Friday, March 26, 2010

Potpet 61

FIRST DAY


Aku dan Siti



Hari ini first day aku kerja bergaji, selama ini aku bekerja online dekat rumah tanpa gaji hhmm :'(

Okey, sebenarnya aku malas gila nak story tempat kerja aku, aku takut Nas ahmad datang sibuk terjah aku :P Atas permintaan peminat, aku terpaksa weh. Tempat kerja aku biasa saja, gaji biasa saja, pakaian biasa saja tapi, keseronokan dan pengalaman luar biasa! haha. Aku masuk kerja pada pukul 9.00 pagi dan rehat pada pukul 1.00 petang dan pulang pada pukul 10.00 malam. (eh! silap! silap! aku tak ambil over time!) dan pulang pada pukul 6.00 petang.

Aku pergi kerja naik teksi oren yang dipandu oleh Mohd Afzarul Dzaril. Masa masuk kerja, kita orang kena beratur untuk dengar sikit ceramah (Masa beratur, aku sibuk cuci-cuci mata, manalah tau ada yang aku kenal. Bila aku pandang depan "eh! kenallah budak ini", bila aku pandang kanan "eh! dia ini pun ada!", bila pandang depan sikit sambil kaki tertonjet-tonjet "Lah, tak sangka pula si ehem ehem pun kerja dekat sini") Malas aku nak pandang mana-manalah -.-


Nama yang aku kenal dan kerja dekat situ, Siti, Zarul, Nazurah, Farah Ain, Amira Fiqrin, Fida, Nizam, Aliff, Mustakim, Ikmal, Aman, Hakim, Banupriya, Rama, Letchimy, Guganeswari dan siapa lagi eh? (Aku tak ingatlah)(Yang lain, aku kenal muka nama aku dah lupa! haha)


Apa yang aku buat sepanjang aku bekerja, mula-mula kita orang di bahagikan kumpulan (macam gitulah. haha) Apa yang aku ingat, mula-mula aku kena buka baju kemeja dari dalam kotak dan hangerkan, lepas itu baru letak dalam troli. Kerja kedua, kami (aku dan siti) kena letak harga baju dengan lipat baju seguni! (ulang suara) kena letak harga baju dengan lipat baju seguni! (nasib baik, aku dengan siti. kalau dengan orang lain. memang diam sajalah sampai habis kerja) (Aku nak tanya, dekat dunia ini ada tak mesin lipat baju? kalau ada tolong bagitahu aku, aku nak beli limalah. Biar mudah sikit kerja aku :P) Setelah selesai lipat kesemua baju, kami berdua menyusun baju tersebut di dalam troli dan hasilnya penuh satu troli (kau bayangkan aku kena letak harga dan lipat baju satu troli dengan menggunakan dua orang saja :')). Kerja ketiga kami, kami kena buka seluar dari dalam kotak yang besar dan hangerkan (kerja ini, tak penat sangatlah). Kerja keempat adalah kerja yang paling penat, aku, siti, zarul dan farah a.k.a kecik kena susun pinggan mangkuk. (Peh! sumpah penat gila! Time buat kerja ini aku banyak curi tulang! haha). Aku ingat lagi si Mr. Prakash cakap "Dekat sini ada empat orang eh? saya tahu bahagian ini mesti siap 60% sebelum pukul enam" (Weh Prakash! lu main order bolehlah! gua baling pinggan dekat muka lu karang, terus tinggal 10%!)

Buat masa sekarang kerja memang best, member semua tak ada yang sombong-sombong dan gedik-gedik, tapi aku kena mengaku yang aku penat sangat -.-


Tagline terbaru "di mana ada fanna, si situ ada siti dan kadang-kadang ada zarul" haha :D



Aku nak cakap yang aku sakit badan, sakit bahu, sakit pinggang, sakit kaki, sakit hati! -.-
(Ada sesiapa yang baik hati nak urutkan aku? Siapa tolong urutkan aku, nanti kalau gaji aku belanja seluar GUESS tiga dan kasut crocs satu (original)!)

Aku dah penat nak taip, satu badan aku dah sakit, cuma aku nak tanya bila gaji nak masuk weh?! Hari-hari aku pergi bank check duit, kenapa tak masuk-masuk?! huh!

(woi Fanna! Baru satu hari kerja dah tanya gaji!)

okeylah, asslamilakum (tengok! tengok! penat punya pasal, sampai taip pun salah)



Assalamualaikum :D

No comments: