Saturday, May 3, 2014

Macam...

“Nadia!!! Sini kejap!!!”
“Aku malaslah!”
“Sinilah mok. Penting!”
“Haaa apa dia?”
“Tolong tutup lampu!”
“Babilah kau kak, babi.”

Situasi di atas berlaku sekitar 2 tahun 4 bulan 3 minggu dan 5 hari yang lepas. Haaa itu dia, jangan memain. Aku ingat lagi. 

Aku anak ketiga dari empat orang adik beradik. Aku punya dua orang abang dan seorang adik perempuan. Alhamdulilah, atas usaha keras dan baka baik mak bapak aku maka terlahirlah empat generasi baru dua lelaki dan dua perempuan.


Tadaaa!!! Haaa yang kiri itu…eh tak! Tak! Ini bukan Mia Sara Nasuha. Inilah adik aku. Dulu kemain comel macam Mia Sara, sekarang lagi comel mengalahkan Adibah Noor (Bukan nama sebenar). Yang kanan itu ehem tak perlu explain kot. Kan? Soalan yang tak perlu ditanya, kenapa dia comel dan aku tak, kenapa dia putih dan aku tak. Cerita dia sekarang, kenapa dia dah gemuk dan aku maintain? 


Engko jangan tanyalah kenapa baju dan tudung aku lari tema.
Malam raya baru beli baju dan tudung.
So diam. Oh dari tadi diam eh? Okey.

Hmmm sebenarnya aku nak kabor macam... rindu je? Okey bye!

Eh kejap, kena letak hashtag vscocam ke? 
Baiklah, #vscocam #vscofamily #vscoraya #vscorindu #vscohmmm #vscopublish