password : ********

ID hand punch : 370094

Kalau nak jadi cashier kena selalu senyum, fuh! fuh! bengkak mulut nak senyum. Setiap kali ada customer kita kena buat macam gini :
  1. Selamat Datang
  2. Cash ke Kad kredit?
  3. Ada card Real Rewards?
  4. Terima Kasih, datang lagi
Tapi aku tak ikut semua ini, penatlah nak tanya. Kadang-kadang aku cakap terima kasih saja.

Mr. Prakash cakap, semua cashier kena make-up. OMG! Aku bukannya jenis minah make-up yang tenyeh bedak kalahkan dinding. oh! bukan! bukan! Aku lebih suka tak bermake-up, naturallah konon.

Walaupun muka aku jururawat ramai
eerr . . Jerawat ramai
eerr . . Jerawat banyak

Esoknya, ramai budak cashier datang bermake-up. Tergelak rabak aku, mana taknya make-up mengalahkan hantu cina. Kalau hantu cina tengok comfirm terkejut. Kalau nak make-up pun agak-agaklah ye :)

Serious aku rindu gila dengan semua budak cashier,
Rindu sangat~
Rindu nak dengar lagu kebangsaan Econsave :P
Rindu nak jerit ID kuat-kuat macam Shanti sambil senyum sebelah kiri
Rindu nak berlari 100 meter pergi timbang
Rindu nak double dan triple scan
Rindu nak tanya ada card Real Rewards?
Rindu nak hand punch cepat-cepat, tapi buka kaunter lambat-lambat
Rindu nak rehat sama-sama dekat d'oom

Semua ini dah tak akan berlaku lagi dah, aku dah berhenti kerja :'(

Alhamdulilah, sepanjang aku buka kaunter, aku tak pernah short. Aku pernah over 3 kali. Mula-mula 10 sen, kedua Rm1 dan ketiga 40sen. So, gaji aku akan ditolak sebanyak rm1.50.

Zarul oh Zarul
Kau yang paling semangat ajak aku kerja dekat sana, last-last apa jadi?
Kau berhenti kerja dulu
Dulu masa sekolah, kau juga yang semangat ajak aku, siti dan fatin tuisyen dengan cikgu Nina, kau cakap dia ajar bagus. Macam-macam kau puji cikgu Nina, last-last apa jadi?
Kau berhenti tuisyen dulu, aku dengan siti stay lagi. Last-last aku berduet dengan siti berhenti juga. haha.

18 April 2010

Mula-mula memang aku tak nak berhenti kerja, sebab boleh dikatakan dengan semua cashier aku dah rapat. Tapi, bila aku terdengar Zarul tanya Kak Su macam mana nak buat surat resign. Aku dah pelikkan. Lepas itu, aku tanya Zarul, depan Kak Su semua. "Asal kau nak berhenti?" Zarul cakap, "Aku dapat politeknik". Aku terdiam, cepat noh kau dapat tawaran. Politeknik mana kau dapat? (dalam hati). Bila Kak Su semua dah tak ada, baru Zarul cakap. "Alah, tulislah dapat tawaran politeknik". Lepas itu, Zarul cakap dengan aku macam gini

Aku nak berhenti sebab aku rasa sekarang bukannya masa untuk aku kerja
Sekarang masa untuk aku enjoy

(Tiba-tibalah pula, ajak aku dengan siti kerja beriya-iya. Kau yang nak check it out dulu)


Masa itu juga aku tanya siti, "Siti, bila kita nak berhenti?"
kalau tak silap aku siti tak jawab, buat-buat tak dengar ke memang pekak :P

Lepas itu, aku tanya siti melalui message "bila nak berhenti?" Siti cakap lama lagi nak berhenti. So, aku cakaplah dengan Yana. Aku dengan Siti lambat lagi. Zarul saja kot. Tub! Tub! Masa aku off day, siti message aku, siti cakap, dia berhenti saing zarul dan dah hantar surat resign dah. Oh my~ terkejut aku. Aku terus nekad nak berhenti juga. Aku cakap dengan Yana, aku nak berhenti. Yana merajuk dengan aku. Bila aku naik cuti, aku terus cakap dengan Kak Su aku nak berhenti. Kak Su tanya kenapa, aku cakaplah tak ada kawan. Mula-mula aku nak berhenti saing zarul. Tapi, aku terlambat bagi surat resign dan takut tolak gaji. so, aku berpakat berhenti berjemaah dengan Ecah, Assila, Yang dengan Kak Farah Diba pada 30 april 2010. Last-last, siti pun berhenti saing berjemaah dengan aku. Imamnya ialah zarul. haha.

Masa dah nak dekat berhenti, Satu hari Kak Su dengan Kak Ida pujuk aku supaya jangan berhenti. Aku cakap, aku tak boleh kerja kalau tak ada Siti atau Zarul. Lepas itu, aku cakap dengan Kak Ida dengan Kak Su, "Pujuklah Zarul jangan berhenti, kalau Zarul tak berhenti, Fanna pun tak berhenti". Dalam hati aku, aku dah tau dah. Dia orang tak akan berjaya pujuk Zarul punya. Aku dah kenal sangat dengan Zarul. Kalau dia cakap nak berhenti, memang berhenti punya. Kau pujuk macam mana pun, kau bagilah roti kukus 2 troli pun, dia buat bodoh punya. percayalah~

25 April 2010

Mohd Afzarul Dzarif Bin Mazle ingin menamatkan perkhidmatan sebagai juruwang.
(ayat sama macam surat resign :P).
Aku dengar cerita zarul nangis masa last day kerja. Akhirnya, Zarul kena baling tepung. haha :D

29 April 2010

Sebelum kami berjemaah beramai-ramai meninggalkan Econsave. Kita orang berpakat, balik kerja nak pergi berjimba-jimba bak kata Zarul. Aku pun tak tahu, berjimba-jimba itu apa kejadah. haha. Kita orang pergi karaoke dekat d'chanteque dekat Setia Indah. Balik kerja dalam pukul 10 setengah terus pergi Setia Indah. Yang join, aku, Zarul, Yana, Echa, Yang, Angah(Abang Yang), Kak Ida, Kak Su, Kak Ila, Kak Fara Diba, Kak Noi, Kak @ Abang Azah (haha) dan Mak cik Izzati (Aku tak tahu nama dia) haha :D



Hasil daripada camera yang amat berkualiti :P
(haram kejadah! tak nampak muka langsung!)



Echa dengan Kak Ida berduet



Layan pool pula~



Pose saja lebih, main macam apa :P



Kan betul aku cakap, main macam apa :P



sweet couple ke sawet couple? haha



Ini girlfriend Zarul versi Kelantan :P



Cantikkan girlfriend Zarul?
Tapi, bedak agak bercapuklah yee :P



Echa, aku dan Zarul

Lokasi : Nibong
Caption : Mencekik

30 April 2010

Bila last day aku kerja dekat Econsave, serious memang sedih gila. Kak Ida cakap, "Fanna tak ada, tak adalah nak gelak-gelak lagi". Nak nangis aku bila Kak Ida cakap macam gitu. Tapi aku cover konon-konon macam tak dengar. Dah last day, Kak Su cakap "janganlah berhenti, kan ada Kak Noi, Kak Ida, Kak Su semua". Aku hanya mampu tersenyum :')


Permintaan terakhir aku, aku hanya minta sekaunter dengan Siti saja. Nasib baik Kak Jun (Ketua cashier) bagi. Aku dapat rehat dengan Siti, Yana, Echa, Yang, Assila, Lina, Kak Su dengan Kak Fara Diba. Kita orang rehat dekat doom. Kak Su belanja makan siapa yang last day. Kita orang ada snap gambar



comel betul budak-budak cashier department lagi-lagi yang tudung hitam :P



(ulang suara)
comel betul budak-budak cashier department lagi-lagi yang tudung hitam :P
Terus muntah sekilo

Bila dah malam, dalam pukul 9 lebih, Zarul datang bersama camera dan



Penat aku bebel, Siti boleh senyum tengok camera :|



Sama tinggi. Eh bukan! bukan!
Sama rendah :P



Kak su dan Yang Umairah
Yang Umairah comelkan?



Tengoklah perangai Kak Ida
Macam budak-budak, walaupun dah ada empat anak :P



Yang kiri Farra
Yang kanan Echa



Yang tengah senyum ini, nama dia Assila
Yang pakai tudung itu, nama dia Kak Jun



Wah! Rambut Yana hasil daripada syampu bawang :P



Yana memang tekun buat kerja



Yang baju merah ini girlfriend Zarul
ooppss! terkantoi pula :P
*Perasan tak Zarul suka pose kaki bersilang seperti gambar di atas?



Pose macam nak jauh, macam nak dekat
*Aku pun tak faham, apa yang aku cuba nak sampaikan. haha :D



Muka sedih noh?
hahahaha



Inilah Dharshini



Dia ini girlfriend Zarul versi tamil :P



Kak ida yang comel
Muka macam nak nangis. haha :D



Camera siapa yang tak berkualiti ini? :P

Susah betul jadi artis, madak candid saja

Bila dah tutup semua kaunter, aku tengok budak-budak yang lain dah keluar. Tinggal beberapa orang saja. Dharshini datang dekat aku terus salam dan peluk aku. oh my~ aku sedih gila. Tapi aku coverlah konon-konon tak sedih. Tapi aku tengok air mata Dharshini dah menitis. Aku masih tahan tak nak nangis. Mana taknya, dia satu-satunya perempuan india yang aku paling rapat :'(

Lepas itu, aku pergi frozen nak jumpa momo. Momo ini satu-satunya lelaki india yang aku paling rapat. Aku datang dekat dia, aku cakap dengan dia yang hari ini aku last day kerja. Dia terkejut, dia tanya "Kenapa?". Aku cakap, aku nak berhenti. Lepas itu, dia tanya lagi "Kenapa kau berhenti?". Aku jawab "Entah". Terus dia cakap, "Peehh, aku dah tak ada member dah seh". Macam biasa, aku buat dengar tak dengar. huhu. Kejap lagi, aku dengar orang memanggil-manggil nama aku

Farhanah!!! Farhanah!!! Farhanah!!!

Aku menoleh ke arah suara yang memanggil-manggil nama aku. Aku nampak Dharshini melambai-lambai tangan. Aku terus berlari ke arah Dharshini. Dharshini tarik tangan aku dan cakap

Dharshini : Cepat Farhanah! Ikut aku!
Aku : Pergi mana doe?
Dharshini : Ikut jelah
Aku : Kejaplah, aku belum hand punch
Dharshini : Hand punch cepat! (jerit)

Kejap lagi Dharshini suruh aku keluar, bila aku buka pintu belakang. Aku nampak Zarul, Zarul cakap

Zarul : Weh! mr prakash!
Aku : Mana mr prakash?!

Tub! Tub! Aku kena baling tepung

Walaweh~

Pandai betul Dharshini ini berlakon, penat aku berlari terkedek-kedek ikut dia. Aku tengok Siti, Yana, Kak Fara Diba dengan Kak Su semua dah penuh tepung dekat baju. hahaha.





Inilah hantu cina yang aku cerita tadi :P




(Mengikut ketinggian)
Kak Farah Diba, Siti, Aku dan Mr Prakash

Mr Prakash ambil kesempatan dekat aku, cuba kau tengok betul-betul tangan Mr Prakash dekat mana. Dia pegang nasi ambang aku. Kalau tak percaya kau click gambar ini. Aku pula tak rasa apa-apa pun. huhu. Nak buat aduan rakyatlah, nanti TV3 ambil berat.




Ramai ingat aku naik pangkat jadi ID sebab aku pakai tudung hitam. haha. Tak ada maknanya, akukan degil sikit selalu ikut suka hati pakai tudung hitam dengan seluar jeans. Tengoklah! orang lain pakai tudung putih dengan seluar hitam. haha :D




Yang tengah nama dia Kak Su ataupun Bonda
Dia ini Otai cashier :P




Hilang make-up Yana terus bluetooth dekat aku :P




Mencuba sedaya upaya mengangkat Kak Su ataupun Bonda
Tak sangka Kak Su yang comel ini pun berat juga :P




Inilah Kak Ida yang kusayang


Okey, ini semua kenangan sepanjang aku kerja dekat Econsave. Aku gabungkan semua cerita dalam satu entry, sebab itu agak panjang, panjang, panjang dan amat panjang. So, sesiapa yang pernah ternampak aku dekat Econsave Taman Daya yang pakai tudung tapi dekat luar sebenarnya free hair ataupun rambut percuma (nak translate tapi haram!) sebagai cashier. Ya, itu memang aku.

Sampai di sini saja, lain kali ketemu lagi ya

P/s : Aku akan sentiasa merindui budak-budak cashier (ayat skema) haha

Assalamualaikum :D

2 comments:

atyra onlyy said...

penat aku cari tempat komen romen kau..huh..

ehh nak pembetulan kan ada 5 greeting[ehh salah ejaa lantaklah]..kau tertinggal..bakinya..rm178.10..ehh

ehh lagi2..aku baca ni banyak sakit prot doe..ketawaa jepp.aku baca kau punyer storyy..moryy nii!!!rinduu kau..

yerr last sekali rinduuu kauu!!

Fanna said...

Yeke? hahaha. Sepanjang aku kerja aku tak pernah sebut baki kot. hehe. Aku pun rindu kau si gula hati :D