Friday, March 19, 2010

Potpet 58

Semalam punya cerita :]

*Baru aku perasan blog aku sekarang bosan amat. Cerita pun macam nak tak nak :'(
(okey cukup! malas nak bertouching-touching!)

Semalam aku and the geng. Malas nak senaraikan nama dia orang. Nanti dia orang lagi famous dari aku. Tak boleh! Tak boleh! hehe c(:

Semalam hari apa?
Hari rabu
Pandai, hari rabu apa yang murah?
Tiket wayang
Pandainya, anak siapalah ini

okey okey, semalam aku pergi CS (eh! bosanlah! tak habis-habis CS! Apa yang best sangat dengan CS itu?!). Pergi naik teksilah. Fuh! Teksi sekarang memang cekik darah. Dalam pukul 2 setengah gitu aku, Siti dan Fatin sampai dekat CS. Jalan-jalan sambil teman si Fatin cari baju. Sumpah! Fatin memang cerewet gila amat cari baju. Nasib baik aku dah biasa. haha

Setelah penat aku tawaf dekat CS. Akhirnya Aida sampai. (Sumpah! Aku jealous dengan Aida! Dia lagi kurus dari aku! Mana boleh! haha). Bila Aida datang tawaf lagi sekali dekat CS, lepas itu baru kita orang makan dekat Sarabat. Lepas itu, Zarul pula datang, semakin ramai ahli untuk bertawaf. haha. Lepas itu, boy friend Aida pula datang dengan member dia (Boy friend Aida punya member muka macam Black mentor seh! Sumpah sama, cuma mamat ini kurus sikit. eh silap! gemuk sikit!). Lepas itu, kami pergi teman Fatin cari baju. Akhirnya, Fatin beli juga. Kalau tak beli aku cepuk muka semua. Walaupun Fatin yang tak beli semua kena bak kata pepatah "nila setitik rosak susu sebelanga" (Bab peribahasa memang aku terror) (Woi Fanna! Peribahasa kau tak ada kena mengena langsung!) (Diamlah!) -.-

*Bila aku tawaf dekat CS, kita orang madak nampak muka budak sekolah kita orang iaitu Kak syakilla dengan Kak apa entah (aku panggil kakak itu, kakak suka senyum. Kalau dekat sekolah sentiasa senyum, kadang-kadang aku yang penat tengok dia senyum saja :P)

Baru aku perasan, asal aku banyak sangat guna perkataan "lepas itu"? Aku nak tukar "habis itu" pula :D

Habis itu, kami pergi main game. Aku tak suka main game lumba kereta (Tak suka! Tak suka!)
Habis itu, Bila tawaf buat kali terakhir di CS, kita orang jumpa kak Syakilla lagi. Baru aku tahu CS itu kecil saja :P
Habis itu habis itu habis itu okey, dah habis :|



CHOP!CHOP! BELUM HABIS LAGI!


Dalam pukul 6 setengah kita orang balik naik kereta Zarul. (Jimat duit aku! haha). Aku tak balik rumah aku, aku stay rumah Fatin sebab kita orang nak sambung hangout lagi. hehe. Bila malam siti tak join kita orang, dia kata aunty Leha tak bagi pergi. (pepandai saja aku ini!). Kita pergi area CS, (Tengok CS lagi! haha) (aku meraung-raung dalam kereta sebab Siti tak pergi! :P) Fatin nak cari gebik ke debik untuk kasut crocs (uh! lantaklah!) Aku follow saja. Seterusnya, sebelum pergi CS kita orang ambil Hadi dekat Jusco yang baru balik kerja. Kasihan Hadi -.-

Best pula guna ayat "seterusnya" :D

Seterusnya, kami terjumpa kak syakilla lagi! (Aiseh! macam tak ada orang lainlah) haha :P

Lepas dah cari barang-barang Fatin, kami menjalankan sesi photoshit :P



Macam tak ada motif langsung Hadi kat kanan tapi tak tengok camera!
(Hadi mesti tengok mamat handsome! isk! isk!)
-.-



Fatin dah mula dah dengan muncung dia! Dah mula dah! Dah mula dah!
(okey cukup!)



Rambut kami memang perang semula jadi. Apa barang buat kat salon. Rebonding tak apa. haha :P

Lepas habis sesi photoshit, kita orang pergi Danga bay. Lepak-lepak dekat sana. Seterusnya, lepas dah puas melepak kami pulang dan balik dalam pukul 11 setengah :D


Nak kecah kejap, aku dah tau dah siapa penyanyi sebenar lagu ini
(Sila click link di atas kecuali Fatin dan Zarul :P)


*Kan betul, blog aku sekarang dah bosan :|

okey, assalamualaikum =D

No comments: