Sunday, March 21, 2010

Potpet 59

Siapa yang baik hati nak ajar aku?


Jangan buang masa dan tenaga kau untuk click gambar ini, sebab tidak akan besar punya (ketawa)
Siapa berjaya teka aku yang mana satu, aku bagi duapuluhsen :P

CLUE :
  1. Aku dekat dalam kolam (woi fanna! bagilah clue yang boleh pakai sikit!)
  2. Aku yang paling kurus c(:
  3. Aku yang paling tinggi c(:
okey cukup, siapa yang dapat teka, beritahu aku! :D

Hari ini aku pergi swimming dekat Nusa mutiara. Satu kampung aku bawa. Hanya tiga kereta yang join. Yang lelaki tak mandi kecuali budak yang masih bersekolah saja. Alasan yang paling famous, malas nak pakai seluar ketat nanti nampak tteett! haha
Senarai nama perenang negara :
  • Ishak Bin Ahmad (atuk)
  • Roslan Bin Hamdan (ayah)
  • Asiah Binti Ishak (emak)
  • Abdullah Bin Yusuf (pak cik)
  • Samiah Binti Ishak (mak cik)
  • Haryati Binti (entah) (nenek)
  • Norehan Binti Ishak (mak cik)
  • Nurul Farhanah Binti Roslan (aku)
  • Mohd Akmal Bin Abdullah (sepupu)
  • Nur Aqilah Binti Abdullah(sepupu)
  • Nurul Nadia Binti Roslan (adik)
  • Nur Athirah Binti Abdullah (sepupu)
  • Mohd Aiman Bin Abdullah (sepupu)
Senarai nama ini, aku susun mengikut umur dari yang tua hingga muda. Bila kita orang sampai terus kecoh. Al maklum, family yang sporting. Okey, dalam ramai-ramai (perempuan) emak aku seorang saja yang pandai berenang, yang lain berendam macam badak air. haha. Kenapa aku masih tak pandai berenang? Aku berenang baru tahap sijil. Siapa yang pandai berenang dah tahap diploma, ijazah, master atau phd? please ajar aku! Aku perlukan tunjuk ajar! Tunjuk ajarku sifu! haha. Manalah tahu satu hari nanti, aku boleh berduet dengan malik mydin berenang. Kasihan dia selalu berenang seorang diri. Tak dapat malik mydin, malik kidmart pun jadilah. haha


Setelah beberapa bulan gambar di myspace aku privatekan (lebih kurang 6 bulan). Akhirnya, aku publickan koleksi rambut terbaru aku, ala-ala Lady gaga dengan caption mop lantai :P haha

dan dan dan jangan komen gambar aku boleh? aku tak suka!

p/s : Nyah oh nyah! Tak akanlah semua ayat gua lu nak copykan? Tolonglah kreatif sikit! -.-

Sekian, terima kasih :D

No comments: