Monday, March 1, 2010

Potpet 52

SEMALAM DAN HARI INI


SEMALAM :



(Click gambar mesti tak besar! haha)
Gambar ini burukkan? haha. Aku tahulah weh!

semalam ada wedding dekat area bukit indah. so, pergi mestilah pakai baju kurungkan. okey Lepas dah balik daripada wedding itu, ayah ajak singgah jusco bukit indah. Aiseh, aku dahlah pakai baju kurung. Gila bengang aku, seumur hidup aku ini first time aku pergi jusco pakai baju kurung dengan kasut bertumit tinggi. Fuh! sumpah macam mak datin pula. (perasan!) haha. Lepas dah balik jusco, pergi kidmart kejap. Follow sajalah. eeerrr :|

Malam pula, mak aku buat mee sup. baguslah aku pun tengah on diet. HE HE. dietlah konon! bila pukul 9.oo malam, abang aku order pizza hut. (tengok! bila aku nak diet mesti ada saja nak beli makanan yang menggemukkan!) haha. so, belasah sajalah, diet esok-esok pun boleh :)

HARI INI :

Pukul 3.00 pagi perut aku buat hal. Aiseh, dah 5 kali aku keluar masuk toilet! 5 kali tau! 5 kali tau! hehe. Ini mesti gara-gara nasi minyak wedding semalamnya. Fuh! sakit gila perut aku. Pukul 3.30 petang kejap lagi dahlah nak pergi sekolah. sekolah? (kaukan dah habis sekolah?) Aiseh, pergilah semak potpet 51. malas aku nak cerita. HAHA :|

Tengah seronok tangan aku menari-nari di keyboard untuk entry kali ini, sambil online facebook . Aku promotelah sikit formspring aku dekat facebook


Cikgu Dayah komen aku, bacalah :)

Gambar kiri : cikgu Dayah komen status aku
Gambar kanan : aku komen status cikgu Dayah

(click gambar mesti besar, betul tak tipu! haha)




CIKGU BAGI AKU SEMANGAT WALAUPUN AKU DAH TAK BERSEMANGAT!
♥ TERIMA KASIH CIKGU DAYAH ♥


p/s : cikgu pudziah miskin kata kalau orang yang tak belajar, lagi seminggu result nak keluar dia mesti tak boleh tidur malam. masalahnya, result lagi sebulan nak keluar aku dah tak boleh tidur malam :|


No comments: