Tuesday, December 15, 2009

Potpet 30

JAMUAN KELAS 5 CERDIK





macam biasalah kelas aku nak juga ada jamuan kelas. Alah dekat Setia Tropika saja. makan KFC saja . eeuuww. hee. Agak kenyang doe bila dapat mencekik 3 ketul ayam tambahan pula dapat bawa balik 2 ketul + air. hahaha. kenyang-kenyang.



Lepas jamuan kitaorang

sebenarnya nak menjenguk Cikgu Nizam dekat hospital (cikgu Kadet polis aku). Bila dah naik teksi baru sibuk nak call cikgu nak tanya wad nombor berapa.


Tapi hampeh :|
cikgu dah balik dah
haha(suka eh kau gelakkan aku?)



habis itu nak cover dengan pak cik teksi itu
kitaorang pergi CS (Itu jelah tempat budak remaja JB)
haha
Aku geram betul dengan pak cik teksi itu
ada ke patut dia boleh ambil mak dia dengan isi minyak?
(Tak patut-tak patut)
meter gerak bukan main laju saja
dahlah pak cik itu kurangkan Rm2 saja
eeeeeeeeeiiiiiiiiiiiii (geram aku!)




Okey , sambung cerita -----------------------------
Dekat CS macam biasalah
punyalah over nak cari kerja dekat sana
haha
ingatkan muka kitaorang ini bila minta kerja tak malu
rupanya pemalu gila
lagi-lagi si Fatin
Si Bedot itu tak payah cakaplah


Bila dah sampai dekat satu kedai ini
(adalah kedai itu! Alah kedai yang jual barang perempuan! ya ya! kedai itu!)haha
Bila sampai dekat kedai itu
kakak (pekerja dekat situ)
tengok BADI saja dekat kita orang
(hheeeiiihhh)
Semua suruh tanya malu nak mampus


















Akhirnya aku beranikan diri untuk bertanya
hahaha
"akak, dekat sini ada kerja kosong tak?"
"Ada, tapi nak cina saja"
"Okey, terima kasih"
(WTF! nak cina saja!)
dalam hatilah! mampus aku kalau cakap kuat-kuat
heehh! terus blaaa dari kedai itu




pergi kedai yang lain pula
sama saja
ada yang dah penuh
ada yang suruh tulis nama saja
Hish! Hish! Hish!
memang tak ada rezekilah nampaknya



p/s : sampai sekarang satu kedai pun tak ada nak call aku! D:

No comments: