Monday, April 5, 2010

Potpet 65

Selamat Hari Jadi Yang Ke 44 Tahun

Selamat hari jadi Asiah Binti Ishak (emak) yang ke 44 tahun. wow! muda lagikan? huhu. Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki (AMIN!). Alhamdulilah, emak aku dipanjangkan umur sampai sekarang. Seriously, aku beruntung sangat dapat emak yang baik gila, dan emak aku pun beruntung sangat dapat anak yang baik gila macam aku. haha :P Setiap apa yang aku buat, emak aku selalu percaya dekat aku. Sebab aku tak pernah tipu emak aku. aku selalu jujur. Kalau aku nak tipu, aku selalu fikir seribu kali. Aku takut emak aku tak percaya dekat aku lagi. Aku tak macam orang lain, kalau ada problem share dengan boyfriend. (Nak share apa kejadahnya, aku tak ada balak. haha) Aku lebih senang share dengan emak aku, bak kata pepatah "sharing because caring" haha. Kalau dulu-dulu time sekolah, balik sekolah mesti nak cerita semuanya. Apa yang berlaku dekat sekolah. Emak aku mesti layan punya. Abang-abang dan adik aku pun sama, setiap kali apa-apa yang berlaku mesti cerita dekat emak aku. Walaupun cerita pasal awek. huhu.

Emak Oh Emak

Di sini aku Nurul Farhanah Binti Roslan (anakmu), ingin menyusun dua puluh jari termasuk jari kaki, andai Nurul pernah terkasar bahasa dengan emak ke? (Ada ke?) memang ada kan. Segala makan minum dapat di halalkan. Aku nak nangislah :')

I Love You So Much

No comments: