Saturday, March 6, 2010

Potpet 53

GUA SERAM!


Sekarang dah masuk bulan 3, bagi sesiapa yang lahir pada tahun 1992 (yang masih bersekolah) pasti akan terasa pelbagai penyakit walaupun tiada sakit. haha. Menurut rakan-rakan aku di blogspot semua mengatakan result SPM akan keluar pada 11 mac 2010. Betul ataupun tidak. Kita tunggu dan lihat. Ya, sekarang aku rasa tak tenteram apatah lagi berbagai-bagai mimpi buruk telah aku lalui setiap malam (betul! tak tipu!).

Tapi bagi aku biarlah result keluar cepat sikit daripada biasa sebab kalau keluar lambat-lambat, hidup aku lagi tak tenteram. Lagipun aku dah tau result aku macam mana. (bunyi macam dah give up kan? haha) Yelah. mana taknya aku ini bukannya selalu menghadap buku 24 jam. Aku lebih menghadap komputer daripada buku. haha. Cara aku belajar pun tak betul. Aku suka belajar sambil tengok TV + dengar radio. Tapi, aku lebih suka baca buku sambil baring dan last-last buku yang baca aku. haha. TRIAL aku pun KO, aku harap-harap sangat result aku OK! Amin! TDS BOLEH! =)


10 matapelajaran :
  • Bahasa melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Mathematic
  • Science
  • Sejarah
  • Pendidikan Islam
  • Tasawwur islam
  • Perdagangan
  • Prinsip perakaunan
  • Ekonomi asas

2 comments:

Anonymous said...

gua pon seram bai! huwarghh! btl gak kate kaw! lagi bgs kuar cepat2.. kalo kuar lambat ag x tenteram hidup kuh.. huwarghh! sedihhhhh

RED THREE said...

Alak, ini mesti siti zubaidah! haha. Alah, kau apa nak risau kau bijak tak macam aku! huhu :'(