Tuesday, March 23, 2010

Potpet 60

Jalan-jalan

PAGI


Hari ini aku berjaya bangun pagi, sebab utama nak pergi interview ditemani Siti zubaidah dan Mohd afzarul dzarif dan tidak lupa juga Fatin nabiha. Alhamdulilah aku dapat kerja dekat situ dan si siti dan si zarul juga dapat. Kami akan mula bekerja pada 25.03.2010 pada hari khamis. Selepas selesai interview, kami pergi ke bandar untuk mengambil ic si Zarul di temani hujan yang lebat.

(Asal ayat aku tonggang tonggeng?)
(Ini mesti kes, dah lama tak pergi sekolah :P)

Selepas itu, kami menelan di Restoran ZZ (Kalau nak makan dekat situ, please jangan order nasi ayam. Kalau kau order, kau akan menyesal seumur hidup! dan dan dan jangan order air kelapa :P). okey, ZARUL yang belanja.

TENGAH HARI

Aku dah lupalah lepas makan pergi mana -.-

(kejap kejap nak ingat balik)

hhmm
hhmm
hhmm
hhmm
hhmm
hhmm

Ouh! Baru aku ingat. Kita orang pergi smart (hahahaha. First time pergi smart dengan member. Selama ini, aku pergi dengan mak bapak aku!) Tujuan utama teman si Fatin pergi beli gelang emas. Banyak betul duit minah ini! (Macam tipu saja statement aku :P)

Selepas itu, kami hantar si Fatin nabiha pergi kerja dekat Jusco tebrau! dan semasa otw balik rumah, Zarul pergi beli bawang dan kentang untuk maknya (hahaha. perlu ke cerita) (perlu okey, ini blog gua! :P)

MALAM

Okey, masa malam kami berpakat nak pergi area CS (jangan sibuk cakap, tak habis-habis CS! :P). Buat kali pertamanya, Siti zubaidah dan Sharifah faezah join hangout pada malam hari. Selama ini, aku, Fatin dengan Zarul saja. Tapi kita orang pergi Tesco area plentong dulu. Tujuan utama, nak pergi beli baju dengan kasut untuk kerja. Lepas dah dapat baju yang di cari. Kami pergi area CS untuk beli jibbits (Ejaan aku tak tahu macam mana, aku main hembus saja. janji berbunyi :P)






Aku dan pekja

Ini dia Pekja a.k.a Sharifah faezah. Dia cantikkan? Gua cuma nak cakap dengan lu, lu jangan main-main dengan budak ini. Dia mafia weh! Dekat sekolah, dia ketua segala Mafia. Tak ada siapa yang dapat kalahkan dia. Gua pun takut dengan dia doe! Dia keturunan Al-attas, kalau lu setakat keturunan Al-bawah ataupun Al-kohol. Baik lu jangan cari gaduh dengan dia! Gua dah bagitahu, kalau lu kena dengan dia! Gua tak dapat nak tolong apa-apa. Gua tolong tengok saja :P



Selepas itu, kami menelan di benefe (weh! Aku tak tahu nak eja nama restoran itu! Aku main hembus saja!)



*Kalau aku banyak duit, memang aku tak makan dekat situ lagi. Mungkin itu first dan last aku menelan dekat situ :P Makanan dekat situ, biasa saja. Nak kata sedap (hhmm aku kena fikir seratus kali!) nak kata tak sedap (hhmm memang tak sedap pun). Bagi aku makanan dekat situ tak rasa sedap pun, yang terasa sedap bila kau bayar -.-


dan sampai rumah pada pukul 12 setengah malam


Tak sabar nak tunggu hari khamis dan thursday
*senyum senyum*


okey take care dan assalamualaikum semua =)

No comments: