Thursday, April 1, 2010

Potpet 63

APRIL

Dengan cuti yang ada, aku habiskan masa untuk updated blog aku. Kebanyakan cerita semuanya aku ringkaskan. Al maklum, aku busylah -.-

Kembali kepada tajuk di atas. Setiap kali bulan April, aku tunggu April fool, tahun ini tak ada seorang pun nak kenakan aku. Kenapa? Kenapa weh? Aku tak sabar nak malukan orang yang kenakan aku. haha. Aku nak tanya, kenapa April fool bukan september fool? Kenapa? Kenapa? -.-

okey, walaupun tajuk APRIL, tapi aku bukan nak cerita pasal bulan APRIL. Tapi, aku nak beritahu semua para pembaca potpetfanna.blogspot.com yang Econsave kini dibuka pada 1.4.2010 :D

-IKLAN-
Boleh dikatakan setiap hari aku dapat message dari Siti dan Zarul yang berbunyi "otw"
Bosanlah hari-hari dapat message sama saja :P

Hari ini ramai gila amat orang yang datang, mana taknya baru opening dan barang murah-murah. Aku lemah betul bila tengok orang yang berbelanja 2 troli penuh. haha. Pengalaman pertama sebagai cashier, aku hanya mampu kata "gua seram weh!". Hari ini aku buka counter dan zarul hanya sebagai packer aku, Siti pun sama buka counter dan Yana sebagai packer Siti dan Fida buka counter dan Amirah sebagai packer Fida. Aku counter 16, Fida counter 17 dan Siti counter 18. Semua kalau boleh nak dekat-dekatkan. hee. Bila first customer Siti, aku dan Zarul tengok muka Siti gelak tak berhenti. Sumpah muka siti kelakar amat, muka kalau boleh nak gabra gila (ketawa). Kejap lagi, bila first customer aku datang, aku lagi gabra dari Siti sampai tangan mengigil-gigil pegang duit. (balasan gelakkan Siti). Ramai gila cikgu aku datang, dan tak boleh nak senaraikan nama-nama cikgu yang datang. Hari ini semua cashier kena full, kerja dari pukul 9.00 pagi sampai 12.30 malam. Penat itu, memanglah penat. Mana ada kerja yang tak penat. Ada ke kerja yang tak penat? Kerja apa eh? Tolong beritahu aku, boleh aku kerja dekat sana. haha. Apa yang aku risau sangat bila duit short sebab kalau duit short kena tolak gaji. Tapi alhamdulilah first day aku tak short dan harap-harap tak ada short pun :D

-IKLAN-
Happy birthday Sharifah Faezah Binti Syed Husin
Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki
dan dan dan bila nak pulangkan kasut aku? :P

Aku wish kau, kenapa kau tak reply thank you :P
-.-

okey, assalamualaikum :D

No comments: