Friday, March 12, 2010

Potpet 56

RESULTS SPM 2009!

Hari ini baru aku sempat nak post pasal result SPM aku -.-


ha ha ha hampeh results aku! Seribu kemaafan kepada sesiapa yang sudi message aku tanya pasal results, tapi aku tak reply. haha (padan muka). Itu bermakna, results aku teruk. Ceh! Apa yang peliknya, time results nak keluar semua sibuk call dan message aku. Walaupun selama ini tak pernah nak call dan message aku. haha. Yang cannot go bila dapat message dari nenek aku.

"Nurul, macam mana dengan SPM :D"

(siap ada simbol menganjing)

Result aku memang tak hebat mana pun. Tak berjaya membuatkan mak bapak aku melompat-lompat kegembiraan, hanya mampu senyum yang tak berapa nak ikhlas. Tapi, nasib baik senyumlah. Aku sedih pun ada, suka pun ada. Sebab subjek yang aku tak pernah lulus, aku luluslah. so, results teruk nak salahkan siapa? Jangan salahkan ibu yang mengandung. Salahkan bapa yang tak mengandung-ngandung (eerr! asal aku merepek ini?!). Jawapannya, salahkan diri sendiri. Bila mak suruh buka buku, aku buka "Muka buku" a.k.a "Facebook". Aku tak cakap aku menyesal, walaupun aku memang menyesal. :|

No comments: